Sinar Baru Jaringan Internet Di Kelantan


Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia di Kementerian  Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sebagai rakyat Kelantan, pelantikan Tan Sri yang juga merupakan rakyat dan ahli parlimen negeri Kelantan membawa satu sinar harapan buat saya secara peribadi. Tan Sri juga antara ahli parlimen yang aktif di media sosial dan kerap juga pulang ke kampung halaman di Kelantan.
Oleh itu, saya kira Tan Sri sangat cerap dengan masalah sambungan dan kualiti internet di Kelantan ini. Mana tidaknya, kawasan Tan Sri di Ketereh juga masih mengalami masalah zaman-berzaman ini di kebanyakan kawasan. Kakak saya tinggal di Ketereh dan setiap kali melawat rumahnya, talian internet di rumahnya sama sahaja kualitinya seperti rumah ibu saya di Pasir Puteh.
Saya mendengar di radio akan ucapan beliau mengenai fokus beliau untuk menambah baik jaringan internet negara melalui inisiatif JENDELA. Tan Sri juga menyebut secara spesifik akan masalah jaringan internet di Kelantan seperti di kawasan Gua Musang yang masih lagi ketinggalan.

Mengulas lanjut mengenai visi beliau untuk negeri Kelantan, Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa juga memaklumkan, kelajuan purata internet di negeri ini masih lagi berada pada 2Mbps dan rancangan beliau adalah untuk meningkatkan kelajuan purata internet di negeri Che Siti Wan Kembang itu kepada 35Mbps.
Ini dapat dilakukakan dengan penambahbaikan infrastruktur dan Tan Sri juga secara spesifik menyebut untuk memasang jaringan fiber optik di kawasan yang masih tiada sebarang infrastruktur tersebut. Beliau juga berjanji untuk mengarahkan telco memasang fiber optik di kawasan yang dahulunya tidak digemari telco seperti kawasan kampung atas alasan pengguna sedikit dan tidak menguntungkan.
Kawasan kampung ibu saya di Pasir Puteh juga, berdekatan dengan kem tentera Gong Kedak. Kawasan berdekatan kem seperti Sungai Petai, Sungai Gali, Gong Datok, Gong Pasir, dan sekitarnya masih lagi ditolak permohonan pemasangan kabel fiber optik. Talian internet jalur lebar di kawasan ini rata-ratanya sangat teruk dan antara punca yang menjadi bualan penduduk setempat adalah kerana gangguan radar tentera di kem Gong Kedak. Oleh itu, penyelesaian internet jalur lebar bukan lagi satu solusi yang mapan dan seharusnya jaringan internet fiber optik perlu disegerakan dengan pertambahan penduduk yang semakin meningkat.
Di masjid-masjid kampung ini juga, penduduk mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk dengan MySejahtera kerana talian internet tiada! Begitu juga dengan majlis kenduri sebelum perintah PKPD dan majlis masih dibenarkan, pengunjung tidak boleh mendaftar masuk dengan MySejahtera kerana di kawasan rumah juga tiada talian internet. Lebih teruk lagi, untuk membuat panggilan telefon, kami terpaksa keluar rumah kerana tiada talian di dalam rumah!
Jika anda mahukan sedikit talian internet, anda terpaksa berhabis sehingga ribuan ringgit dengan memasang antena dan parabola untuk ‘menarik line’ internet. Penyelesaian ini juga, bukannya berkesan sangat dan tidak semua orang mampu. Jika SKMM datang melawat, tuan rumah akan dikenakan denda pula. Bukankah ini satu kezaliman? Sedangkan ia tangguggjawab SKMM untuk memastikan setiap rakyat dan pelanggan telco yang membayar setiap bulan sepatutnya mendapat hak mereka untuk talian internet yang pantas dan stabil?
Pelik juga sedangkan di Sungai Petai ada sebuah Kolej Vokasional Pasir Puteh dan banyak lagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan berhampiran. Saya sendri sudah memohon banyak kali daripada TM Unifi, Celcom, Maxis dan Digi untuk pemasangan internet fiber di rumah tetapi sekadar ditolak mentah-mentah atas alasan kawasan ini tidak menguntungkan dan tiada perancangan untuk pemasangan kabel fiber optik.
Dengan ucapan Tan Sri sehari dua yang lepas itu juga, saya berharap agar aspirasi JENDELA dapat dipenuhi dan bukannya sekadar slogan. Tan Sri Datuk Panglima TPR Anuar Haji Musa juga sebagai anak jati negeri semestinya memahami dan sudah banyak mendengar keluhan yang sama daripada anak mukim.
Warga Kelantan seperti yang kita ketahui, ramai menjadi pelajar IPTS dan IPTA, menjadi warga pendidik, dan juga mempunyai bisnes dalam talian yang mana semuanya memerlukan internet yang pantas di zaman ini. Sampai bila lagi baru masalah ini akan selesai?
The post Sinar Baru Jaringan Internet di Kelantan? appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/sinar-baru-jaringan-internet-di-kelantan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biznet Janji Perluas Jaringan Internet Ke Lebih Banyak Area Di Medan

