Silap Mata Guan Eng Dari Konsesi Tol Ke Psr




KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PULAU PINANG
10 Julai 2019 | 7 Zulkaedah 1440
1. Percanggahan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai pengambilalihan tol telah menimbulkan curiga yang amat ketara. Guan Eng dilihat begitu bersungguh menjustifikasikan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya dengan tawaran RM6.2 bilion. Tetapi Tun menyebut Kabinet belum memutuskan mengenainya.
2. Ini menampakkan Guan Eng seperti mempunyai agenda tersembunyi. Apatah lagi pengambilalihan itu dari Gamuda Berhad yang juga mempunyai 60 peratus kepentingan dalam projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR). Apakah ini ‘peranan’ Guan Eng untuk memastikan Gamuda mempunyai ‘modal’ bagi memulakan projek tambakan laut seluas 4,500 ekar itu?
3. Apakah ini juga ‘peranan’ Guan Eng, iaitu menjayakan perolehan dana projek tiga pulau buatan itu bagi pihak Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang? Adakah ia setelah permohonan ‘bridging loan’ RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan hampir mustahil? Kerana semua rakyat sedia dimaklumkan oleh Menteri Kewangan bahawa negara menghadapi kekangan kewangan.
4. Beban projek ini apabila dibangunkan, ia akan mencecah nilai RM70 bilion di mana RM46 bilion daripadanya akan menampung kos Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Ia melibatkan struktur mega lebuh raya, terowong dasar laut, Aliran Transit Ringan (LRT) dan tambakan laut. Angka ini terlalu besar bagi sebuah negeri yang berpendapatan hanya sekitar RM1 bilion.
5. Sedangkan dengan peruntukan RM45 bilion, Kerajaan Persekutuan mengagihkannya kepada 4,000 projek pembangunan di seluruh Malaysia. Maka, tidakkah kos besar Pulau Pinang itu kelak meletakkan risiko terhadap kewangan negara di masa depan? Lalu secara tiba-tiba ia menjadi ‘anak emas’ Malaysia dan melebarkan lagi segala jurang sedia ada kerana negeri lain ‘dianaktirikan’?
6. Kesangsian juga berikutan cadangan pengambilalihan konsesi tersebut dibuat pada minggu yang sama kelulusan Kajian Impak Persekitaran (EIA) kali kedua bagi PSR diumumkan, setelah ditolak kali pertama tahun 2016. Bahkan disebalik itu, kerajaan negeri dan Konsortium SRS selaku pemaju masih tertakluk kepada 72 syarat yang perlu dipenuhi mereka.
7. Tetapi mengapa begitu tergesa-gesa diumumkan dan didiamkan perkara yang belum diselesaikan? Apakah ini bagi memberi keyakinan kepada bakal pelabur dan pembeli hartanah? Sedangkan ia masih kabur! Cukuplah menipu pengundi rakyat Malaysia pada PRU14 lalu, jangan diberi ‘harapan palsu’ kepada orang luar yang tentunya akan memburukkan reputasi negara.
8. Malah, keseluruhan projek ini bukan sahaja berdepan kemampuan kewangan yang dipersoal, tetapi juga aspek kemandirian memenuhi bahan pembinaan, keperluan asas dan penyelenggaraan. Pasir sahaja perlu diambil dari perairan negeri Perak sebanyak 189.1 juta meter padu. Manakala bekalan air bersih sedang ‘diharap’ dari Skim Pemindahan Air Jeniang, Kedah dan Kerian, Perak.
9. Cukup menimbulkan kontroversi, apabila pengakuan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow disanggah Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mewakili Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN). Tegas Khalid, ‘tiada kelulusan atau persetujuan’ diberikan MPFN kepada projek PSR. Sebaliknya, kerajaan negeri telah diberikan ’18 nasihat besar’ yang perlu dipenuhi dahulu.
10. Terbaharu, pada awal minggu ini, Menteri Pertanian, Dato’ Salahuddin Ayub pula menegaskan bahawa projek PSR belum diluluskan Kerajaan Persekutuan. Perkara itu diumumkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Pulau Pinang. Di mana, 4,817 nelayan antara golongan yang menerima kesan terburuk projek ini, tetapi suara mereka telah diabaikan.
11. Justeru, Lim Guan Eng telah dilihat menyalahgunakan kedudukan selaku Menteri Kewangan berhubung rundingannya bersama Gamuda Berhad. ‘Keistimewaan’ yang bias berkepentingan untuk syarikat itu memulakan projek membangun hartanah mewah mengadap laut. Masa terbaik bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuat ‘spot check’.
“Islam Memimpin Perpaduan”
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/12/silap-mata-guan-eng-dari-konsesi-tol-ke-psr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Usul Terhadap Guan Eng Jika Dakwaan Bn Rompak Bayaran Balik Gst Tak Benar

