Sindiket E Waste Di Percayai Sewa Tanah Beroperasi Secara Haram Dalam Ladang Sawit Dan Hutan




KUALA LUMPUR: Seorang individu bergelar Datuk antara 55 individu yang ditahan dengan tindakan sitaan bernilai RM43.19 juta hasil serbuan ke atas sindiket memproses sisa elektronik (e-waste) haram pada 5 Ogos lalu.
Serbuan dilaksanakan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas tujuh kilang e-waste
Lokasi serbuan ialah Salong, Pekan dan Bukit Ibam di Pahang; Kuang, Rawang dan Bukit Tagar di Selangor; Rembau dan Gemencheh, Negeri Sembilan serta Simpang Renggam, Johor.
Ketua AMLA Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, tangkapan Op E-Waste ini membabitkan 10 warga tempatan dan 45 warga asing berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun.


Katanya, warga tempatan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik tanah, penyelaras serta koordinator yang mengambil untung atas sewaan premis kilang dengan nilai puluhan ribu ringgit.
"Warga asing yang ditahan pula memainkan peranan membawa teknologi dan bahan kimia dari luar untuk pemprosesan e-waste selain juruteknik.
"Operasi fasa pertama ini mengesan kilang-kilang ini telah beroperasi sejak 2023 dengan mendapatkan bahan e-waste dari sebuah negara di Asia," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Selasa.


Beliau berkata, e-waste ini diproses menjadi jongkong dan blok logam dengan nilai mencecah RM70,000 satu unit sebelum diseludup semula ke negara luar.
Tambah Muhammed Hasbullah, kilang tanpa lesen dan tidak berdaftar yang mengaut untung jutaan ringgit itu juga dikesan menggajikan warga asing sebagai pekerja.
"AMLA telah menyita dan merampas pelbagai aset seperti palet, blok logam e-waste, kenderaan, jentera dan kilang bernilai RM43.19 juta.
"Tanah yang diguna sebagai tapak kilang juga telah dibekukan dan nilainya masih dalam penilaian," ujarnya.
Kata beliau, AMLA akan melihat isu e-waste ini secara menyeluruh termasuklah siapa dalang di sebaliknya, bagaimana ia dibawa masuk dan modus operandinya.
"Apa yang dikesan kilang-kilang haram ini beroperasi di kawasan ladang kelapa sawit dan hutan jauh daripada laluan utama. Proses pembakaran atau peleburan dipercayai dilakukan waktu malam bagi melindungi aktiviti haram itu daripada dikesan.


"Berdasarkan kes sebelum ini, serbuan pernah dibuat pihak berkuasa namun kilang ini boleh kembali beroperasi dan kita lihat seperti ada yang tidak betul. AMLA akan pastikan kilang dan rangkaiannya ini diambil tindakan habisan," katanya.
egasnya, dalam usaha membanteras aktiviti pengubahan wang haram ini, polis mengingatkan orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat.
"Kita tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat," ujarnya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984, Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Seksyen 135 Akta Kastam 1967 serta Akta Imigresen 1959/63.
Pada 26 Jun lalu, Sinar Harian menerusi satu laporan khas melaporkan Malaysia kini menghadapi masalah lambakan sampah e-waste seperti komputer, telefon bimbit, televisyen, peti ais dan mesin basuh yang semakin meningkat iaitu lebih 365,000 tan setahun.
Laporan itu juga mendedahkan ada premis yang sebelum ini pernah diserbu pihak berkuasa, kembali aktif dipercayai didorong oleh keuntungan besar hasil mengitar semula e-waste berkenaan.
Berikutan itu, pada 6 Ogos, Sinar Harian juga mendedahkan terdapat beberapa kilang e-waste haram di Segamat, Johor yang aktif beroperasi hingga mendatangkan pencemaran bau kepada penduduk sekitar. #sinarharian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/sindiket-e-waste-di-percayai-sewa-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Mahkota Pahang Minta Siasat Secara Telus Tanpa Kompromi Kegiatan E Waste Haram

Tengku Mahkota Pahang Minta Siasat Secara Telus Tanpa Kompromi Kegiatan E Waste Haram

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 338 hits
KUANTAN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah meminta siasatan dibuat secara telus dan tanpa kompromi berhubung kegiatan memproses sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram Baginda menzahirkan uc...
Pendakwah Kecewa Penghafaz Al Quran Pakai Rantai Besi Haram Tetap Haram

Pendakwah Kecewa Penghafaz Al Quran Pakai Rantai Besi Haram Tetap Haram

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 169 hits
Pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim tegur penampilan seorang pemuda yang juga merupakan penghafaz al Quran memakai rantai besi ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week 2024 Perkara t
Pusat Pelancongan Cameron Santorini Di Roboh Pihak Berkuasa Gara Gara Di Bina Secara Haram

Pusat Pelancongan Cameron Santorini Di Roboh Pihak Berkuasa Gara Gara Di Bina Secara Haram

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 246 hits
CAMERON HIGHLANDS nbsp Tindakan berani pemilik Cameron Santorini melakukan pembinaan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan membawa padah apabila tarikan baharu yang menarik di Cameron Hinghlands itu dikenakan tindakan penguatkuasaan Dalam...
Wapres Ma Ruf Amin Sebut Penyempurnaan Konstitusi Bukan Hal Yang Haram

Wapres Ma Ruf Amin Sebut Penyempurnaan Konstitusi Bukan Hal Yang Haram

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 169 hits
Ma ruf menginginkan ke depannya MPR tetap menjalankan fungsinya dalam sosialisasi empat pilar kebangsaan
Haram Ada Phd

Haram Ada Phd

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 80 hits
Majlis Profesor Negara pernah mengatakan menghasilkan 400 graduan doktorat atau PhD adalah satu yang biasa bagi sesebuah universiti Dalam erti kata lain melambakkan pemegang PhD atau mencetak ijazah itu biasa Apakah negara ini memerlukan se...
Pdip Ingatkan Pemerintah Selesaikan Sengketa Tanah Di Ikn

Pdip Ingatkan Pemerintah Selesaikan Sengketa Tanah Di Ikn

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 97 hits
Presiden Joko Widodo sebelumnya mengajak artis dan influencer berkunjung ke Ibu Kota Negara Nusantara
Menteri Ahy Jamin Bereskan Masalah Tanah Ikn Tanpa Rugikan Warga Dan Hambat Pembangunan

Menteri Ahy Jamin Bereskan Masalah Tanah Ikn Tanpa Rugikan Warga Dan Hambat Pembangunan

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 153 hits
Menteri ATR juga tidak menampik bahwa masih ada sejumlah permasalahan soal lahan yang ada di IKN
Wayang Ke Binaan Haram Begitu Besar Tidak Disedari Penguatkuasa

Wayang Ke Binaan Haram Begitu Besar Tidak Disedari Penguatkuasa

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 99 hits
MalaysiakiniMDCH roboh pembinaan pusat pelancongan di Cameron HighlandsMajlis Daerah Cameron Highlands merobohkan binaan haram di sebuah pusat pelancongan di pusat peranginan tanah tinggi itu semalam kerana tidak mendapat kelulusan pihak be...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan