Silengit Dan Ketengi Memang Bikin Alasan Tetapi Akhirnya Membuka Pekung Sendiri 9790



Tirulah Ayyub yang berkata, innii masanidha-dhurru wa-anta arhamur-raahimiin. Semoga Allah pun berberkendak fastajabnaa lahuu, fakasyafnaa maa bihii min dhurrin. Atau, kenapa tak kita lingkari lingkungan hidup kita dengan ayat Kursi atau banyak sekali ayat lainnya? Kita sudah baca shalawat untuk Nabi ﷺ tiap hari, bukan? Nah, kita perbanyak jumlahnya dan kita perdalam kekhusyukannya. Semoga Nabi ﷺ pun mengirim salam kepada kita, karena beliau ﷺ adalah Rasuulun min-anfusikum ’aziizun ’alaihi ’anittum hariitsun ’alaikum bil mu’miniina ra’uufur-rahiim. Atau dengan begitu banyak lainnya ayatullah yang mahasakti, yang apabila ia dibacakan maka suyyirat bihil-jibaalu au quthi’at bihil-ardhu au kullima bihil-mautaa. Tidak percayakah Saudaraku akan kesaktian mukjizat Al-Qur`an? Ia tidak hanya sakti segala kesastraannya saja, tapi juga sakti dan mahabenar segala dimensinya. Ia adalah karya Allah, sehingga segala yang difirmankan-Nya laa raiba fiihi. Bahkan api tak membakar Ibrahim, bahkan hujan diperkenankan turun oleh istisqa’ kita bersama. Tak ada yang mustahil bagi-Nya. Kalau Ia mau, Maa amarnaa illaa waahidatun kalahmin bil-bashor. 

Antara akhlak Rasulullah ﷺ ialah “Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan.”

THE KING AND THE CHIEF SERVANT. 
Fenomena yang sedang melanda Malaysia ni dipanggil "government formation deadlock."

"Deadlock" ni boleh berpunca daripada sama ada (1) "Hung Parliament" iaitu keadaan selepas PRU di mana tiada parti mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk ("form") kerajaan dan pada masa yang sama tak nak bergabung, atau (2) "Coalition Breakdown" iaitu gabungan parti-parti yang telah membentuk kerajaan mengalami perpecahan dan parti-parti dalam proses perundingan semula untuk "re-form" kerajaan balik. 

Keadaan pertama macam Israel sepanjang tahun lepas. Walaupun 2 kali PRU diadakan, kerajaan Israel masih tak dapat dibentuk sebab kedua-dua parti yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz tak dapat majoriti. Tapi dua-dua nak jadi PM. So kenalah buat PRU kali ke-3 pada minggu depan. Netanyahu sekarang kira "caretaker PM" je.

Keadaan kedua macam Itali. Pada September tahun lepas, kerajaan gabungan parti "Liga Utara" (Lega Nord) dan "Gerakan Lima Bintang" (M5S) tumbang selepas setahun memerintah. Lega tu Parti Orang Utagha, M5S Parti Orang Selatan; ideologi pun tak sama (Lega right-wing populist, M5S left-wing populist). Tapi disebabkan dua parti ni je yang dapat undi paling banyak dan dua-dua pun anti parti pemerintah lama (Parti Demokratik) yang dapat undi ke-3 banyak, so terpaksalah mereka bergabung. Tapi akhirnya gabungan Lega-M5S ni berpecah juga, Lega kena tendang jadi pembangkang balik, dan M5S terpaksa ajak Parti Demokratik yang dicemuh selama ni untuk membentuk kerajaan. 

Deadlock ni benda biasa je sebenarnya. Kat negara maju selalu berlaku dan masalah deadlock mereka lagi lama: Sweden pada tahun 2018-2019 ambil masa selama 133 hari untuk diselesaikan, maksudnya 133 hari tak ada kerajaan. Belanda pada tahun 2017, 208 hari. Yang paling lama Belgium dari tahun 2010-2011, 541 hari. Kita baru 2 hari je, rileks. 

Kita boleh rileks sebab walaupun dalam keadaan "deadlock" dan tidak mempunyai kerajaan. Negara Malaysia masih dapat berfungsi seperti biasa dengan adanya Ketua Negara ("Head of State") dan Penjawat Awam ("Civil Servant"). Dengan adanya "Twin Pillars" ini, In Syaa Allah, Negara Malaysia tak huru hara. 

Kerajaan tak ada, Negara Malaysia masih ada Ketua. Kalau tak ada ketua, baru kita panggil keadaan "Stateless" atau "Anarchy" (an = tiada, archy = ketua). 

Bagi Negara Demokrasi Berparlimen ("Parliamentary Democracy") yang ada raja, Raja sebagai Ketua Negara; yang tak ada raja, Presiden sebagai Ketua Negara. 

Negara yang Ketua Negaranya juga merupakan Ketua Kerajaan (seperti US, Turki, Indonesia dan Filipina), kita panggil sebagai Demokrasi Berpresiden ("Presidential Democracy"). Negara-negara ini tak ada PM. Yang macam Perancis, Rusia dan Korea Selatan pula, ada PM, tapi Ketua Kerajaan ialah Presiden, kita panggil Demokrasi Separa-Presiden ("Semi-Presidential Democracy").

Bagi demokrasi berparlimen yang tak ada raja seperti Israel, Itali dan Singapura, presiden mereka memainkan peranan ketua negara sama macam raja di negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seperti UK, Sweden, Belgium, Belanda dan Malaysia. 

Apabila berlaku "deadlock" pembentukan kerajaan, ketua negara akan bertindak sebagai penimbangtara ("mediator") antara parti-parti yang berkonflik, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Macam dalam krisis Israel dan Itali, presiden dari kedua-dua negara masing-masing panggil ("summon") ketua parti yang berkonflik untuk mencari penyelesaian kepada masalah. 

Tapi kalau dibandingkan antara presiden dan raja berperlembagaan, selalunya raja berperlembagaan dapat memainkan peranan penimbangtara dengan lebih baik. Selain "above politics", raja juga mempunyai prestij untuk memerintahkan supaya parti-parti yang berkonflik dapat berkompromi. 

Presiden yang dilantik dari kalangan orang awam kurang prestij tersebut, malah nak cari orang awam yang betul-betul neutral untuk dijadikan presiden pun bukan senang. Presiden kat Lubnan dan Iraq bukan saja gagal memainkan peranan penimbangtara, malah membuat keadaan bertambah haru. 

Presiden Lubnan ialah seorang Kristian Maronite, so ahli politik Muslim dan Kristian Ortodoks mana nak dengar cakap dia. Kat Iraq kedua-dua Sunni dan Syiah tak nak layan presiden sebab presiden ialah seorang Kurd, dia pun ada politik dia sendiri, macam mana nak bertindak adil.

Kita kira bertuah sebab mengamalkan sistem raja berperlembagaan ala British. Bukan nak kata penjajah British tu bagus, tapi sistem yang mereka cipta tu mencapai keseimbangan antara "raja yang pasif" (raja yang tak ada peranan dalam politik macam maharaja Jepun) dan "raja yang aktif" (raja berkuasa mutlak macam Sultan Brunei).

Sistem British mengehadkan kuasa raja, tapi pada masa yang sama memberi raja "hak" yang cukup kritikal untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada demokrasi. Hak tersebut dirumuskan oleh Walter Bagehot dalam "The English Constitution" (1867) sebagai "the right to be consulted, the right to encourage, the right to warn". 

Dan satu lagi sistem yang kita warisi daripada British ialah sistem perkhidmatan awam tetap ("permanent civil service"). Penjawat awam tetap ialah kakitangan kerajaan yang dilantik atas merit (menerusi peperiksaan dan saringan khas) oleh badan khas (seperti suruhanjaya perkhidmatan awam) bukannya atas perlantikan politik. Cuma kat Malaysia kekadang orang panggil lantikan politik sebagai penjawat awam juga, orang jadi keliru. 

Ciri utama penjawat awam tetap ni ialah mereka kekal walaupun kerajaan bertukar, sebab tu dipanggil "permanent". Kalau dalam Bahasa Inggeris, ketua setiausaha (ketua penjawat awam di setiap kementerian) dipanggil "permanent secretary". Kat negara demokrasi berpresiden seperti US tak ada sistem macam tu. Tukar kerajaan, tukar semua staf (kecuali kerani dan diplomat). Dan uniknya sistem yang dicipta British ni ada satu ketua kepada penjawat awam iaitu "cabinet secretary" (ketua setiausaha negara di Malaysia). 

Sistem perkhidmatan awam tetap ni dicipta oleh British pada pertengahan abad ke-19 selepas mereka perasan ketidakstabilan yang ada pada demokrasi berparlimen. Anytime kerajaan boleh tumbang, so kenalah ada sekumpulan orang yang akan menjalankan tugas pentadbiran sementara ahli-ahli politik berkelahi. Kerajaan bertukar ke, tak ada kerajaan ke, penjawat awam ni tetap akan mentadbir negara, cuma tak ada dasar baharu lah. 

Dan untuk memastikan pentadbiran negara jalan dengan lancar, penjawat awam ada tatacara khas dia. Bagi orang yang tak faham konsep penjawat awam tetap ni, mereka akan kata penjawat awam ni "deep state" "kaki sabotaj" sebab tak nak mengubah tatacara mereka ikut kehendak semasa.

Dan kalau di UK, penjawat awam tetap ni dipanggil sebagai "His/Her Majesty's Most Loyal Servant", sebab peranan mereka adalah untuk melengkapi peranan raja berperlembagaan, dan kesetiaan mereka adalah kepada raja dan negara. Dulu pun ada frasa "saya yang menurut perintah". Orang selalu ingat perintah tu bermaksud arahan, sebenarnya, "perintah" hanya boleh datang daripada ketua negara.

Demokrasi memang bersifat "chaotic" dan sentiasa "in flux". Siapa game siapa, siapa khianat siapa, semua tu tak penting. Yang penting, walaupun negara berada dalam ketidaktentuan politik, negara kita masih berada dalam "safe hands" dua hero yang sedang memastikan negara berada di landasan betul: Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua negara, dan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara selaku ketua penjawat awam. Temubual yang dikendalikan oleh YDPA dan disaksikan oleh KSN pada hari ini cukup simbolik dalam menggambarkan peranan "twin pillars" ini. 

Di waktu-waktu krisis macam inilah baru terserlah peranan penstabil mereka yang selama ini dilepas pandang dan "take for granted". Daulat

Dari wsp politik grp

Wednesday, February 26, 2020Kumpulan perampas sudah mengaku kalahSESUDAH SUBUH
Sebahagian perampas mengadakan sidang akhbar mengaku kegagalan mereka.

SEHINGGA ini episod cubaan rampasan kuasa kerajaan PH sudah melewati jam ke 70, atau hari keempat. Ia bermula pada Ahad 23 Februari. Ia masih belum muktamad secara total, dan keadaan masih lagi dalam tanda tanya dan kabur. Namun sudah ada tanda-tanda ia akan berakhir. Yang jelasnya kumpulan perampas sudah keletihan dan hilang daya untuk meneruskan hajat mereka dan sudah mengaku kalah. 

Mereka telah pun mencabut topeng muka dan indetiti mereka sudah dikenali. Rakyat sedang sosial siasat mereka. Sidang akhbar yang diadakan oleh BN dan Pas di di PWTC lewat petang semalam bolehlah dianggap sebagai pengakuan yang kumpulan perampas sudah pun mengaku kalah. Tewas. Dalam sidang akhbar itu kumpulan itu membuat penegasan mereka menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad melalui akuan bersumpah (SD). Individu yang bercakap mewakili kumpulan itu, dua Setiausaha Agung, masing-masing daripada Umno Annuar Musa, Takiyuddin Hassan daripada Pas, presiden MCA Wee Kah Siong, timbalan presiden MIC M Saravanan dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup. 

Annuar Musa memberi tahu yang Umno menarik balik sokongan (SD) kepada Dr Mahathir disebabkan tidak bersetuju dengan rancangan Dr Mahathir untuk menubuhkan kerajaan baru apabila ikut sama membabitkan DAP. Maksudnya dalam kerajaan baru itu, DAP ada sama. Penolakan rancangan itu katanya kerana ia bertentangan dengan prinsip asal parti itu yang tidak mahu kalau ia melibatkan DAP. Dan alasan itu juga digunakan oleh Pas. Kenyataan itu disamping mengesahkan kegagalan cubaan rampasan kuasa itu, ia secara tidak langsung mendedahkan beberapa perkara yang sebelum ini masih tidak diketahui oleh orang ramai, apa yang berlaku sebenarnya dan kenapa ia tiba-tiba berlaku dan yang penting siapa dia perancangan utamanya. 

Dengan memahami apa dinyatakan dalam sidang media itu, bahawa rancangan untuk menubuhkan kerajaan baru memang dirancang sedemikian rupa. Seperti mana kata Takiyuddin, pakatan atau kumpulan bertanggungjawab melakukan kudeta itu dinamakan Pakatan Nasional. Pakatan Nasional ini terdiri daripada Umno - Pas - MCA - MIC, bersama dengan PBRS, PPBM dan kumpulan serpihan daripada PKR yang dipimpin oleh Umno.

Untuk membentuk kerajaan baru itu mereka terlebih dahulu perlu menumbangkan kerajaan PH yang sedia ada dengan cara menghilang kuasa kerajaan PH. Untuk tujuan itu menurut Takiyuddin kumpulan itu (PN) mempunyai 130 suara, atau pengakuan bersumpah ahli parlimen secara SD. Dengan angka itu mereka berhak untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan baru dengan Dr Mahathir juga sebagai perdana menteri. Cara beginilah yang saya katakan rancangan itu sebagai pelik dan aneh dan menyifatkan projek rampasan itu sebagai songsang  dan gila kerana Mahathir merampas kerajaan yang dipimpinnya sendiri. 

Rujuk kepada catatan saya sebelum ini. http://msomelayu.blogspot.com/2020/02/rampasan-kuasa-yang-aneh-dan-sonsang.html 

Sidang akhbar BN bersama Pas itu sesungguhnya melegakan umum kerana secara tidak langsung menjawabkan persoalan yang berlegar dan berputar dalam kepala orang sejak tiga hari lalu. Sidang akhbar itu juga  menunjukkan rancangan jahat itu sudah gagal. Dalam sidang akhbar itu kumpulan itu bukan sahaja menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir untuk menubuh kerajaan baru, tetapi ia juga turut menggesa Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen bagi pilihan raya umum dapat diadakan. Gesaan itu semakin jelas dan nyata usaha rampasan kuasa itu gagal, kerana kalau ia masih dalam usaha, untuk apa mereka memberi pandangan kepada Agong membubarkan parlimen. Walaupun Umno, Pas, MCA, MIC dan PBRS sudah mengaku kegagalan mereka, tetapi dua puak lagi yang ikut dirangkul dalam Pakatan Nasional, yakni PPBM dan "kumpulan khianat" serpihan PKR pimpinan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali masih belum membuat pengakuan jelas.

PPBM juga mengaku.

Cuma semalam Ketua Pemuda PPBM (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (foto) membuat kenyataan melalui video memberi tahu yang Armada menolak sebarang pembentukan kerajaan bersama Umno selaras dengan prinisp Pengerusi PBBM. Kenyataan Syed Saddiq itu ia memberi gambaran yang cubaan rampasan kuasa itu mutlak gagal dan ia juga turut membabitkian PBBM.

Bagaimana pun Muhyiddin Yassin selaku presiden PBBM perlu tampil membuat penjelasan dan beliau tidak boleh "membekakkan" perkara itu dalam mulut. Sebagai presiden parti beliau tidak boleh bersikap mendiamkan diri dan melepas tangan ke atas yang berlaku. Penjelasannya dituntut bagi mengelakkan kekeliruan. Sementara itu, begitu juga dengan kumpulan khianat serpihan PKR masih belum ada kenyataan memperakui kegagalan itu. Azmin yang saya namakan sebagai "kooradinator" cubaan rampas kuasa itu perlu menjelaskan dan memberi justifikasi kenapa rancangan itu gagal. 

Berbalik kepada keadaan politik negara ia masih lagi bergolak dan belum tenang sepenuhnya. Seperti mana kita tahu walaupun cubaan kudeta itu gagal, tetapi hakikatnya kerajaan PH sudah pun tidak ada lagi apabila Yang diPertuan Agong memberi perkenan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai PM dan melantiknya sebagai PM interim. Malaysia kini tidak berkerjaan dan ia diuruskan oleh seorang individu sahaja, Mahathir. Apa yang dituggu kini adalah pembentukan semula kerajaan PH. Semua rakyat yang terkesima dengan kejadian Ahad lalu itu sedang menanti bagaimanakah cara pembentukan semula kerajaan itu akan dilakukan. Yang tertompok dalam kepala semua orang apakah kerajaan PH yang baru itu masih lagi berketuakan Mahathir ataupun ia akan diambil alih oleh Anwar Ibrahim. Saya yakin jawaban ke atas permasalahan ini akan terjawab dalam tempoh kurang 48 jam. Tunggu. 

[wm.kl. 7:17 am 26/022020]
Sumber: 
https://msomelayu.blogspot.com/2020/02/kumpulan-perampas-sudah-mengaku-kalah.html









Adun Machap kekal bersama PKR
1 petang: Adun Machap Ginie Lim - daripada kem Azmin - berkata beliau akan terus bersama PKR untuk meneruskan mandat rakyat. “Saya akan jalankan tugas sehingga habis penggal,” katanya kepada pemberita, seperti dirakam dalam video China Press.

LANGSUNG: Semua MP Bersatu diarah sokong Dr M 
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 1:02 tengahari

Semua MP Bersatu diarah sokong Dr M
12.40 tengah hari: Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin memberitahu kesemua 26 anggota parlimen parti itu diarahkan untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Radzi berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dua hari lalu turut memutuskan untuk menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi. "Semua MP Bersatu mengadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyatakan sokongan kepada Mahathir untuk jadi perdana menteri. "Anggota Bersatu diminta bertenang dan yakin dengan pimpinan parti untuk menangani keadaan politik semasa. "Kami yakin keadaan ini akan selesai dengan kadar segera," katanya. 

Dr M mesyuarat dengan Kementerian Kewangan
12.40 tengah hari: Putrajaya - Sementara perhatian bertumpu di Istana Negara, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat dengan pegawai Kementerian Kewangan berhubung pelan stimulus ekonomi, di Putrajaya. Menurut Twitter Mahathir, pelan itu akan diumumkan tak lama lagi. 

PKR Bandar Tun Razak setia pada parti
12.35 tengah hari: PKR Bandar Tun Razak menegaskan kesetiaannya pada parti, walaupun anggota parlimennya, Kamaruddin Jaafar menyertai Azmin Ali untuk keluar PKR pada Isnin lalu. Kamarudin tiada sebarang jawatan dalam PKR Bandar Tun Razak. Beliau merupakan anggota parlimen kedua kawasan itu untuk keluar parti setelah Khalid Ibrahim, yang dibuang PKR pada 2014. 

LANGSUNG: MP Amanah ceria tiba di Istana Negara
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 12:27 tengahari

MP Amanah ceria tiba di Istana Negara
12 tengah hari: Istana Negara - Anggota Parlimen Amanah tampak ceria ketika rombongan mereka tiba di Istana Negara. Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) berkata: "Mandat rakyat, Pakatan Harapan." Khalid Samad (Shah Alam): "Kita bersama PH. Amanah solid. Kita berpegang kepada mandat dan janji kepada rakyat." Hanipa Maidin (Sepang): InsyaAllah, PH." Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar): Kita letak harapan tinggi hari ini, ada harapan." 

Sumber: Adun Johor mengadap Sultan Ibrahim tengah hari ini
11.50 pagi: Sumber memaklumkan adun Johor telah dipanggil mengadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tengah hari ini. Difahamkan, Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad akan mengetuai rombongan BN. Tidak pasti pukul berapa mereka akan tiba di istana. Sementara itu wakil dari PH dan Bersatu akan mengadap Sultan Ibrahim pada pukul dua petang.

LANGSUNG: Hanya agenda PH dapat kembalikan kehormatan negara - Lim 
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 12:10 tengahari

LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam. Baca laporan langsung Malaysiakini pada 23 Feb (Ahad), 24 Feb (Isnin) dan 25 Feb (Selasa). Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini. 

LANGSUNG 

Lim: Hanya agenda PH negara dapat kembalikan kehormatan 11.30 pagi: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata agenda PH adalah satu-satunya jalan untuk Malaysia menebus kembali kehormatan dan membina dan memenuhi potensinya sebagai sebuah negara. "PH bertekad untuk mengembalikan kebanggaan rakyat Malaysia yang telah dijual oleh Umno dan BN. "Kita perlu kekal dengan ikrar ini untuk memenuhi agenda Harapan...untuk kembali kepada asas Perlembagaan Malaysia untuk menjamin kesatuan, keadilan, kebebasan dan integriti di Malaysia," katanya dalam kenyataan. 

11.05 pagi: Istana Negara - Anggota Parlimen Pagoh yang juga presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara. 

11.20 pagi: Istana Negara - Anggota Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir meninggalkan Istana Negara. Anggota Parlimen Muhyiddin Yassin pula meninggalkan istana 20 minit sebelumnya. Sementara itu, jumlah penyokong PKR yang berkumpul meningkat kepada 70 orang. Selain melaungkan "reformasi", ada juga yang secara sinis menyebut "bye Gombak" dan "bye Ampang" apabila media merakam mereka. Mereka merujuk kepada Anggota Parlimen Gombak Azmin Ali dan Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang dibuang parti pada Isnin lalu. 

Anwar dan Azizah sambut ulang tahun ke-40 11 pagi: Di tengah-tengah ketidaktentuan dan kemelut politik, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut ulang tahun ke-40 perkahwinan mereka. Dalam ciapan yang ditujukan kepada Wan Azizah, Anwar menulis: "40 years of kindness. 40 years of courage. 40 years of loyalty. 40 years of strength." (40 tahun kebaikan. 40 tahun keberanian. 40 tahun kesetian. 40 tahun kekuatan) Dalam ciapan sebelumnya, Anwar memuat naik gambarnya dengan Azizah sedang memotong kek, sambil diperhatikan sejumlah pemimpin PKR. Wan Azizah turut merakamkan ucapan di Twitter, dengan berkata: "Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan bersama Anwar yang ke-40," katanya.

11 pagi: Melaka - Lebih 100 orang berkumpul untuk menunjukkan sokongan kepada Adly Zahari agar terus menjadi ketua menteri Melaka. Hadirin kebanyakannya anggota parti politik dan wakil NGO, menurut laporan Sin Chew Daily. Bercakap dengan pemberita kemudian, Adly menggesa para penyokongnya agar kekal tenang. Beliau berkata akan bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Mohd Khalil Yaakob hari ini. Exco Melaka Genie Lim, yang dilihat sebagai pemimpin PKR yang menyokong Azmin, antara yang menyertai perkumpulan itu.

Adly Zahari

Syed Saddiq tiba di Pejabat Perdana Menteri 11.05 pagi : Pejabat Perdana Menteri - Usai pertemuan di Istana Negara, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO). Difahamkan beliau akan bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad. Didekati media, Syed Saddiq memberhentikan keretanya dan meminta rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat negara. “(Saya) baru balik dari istana. (Harap dapat) Cepatkan proses peralihan kuasa. Doakan yang terbaik,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan semasa. Terdahulu, Mahathir yang kini menjadi perdana menteri interim masuk ke pejabatnya di bangunan Perdana Putra pada pukul 8.25 pagi, di hari keempat kemelut politik negara. Menaiki Proton Perdana dengan nombor plat Malaysia 2020, beliau sempat melambaikan tangannya kepada jurugambar yang menanti di pintu masuk utama. Mahathir dijangka akan menerima kunjungan Presiden Warisan Shafie Apdal pagi ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Sallallahuddin Hassan memberikan 50 bungkus nasi lemak kepada petugas media. JPM turut memasang dua khemah sebagai tempat berteduh. 

MP PKR tiba dengan bas dua tingkat 10.35 pagi: Istana Negara - Anggota Parlimen PKR tiba di istana dengan menaiki sebuah bas dua tingkat "hop-on, hop-off" Kira-kira 30 penyokong PKR kemudian mendekati bas itu untuk menunjukkan sokongan mereka. Ada juga anggota parlimen yang dilihat melambaikan tangan kepada penyokong dan anggota media, antaranya Nurul Izzah (Permatang Pauh), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), William Leong (Selayang) dan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau). Rombongan itu turut diiringi 10 buah kereta. Lima minit sebelumnya, Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat meninggalkan istana dengan kereta Perodua Myvi.