Khairy Usul Terhadap Guan Eng Jika Dakwaan Bn Rompak Bayaran Balik Gst Tak Benar

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 311 hits
Khairy Jamaluddin tak menolak kemungkinan membawa usul menghadapkan Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Dewan Rakyat sekiranya siasatan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengesahkan laporan yang menyangkal da...
Guan Eng To Meet Maju Holdings On Plus Takeover Bid

Guan Eng To Meet Maju Holdings On Plus Takeover Bid

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 231 hits
Lim Guan Eng will meet Maju Holdings Sdn Bhd on the company s offer to take over PLUS Malaysia Bhd a move which the finance minister had opposed Lim said his reservations about the plan were due to opposition from Khazanah Nasional and the ...
Wee Pretending To Be Stupid Over Tax Laws Says Guan Eng

Wee Pretending To Be Stupid Over Tax Laws Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 296 hits
Finance Minister Lim Guan Eng said MCA president Wee Ka Siong should not pretend not to know that paying taxes does not legitimise unlawful money Wee should stop pretending to be stupid by saying that Koperasi Jayadiri Sdn Bhd paying taxes ...
Tipu Dewan Rakyat Kerajaan Ph Amal Rule Of Law Atau Rule Of Guan Eng

Tipu Dewan Rakyat Kerajaan Ph Amal Rule Of Law Atau Rule Of Guan Eng

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 275 hits
Kerajaan Pakatan Harapan layak digelar sebagai sebuah kerajaan kangaroo atau kerajaan yang gagal bidas Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Tegasnya dalam hantaran di Facebook begitu juga PH jelas tidak patuh kepada p...
Contradicting Guan Eng Pac Concludes No Gst Refunds Robbed

Contradicting Guan Eng Pac Concludes No Gst Refunds Robbed

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 230 hits
The Public Accounts Committee that investigated Lim Guan Eng s claim that the Barisan Nasional government robbed public coffers of billions in Goods and Services Tax refunds has found no such losses PAC chairman Datuk Noraini Ahmad said in ...
Guan Eng Rm925 1m In 1mdb Funds Recovered To Date

Guan Eng Rm925 1m In 1mdb Funds Recovered To Date

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 240 hits
A total of RM925 1 million in 1MDB linked funds have been recovered thus far Finance Minister Lim Guan Eng said today A bulk of the amount came from the sale of the Park Lane Hotel in Manhattan New York as well as from money seized from fil...
Khazanah Kwsp Tolak Maju Holdings Ambil Alih Plus Guan Eng

Khazanah Kwsp Tolak Maju Holdings Ambil Alih Plus Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan menolak tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih PLUS Malaysia Sdn Bhd selepas menilai pandangan pemegang saham utama syarikat konsesi tol itu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorT...
Lim Guan Eng Bertindak Balas Dengan Pelawaan Tun Mahathir

Lim Guan Eng Bertindak Balas Dengan Pelawaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 337 hits
Baru sahaja sebentar tadi kami menaikkan satu artikel berhubung pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menarik parti melayu bergabung bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia Kini kita telah dapat melihat respon pertama dari Setiausa...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya

Kalendar Akademik Usim 2024 2025 Tarikh Kuliah Exam Cuti