Biznet Janji Perluas Jaringan Internet Ke Lebih Banyak Area Di Medan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 212 hits
Biznet perusahaan infrastruktur digital terintegrasi di Indonesia berkomitmen menghadirkan layanan internet yang cepat dan stabil untuk warga kota Medan Sumatra Utara
Pelakon Hospital Playlist Na Youngseok Bakal Bergabung Tenaga Untuk Program Baru Tvn

Pelakon Hospital Playlist Na Youngseok Bakal Bergabung Tenaga Untuk Program Baru Tvn

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 307 hits
Wow Baru sahaja dilaporkan mengenai kehebatan Na Young seok lelaki itu dikhabarkan bakal membuat kejutan dengan sebuah rancangan baru tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan industri pelakon Hospital Playlist iaitu Jo Jung suk Jung ...
Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

Usia 3 Tahun Pertama Anak Penting Kenali Sikap Anak Baru Anak Makin Dekat Dengan Kita

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 288 hits
Melihat anak membesar dari kecil sememangnya momen yang paling indah Pada usia anak 1 3 tahun adalah waktu yang paling penting untuk membentuk peribadi anak Didiklah anak kecil kita dengan segala ilmu yang menjadikan mereka lebih baik Kenal...
Momentum Menaik Baru Bitcoin Diramalkan Tidak Lama Lagi

Momentum Menaik Baru Bitcoin Diramalkan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 179 hits
Bitcoin diniagakan lemah dalam dagangan jangka pendek setelah mencapai tahap 50 562 pada sesi semalam Ia telah diniagakan pada paras 48 097 setelah turun lebih daripada 5 dari paras tinggi semalam Bitcoin menyaksikan penurunan sebanyak 2 95...
Kumpulkan Ketum Parpol Koalisi Jokowi Bahas Perkembangan Ibu Kota Baru

Kumpulkan Ketum Parpol Koalisi Jokowi Bahas Perkembangan Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 192 hits
Pemerintah perlu memikirkan perkembangan ibu kota baru meski masih masa pandemi Covid 19
Hiburan Usik Ibu Di Ig Peminat Pilih Fikry Ibrahim Sebagai Hero Malaya Baru

Hiburan Usik Ibu Di Ig Peminat Pilih Fikry Ibrahim Sebagai Hero Malaya Baru

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 229 hits
Pelakon Fikry Ibrahim nampaknya menjadi tumpuan netizen di media sosial apabila dia tampil bergurau senda dengan ibunya Bibi Zaleha 73 di Instagram ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementFikry 27 memuat naik video dia bersama ibunya itu untuk tatap...
22 642 Jangkitan Baru 4 Negeri Catat Rekod Baru

22 642 Jangkitan Baru 4 Negeri Catat Rekod Baru

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 175 hits
22 642 jangkitan baru 4 negeri catat rekod baru Jumlah jangkitan baru kes Covid 19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah 22 642 kes Ini menjadikan kes kumulatif terkumpul sebanyak 1 616 244 kes Empat negeri mencatatkan kes ...
Oppo Pamerkan Seri Magvooc Baru Dan Teknologi Konektivitas Dalam Mobil

Oppo Pamerkan Seri Magvooc Baru Dan Teknologi Konektivitas Dalam Mobil

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 295 hits
OPPO ikut serta dalam Smart China Expo 2021 bertema Smart Technology Empowering Economy Enriching Life yang berlangsung di Chongqing China pada 23 hingga 26 Agustus 2021 OPPO memamerkan seri pengisian daya cepat baru MagVOOC konektivitas da...
Motosikal Kena Tarik Anak Baru Keluar Penjara Belasah Ibu

Motosikal Kena Tarik Anak Baru Keluar Penjara Belasah Ibu

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 302 hits
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat berkata suspek yang di luar kawalan bertindak memukul ibunya menggunakan kerusi plastik PETALING JAYA Seorang lelaki yang baru keluar penjara dikatakan membelasah ibunya menggunakan kerusi plast...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now