'Tugas PH untuk bangkit semula' 10.30 pagi: Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof menyuarakan harapan untuk PH kembali mentadbir negara. "End game? (Kita menunggu) petikan jari kedua untuk mengembalikan harapan," katanya di Twitter, bersama-sama gambar watak komik terkenal, Thanos. Dalam satu lagi ciapan, beliau menggesa PH untuk tidak menyalahkan musuh yang sememangnya mahu meruntuhkan PH, dan menjadi tugas PH untuk bangkit semula.

Patriot: Umno tak boleh dibenarkan perintah negara lagi 10.30 pagi: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata Pakatan Harapan patut dibenarkan untuk menubuhkan kerajaan baru. "Nampaknya PH, kini terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, adalah gabungan paling bersatu dan memiliki anggota parlimen paling ramai berbanding gabungan lain. "Patriot meminta anggota parlimen Bersatu, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak, mereka yang berprinsip, untuk menyertai PH dan membantu menubuhkan kerajaan," kata presidennya Mohamed Arshad Raji dalam kenyataan. Patriot menegaskan pilihan raya perlu dielakkan seboleh mungkin dan menyifatkan gesaan oleh Umno dan PAS sebagai "pentingkan diri sendiri." Katanya, pilihan raya pada masa ini hanya akan menjejaskan ekonomi. "Umno yang mensabotaj ekonomi negara tidak boleh dibenarkan memerintah lagi," katanya. 

10.15 pagi: Anggota Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Yusof (Bersatu) tiba di Istana Negara. Sementara itu, bilangan penyokong PKR yang berkumpul kira-kira 150 meter dari pagar dua istana kian bertambah, dan mereka melaungkan 'reformasi' setiap kali kereta melaluinya. 

Maszlee Malik, Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara 9.50 pagi: Anggota parlimen Simpang Renggam dari Bersatu, Maszlee Malik tiba di Istana Negara pada pukul 9.43 pagi. Beliau keluar dari sebuah kereta berwarna putih dan mengagihkan dua kotak minuman kepada media sebelum memasuki perkarangan istana. "Pertama, sistem demokrasi parlimen masih lagi berfungsi di Malaysia, dan kedua, ia buktikan Institusi DiRaja begitu penting untuk menjaga sistem ini. "Ketiga, apa yang berlaku semalam, hari ini dan esok, akan jadi satu titik penting dalam lipatan sejarah. Ia akan jadi peristiwa bersejarah untuk generasi akan datang," katanya kepada media. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tiba kira-kira lima minit kemudian.

Zuraida nafi Azmin dalang Bersatu keluar PH 9.30 pagi: Zuraida Kamaruddin menafikan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali adalah dalang keruntuhan kerajaan PH. "No," katanya menerusi pesanan teks, merujuk laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber mengatakan Azmin dan anggota parlimen Bersatu, Hamzah Zainuddin menggunakan kebimbangan Bersatu untuk membuatkan parti itu keluar PH. “Mereka mengambil kesempatan atas kebimbangan sesetengah pemimpin majlis pimpinan tertinggi Bersatu dan menjanjikan mereka jawatan kerajaan sekiranya bersama membentuk kerajaan dengan Umno dan PAS,” kata seorang sumber Bersatu. “Kata mereka, kerajaan Bersatu-Umno-PAS akan mengembalikan ketuanan Melayu, dan ini satu cara untuk menyingkirkan DAP daripada kerajaan," kata sumber itu seperti dipetik. Sumber itu berkata lagi, cara itu juga akan menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri. Zuraida bagaimanapun tidak menjelaskan peranan yang dimainkan Azmin. 

Najib nafi Umno terbabit 9.45 pagi: Bekas presiden Umno Najib Razak mempertahankan partinya terhadap dakwaan terlibat dalam kemelut politik yang sedang berlaku. Beliau juga menyuarakan pendirian partinya agar Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan. Dalam hantaran di Facebook, Najib mempersoalkan sama ada Umno yang meminta Bersatu untuk keluar PH dan sejumlah anggota parlimen PKR, diketuai Azmin Ali, untuk keluar parti itu. "Umno ke yang minta perdana menteri letak jawatan (sebagai perdana menteri) dan (pengerusi) Bersatu? Umno ke yang desak peralihan kuasa kepada bakal perdana menteri? Umno ke yang suruh PKR pecat pemimpin yang sokong perdana menteri ketujuh? "Tak ada kan?" katanya. Dalam hantaran semalam, Najib juga membalas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid samad yang mengatakan pilihan raya baru akan membazirkan wang. "Ingat lagi tiga pilihan raya ini - Permatang Pauh, Kajang, Port Dickson? Pilihan raya membazir, Lid? "Apakah rakyat tidak berhak menilai prestasi PH dan menentukan hala tuju negara?" soalnya.

Hisham nafi akan tinggalkan Umno, BN 9.30 pagi: Bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein menafikan khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan Umno susulan kemelut politik yang berlaku. Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, Hishammuddin meminta orang ramai supaya tidak mempercayai spekulasi itu. "Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya saya akan keluar parti, jangan sesekali percaya spekulasi yang disebar sesetengah pihak di luar sana. "Pendirian saya konsisten sejak dahulu lagi. Dan hari ini saya ulang sekali lagi, kesetiaan saya tidak berbelah bahagi. Saya tetap bersama Umno dan BN," katanya. Khabar angin itu mula tersebar di media sosial malam tadi, antara lain berkenaan Hishammuddin serta segelintir anggota parliman BN akan menyertai Dr Mahathir Mohamad. Ia susulan pendirian parti itu dan juga PAS untuk menarik balik sokongan kepada Mahathir jika perdana menteri interim itu menyertakan DAP dalam kerajaan baru.

Ambiga sokong kerajaan perpaduan 8.30 pagi: Bekas pengerusi Bersih S Ambiga setuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dapat menyelesaikan konflik politik yang dihadapi negara. "Saya menyokong kabinet atau kerajaan perpaduan apabila kestabilan diperlukan. Kita perlukannya. "Ia memerlukan semua pihak bekerjasama demi kepentingan rakyat. Saya rasa kita perlu mendengarnya daripada Dr Mahathir. Apakah kandungannya? Mungkin ia bukan kerajaan perpaduan seperti yang kita pernah dengar sebelum ini. "Jika ia tentang pembentukan kabinet yang tidak berdasarkan komposisi parti, maka ia idea baru yang perlu mendapat sokongan kita," ciapnya di Twitter. Timbul spekulasi Mahathir menimbang untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan", walaupun dengan terma yang tidak dapat dipersetujui BN dan PAS, yang menyebabkan mereka menarik balik sokongan kepada Mahathir semalam.

VK Liew nafi Warisan terlibat plot tubuh kerajaan pintu belakang 8.15 pagi: Pengerusi Tetap Warisan Liew Vui Keong menafikan partinya terbabit dalam usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang. Dalam satu hantaran Facebook, beliau berkata tiada anggota parlimen Warisan yang hadir ke majlis makan malam di Hotel Sheraton Petaling Jaya pada 23 Februari lalu. "Pihak team semburit telah berbohong dengan cerita rekaan mereka untuk projek masuk belakang mereka," katanya tanpa berselindung, walaupun tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus. Presiden Warisan dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dilihat berada di Hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur pada hari tersebut, di mana pemimpin Umno dan PAS serta Bersatu berkumpul di Hotel Sheraton. "Untuk rekod juga, saya tidak akan bekerjasama dengan penipu, pencuri dan perompak negara. Saya tiada hasrat untuk dikaitkan dengan mereka. BIarlah tiada jawatan, biarlah orang lain yang memegang jawatan tersebut. "Bagi saya, integriti penting dan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah perkara paling utama," katanya.

Hari 4 - kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan 8 pagi: Kemelut politik yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 20 bulan, memasuki hari keempat hari ini. Bagaimanapun ia tampak akan berakhir tak lama lagi. Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan bertemu anggota parlimen PH dan Bersatu hari ini untuk melihat sama ada kerajaan dapat dituubuhkan. Umno dan PAS mendesak pilihan raya dibuat selepas menarik balik sokongan terhadap perdana menteri interim Dr Mahathir Mohamad, tetapi ia dapat dielakkan jika Mahathir mendapat sokongan majoriti. Pemimpin PH tidak memberitahu apakah yang akan disampaikan kepada Sultan Abdullah tetapi setakat ini tiada tanda mereka tidak akan menyokong Mahathir. Bagaimanapun tidak jelas sama ada Sultan Abdullah akan membuat keputusan hari ini.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512229

Semuanya Salah UMNO Ke? – NajibRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluKUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pihak-pihak yang menuding jari kepada Barisan Nasional (BN)... The post Semuanya Salah UMNO Ke? – Najib appeared first on MYNEWSHUB.Polis Tingkat Kawalan Di Pintu Masuk Istana NegaraRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluKUALA LUMPUR – Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di pekarangan pintu dua Istana Negara berikutan kehadiran penyokong parti politik yang memenuhi... The post Polis Tingkat Kawalan Di Pintu Masuk Istana Negara appeared first on MYNEWSHUB.Ada Usaha Mahu Pecah Belahkan UMNO – AnnuarRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluSHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan semua ahli Parlimen UMNO dan PAS masih teguh bersama... The post Ada Usaha Mahu Pecah Belahkan UMNO – Annuar appeared first on MYNEWSHUB.Kumpulan Azmin Menghadap Agong 1 Tengah HariRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluKUALA LUMPUR – Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah... The post Kumpulan Azmin Menghadap Agong 1 Tengah Hari appeared first on MYNEWSHUB.Baki 132 Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari IniRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluKUALA LUMPUR – Sesi kedua Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berlangsung hari... The post Baki 132 Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari Ini appeared first on MYNEWSHUB.Pelabur Tak Terima Idea PH Bentuk Kerajaan Semula – NajibRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluKUALA LUMPUR – Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend lemah pada hari ini membuktikan para pelabur... The post Pelabur Tak Terima Idea PH Bentuk Kerajaan Semula – Najib appeared first on MYNEWSHUB.Azmin Tamak, Egoistik, Tiada Integriti – RamasamyRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluPETALING JAYA – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyelar Azmin Ali berhubung pembabitannya dalam rundingan dengan ahli... The post Azmin Tamak, Egoistik, Tiada Integriti – Ramasamy appeared first on MYNEWSHUB.Masa Depan Negara Ditentukan Rakyat Bukan Elit PolitikRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluKUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masa depan negara dan kestabilan politik mesti ditentukan oleh... The post Masa Depan Negara Ditentukan Rakyat Bukan Elit Politik appeared first on MYNEWSHUB.Kerajaan Baharu Tanpa Pembangkang?Rifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluPETALING JAYA – Perkembangan politik semasa kini dilihat cenderung kepada pembentukan kerajaan perpaduan yang merentasi sempadan parti pemerintah dan parti... The post Kerajaan Baharu Tanpa Pembangkang? appeared first on MYNEWSHUB.Tak Perlu PRU, PH Yakin Kumpul Mudah MajoritiRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluPETALING JAYA – Pilihan raya umum (PRU) untuk menentukan kerajaan baharu tidak perlu diadakan kerana Pakatan Harapan (PH) yakin parti... The post Tak Perlu PRU, PH Yakin Kumpul Mudah Majoriti appeared first on MYNEWSHUB.PRK Diadakan Untuk 2 Kerusi PPBM Di Pulau PinangRifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluGEORGE TOWN – Dua pilihan raya kecil mungkin diadakan di Pulau Pinang selepas PPBM meninggalkan Pakatan Harapan kerana kerusi Teluk... The post PRK Diadakan Untuk 2 Kerusi PPBM Di Pulau Pinang appeared first on MYNEWSHUB.Apa Sebab Mahathir Letak Jawatan?Rifqi Ilman pada MYNEWSHUB - 10 minit yang laluSHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kerana ada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih mendengar cakap... The post Apa Sebab Mahathir Letak Jawatan? appeared first on MYNEWSHUB.APA YANG BERLAKU DAN YANG AKAN BERLAKU?AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 14 minit yang lalu1. KEADILAN pecat Azmin dan Zuraida. Bukan semua sembilan nama lain menyedari mereka ditipu. Akhirnya mereka berpecah sesama sendiri malah ada yang mula isi borang DAP! 2. BERSATU mula dipinggirkan ahli sendiri dan mereka cuba buat u-turn memujuk Dr Mahathir tetapi Dr Mahathir tegas menolak pengkhianat dalam parti sendiri hingga meletak jawatan sebagai pengerusi 3. DAP dan AMANAH bersama-sama dengan KEADILAN mengekalkan keutuhan Pakatan Harapan dalam keadaan pengkhianat dan pembangkang semakin lemah dan berpecah 4. Apabila pembangkang menyedari mereka tidak bersatu akibat berebut ... lagi »
Monday, February 24, 2020Rampasan kuasa yang aneh dan songsangSESUDAH SUBUHTerkejut dengan kejadian gila.
SEMALAM kita semua dikejutkan dengan kejadian apa yang saya namakan percubaan RAMPASAN KUASA usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan - PH. Satu pakatan untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan diketuai sendiri olehnya. Mahathir mahu merampas kuasanya sendiri? Gerakan jenayah politik itu dilakukan bersama secara sepadu partinya Bersatu bersama Umno, Pas dan sokongan dua parti daripada Sabah (Warisan) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kejadian itu pelik dan seperti tidak masuk akal. Tetapi jika mengikut falsafah saya, tidak ada apa yang pelik dalam politik, kerana kesetiaan, sumpah dan janji dalam politik tidak pernah berlaku.
Justeru berita ini dan istilah yang saya sebut itu agak lucu dan sukar untuk diterima, macam mana Mahathir ingin merampas kerajaan yang dia sendiri jadi kepalanya. Pelik. Tidaklah salah kalau dikatakan tindakan itu "gila" kerana perbuatan Mahathir itu seperti memancung lehernya sendiri. Perbuatan itu juga suatu perjudian besar yang meletakkan cengkeram yang tinggi. Bayangkan apa jadi kepadanya kalau kudeta itu gagal? Mahathir akan jadi seperti budak yang memasukkan muka ke dalam baldi yang dipenuhi air. Tetapi yang pelik dan tidak terduga itu sebenarnya satu realiti. Ia benar-benar terjadi dan serius. Gerakannya agak terancang tetapi tidak profesional. Kenapa saya katakan tidak profesional, kerana ia dilakukan dalam kelam kabut dan kecur (heboh) dahulu. Beberapa rundingan berupa pakatan dikalangan pengganas dan perampas telah diadakan di Kuala Lumpur. Ia berlaku serentak di tempat berasingan tetapi membawa maksud yang sama, menumbangkan kerajaan PH dan menubuhkan kerajaan baharu. Yang dihairankan kenapa ia tidak berunding di satu tempat bawah satu bumbung, kenapa terpisah-pisah?
Rundingan dimula dengan pertemuan-pertemuan peringkat tertinggi pimpinan PPBM yang dipengerusikan sendiri Mahathir sebagai pengerusi, kemudian ia diikuti dengan rundingan atau mesyuarat oleh Umno bertempat di PWTC. Sebelum pada itu Umno dan Pas sudah pun berunding dan merancang dalam pertemuan di Janda Baik. Parti itu sudah berkahlwat di Janda Baik katanya dua malam. Perundingan dan pertemuan seterusnya oleh satu lagi kumpulan berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya. Kumpulan ini merupakan kumpulan utama dalam rampasan itu yakni kumpulan yang mungkir dan belut daripada PKR. Kumpulan yang berkubu di hotel Sheraton ini diketuai oleh penjenayah diburu rakyat, Azmin Ali. Jangan lupa Azmin adalah penjenayah samburit yang sedang diburu oleh rakyat negara ini walaupun dia terlepas dari cekupan polis setelah ada restu dari Mahaguru Firaun tua. Serangan dan rundingan perampas itu menjadi gempar lagi apabila ia diikuti oleh parti daripada Sabah Warisan dan juga Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kehadiran kedua wakil dari Sabah dan Sarawak menjadi rancangan rampasan itu sebagai global dan serius. Warisan diwakili Shafei Afdal manakala GSP oleh Abang Johari Openg. Mulanya sukar untuk mempercayai berlaku rancangan rampasan itu. Tidak masuk akal. Saya sendiri tidak percaya. Saya menolak mentah-mentah maklumat disampaikan kepada saya menjelang tengah hari semalam ketika saya berada di Kuala Tahan, Jerantut. Saya menganggap ianya sebuah spekulasi dan permainan jahat kumpulan WhastAap. Ia perbuatan bodoh oleh vandalisme politik. Sehinggalah seorang menteri menghubungi saya menceritakan latar keadaanya di Kuala Lumpur dalam tempoh enam jam menjelang petang baru ia mengejutkan saya. 
"Gila," itulah reaksi saya kepada panggilan menteri itu.
Selepas Zohor, masuk berbagai maklumat berhubung rancangan rampasan itu. Di Kuala Lumpur sejak petang membawa ke malam seakan berlaku gempa bumi. Manusia menjadi tidak tenteram dan tertanya-tanya. Ramai mula menanti penuh tanda tanda dan gelisah. Mereka lupa kepada Covid-19 yang merbahaya itu seketika kerana menumpukan kepada kejadian rampasan itu. Golongan paling sibuk ialah para wartawan. Media sosial juga mula dipenuhi dengan berbagai maklumat berbaur benar dan palsu dan ada yang menghanyirkan. 
Kenapa saya menolak?
Kenapa saya menolak dan tidak mempercayai rancangan rampasan kuasa dikepalai Mahathir itu dan menganggap ia gila. Kerana kurang 72 jam Mahathir baru membuat kenyataan proses peralihan kuasa dalam PH yang menimbulkan kemelut telah diselesaikan dengan baik. Beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau akan melepaskan jawatan PM selepas Apec. Keputusan dibuat setelah majlis presiden bermesyuarat lebih dua jam. Isu peralihan kuasa dalam PH memang menjadi masalah dan gagal dikonsensuskan dengan baik apabila Mahathir cuba memungkirinya. Ia dibincang hangat dan tegang dalam mesyuarat majlis presiden. Bagaimana pun seusai mesyuarat itu dikeluarkan satu kenyataan yang dikira meredakan keadaan apabila Mahathir dan Anwar menerima hakikat dan apa dicapai. Semua orang mengira kenyataan Mahathir itu mematikan isu peralihan kuasa. Anwar pula menyatakan kesediaan untuk bersabar menanti bilakah tarikh dan masa penyerahan itu. Itulah asas yang menyebabkan saya menolak rancangan rampasan kuasa itu. 
Saya sama sekali tidak mengira dalam usia 95 tahun, Mahathir masih bersifat macam anjing yang makan tahi tetapi tetap akan menciumnya kalaupun sudah tidak berselera lagi kerana ketiadaan gigi dan hilang rasa. Namun jelas dan nyata Mahathir tetap memiliki tabiat anjing itu, menghidu walaupun tidak makan.
Sampai ke saat ini adegan rampasan itu masih berlaku dan ditunggu apakah natijah dan akhirnya. Perampas masih berada dalam premis yang dikepong oleh orang ramai. Iya orang ramai sedang mengempong walaupun pihak keselamatan melepas tangan. Malam tadi orang mengira peristiwa rampasan itu akan berakhir dengan sesuatu natijah. Para perampas berjanji untuk membuat sidang akhbar memberi tahu hasil rampasan itu. Pihaknya telah pun menghadap yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan. Malang setelah berganjak masa beberapa kali, kenyataan dan sidang akhbar itu akhirnya ditunda dengan alasan ia memerlukan sedikit lagi masa. Semua orang kecewa, geram dan marah. Yang menanti berita kecewa, yang benci perbuatan itu geram dan kesal dengan perbuatan itu marah. Apakah rampasan itu gagal? Belum, ia masih belum berkesudahan lagi. Para perampas sedang berusaha sedaya mungkin. Walaupun sudah ada maklumat yang mereka berjaya, tetapi kejatuhan kerajaan PH masih belum terjadi lagi. Ertinya ada keraguan dan kebimbangan dipihak perampas rancangan mereka itu dipatahkan. Kata koordinator perampas Azmin Ali, perampas tidak perlu berlengah kerana dibimbangi ia akan gagal. Tetapi soalnya kenapa ia berlarutan?
Keadaan sekarang ini terletak dan tergantung kepada Yang di-Pertuan Agong. Khabarnya Agong akan memanggil Anwar Ibrahim ke Istana untuk mendapat pandangan atau apa-apa daripadanya. Anwar tentu ada sesuatu yang hendak diperkatakan. Dan beliau juga tentu bersedia menerima apa sahaja pandangan daripada Agong berhubung perkara itu.
Apa dijangkakan Agong akan bertanya Anwar apakah beliau mempunyai sokongan cukup untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Dan kenapa Agong bersedia untuk bertemu Anwar tentu kerana Agong konfius atau ragu-ragu dengan angka yang ada di pihak perampas. Sekiranya Agong sudah yakin perampas mempunyai cukup bilangan, tidak ada sebab dan keperluan untuk Agong memanggil Anwar menghadap.
Dalam pada itu ada pendapat mengatakan sekiranya keadaan terus tegang dan kedua pihak, kerajaan PH dan perampas gagal menyakinkan Agong menurut kehendak perlembagaan, meminta agar Parlimen dibubarkan. Pembubaran parlimen ada satu tindakan yang adil dan bijak serta demokratik cara itu juga memberi kepuasan kepada rakyat. Sekiranya perampas dianggap berjaya membentuk kerajaan, kerajaan itu nanti akan dianggap sebagai kerajaan yang haram yang lahir dari tindakan demokrasi tidak sah. Dalam demokrasi tidak ada peraturan draconian dilakukan, seperti mana halal dan haram tidak boleh disemaburkan dalam satu bekas. Ia tidak seperti diktator dan kleptokrasi yang boleh duduk sebekas bila keadaan terdesak. Tampaknya itulah yang hendak dilakukan. Apakah Yang di-Pertuan Agong akan memberi pandangannya sendiri berpandukan perlembagaan? Situasi ini secara tidak langsung menguji dan mencabar kredibiliti Agong sebagai payung rakyat. Perlu diingat memperkenan kepada sesuatu yang dilihat batil ia boleh mencemarkan kedudukan institusi yang berdarjat dan dipanggung suci itu. Hari ini episod rampasan itu secara tidak langsung ikut sama menganggu fikiran Agong. Bersambung. [wm.kl.8:41 am 24/02/2020]
Sumber:
http://msomelayu.blogspot.com/2020/02/rampasan-kuasa-yang-aneh-dan-sonsang.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/silengit-dan-ketengi-memang-bikin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Denada Masih Betah Sendiri Udah Gak Mau Trauma

Alasan Denada Masih Betah Sendiri Udah Gak Mau Trauma

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 135 hits
Denada akhirnya mengaku alasan masih betah menjadi single parent
Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 278 hits
Selepas berjam wartawan tunggu akhirnya Tun Mahathir muncul mendedahkan sendiri punca utama beliau meletak jawatan isnin lepas Tak sangka baca selanjutnya Lepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Tun Dr Mahathir Dedah Sendiri Punca Letak Jawatan
Menakjubkan Cara Ayah Ini Handle Anak Yang Sedang Tantrum Akhirnya Anak Itu Sendiri Yang Mengalah

Menakjubkan Cara Ayah Ini Handle Anak Yang Sedang Tantrum Akhirnya Anak Itu Sendiri Yang Mengalah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 397 hits
Tidak mudah untuk bersabar di kala anak belum belajar untuk bersabar Anak yang mengamuk dan meragam seumpama anak yang jatuh ke dalam lubang yang dalam Jika ibubapa turut mengamuk terhadap anak yang meragam itu ibubapa sepertinya turut sama...
Sendiri Bikin Sendiri Tanggung

Sendiri Bikin Sendiri Tanggung

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 556 hits
Walaun lebai2 ni selamat jadi penghuni lokap doklah dlm penjara dan jilatlah juboq baduan2 lain dlm tu f bkWalun dan lebai PAS bukan takat tak tahu Hotel TH rugi bertahun2 dah tapi ada ramai yang tak tahu pun TH ada hotel selama ni f bkSele...
Wni Dari Wuhan Akhirnya Enggak Harus Mikir Besok Mau Makan Apa

Wni Dari Wuhan Akhirnya Enggak Harus Mikir Besok Mau Makan Apa

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 247 hits
Sebanyak sekitar 237 Warga Negara Indonesia yang telah dievakuasi dari Wuhan China akhirnya telah dipulangkan ke daerah masing masing pada Sabtu
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game