Sikap Ekonomi Ketika Gawat Menurut Nabi Yusuf


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sikap Ekonomi Ketika Gawat Menurut Nabi Yusuf
Nabi Yusuf telah menggariskan persediaan & kaedah belanjawan yang berhemah, ketika berlaku kegawatan di luar kawalan kita sebagai manusia. Baginda menyediakan pedoman tersebut, saat menafsirkan mimpi raja yang membingungkan.
Ladang Gandum
Mimpi Raja.
وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ ۖ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ
"Raja berkata: Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 lembu kurus. Dan 7 tangkai gandum yang hijau & 7 tangkai yang lainnya kering. Wahai pembesar-pembesar, terangkanlah kepadaku berkenaan tafsiran mimpiku, sekiranya kamu dapat menafsirkannya" - Yusuf 43.
Dalam ayat ini, raja merasa bingung dengan mimpi yang dialaminya. Setelah ditanya kepada pembesar-pembesarnya, ternyata semua tidak mengetahui tafsir mimpi raja tersebut. Yang menariknya, mereka tidak memandai-mandai bersuara memberi nasihat tanpa kepastian ilmu.
Lantas persoalan tersebut diajukan kepada Nabi Yusuf, yang sudah terkenal sebagai pakar mentakwil mimpi. Ketika itu baginda sedang meringkuk di dalam penjara akibat menjadi mangsa fitnah. Sikap tidak kisah mendengar pandangan bermanfaat sekalipun dari orang yang tiada kedudukan politik, merupakan sifat baik yang dimiliki oleh raja tersebut.
 Ketelusan Maklumat.
Persoalan raja itu terus disampaikan oleh rakan Nabi Yusuf yang pernah bersama dengan baginda di dalam penjara. Jika kita membaca surah Yusuf ayat 46, kita akan dapati kelihatan Allah mengulangi sebahagian dari ayat 43. Ini bagi menggambarkan rakan Nabi Yusuf yang menyampaikan persoalan raja, sangat berintegriti dengan mengulangi ayat dari raja tersebut 100% serupa tiada tokok tambah.
Sememangnya ketika gawat, integriti maklumat sangat penting. Samada informasi perkembangan ekonomi atau pemakluman dari pemerintah kepada rakyat bawahan, mestilah disampaikan secara tepat tiada tokok tambah.


Jawapan Nabi Yusuf.
قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ• ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ
"Nabi Yusuf berkata: "Supaya kamu bercucuk tanam 7 tahun lamanya sebagaimana biasa. Maka apa yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkainya kecuali sedikit sahaja untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang 7 tahun yang sangat sulit. Ketika itu adalah waktu agar kamu habiskan simpanan terdahulu, melainkan sedikit untuk kamu simpan. Kemudian setelah itu datang tahun berikutnya, dilimpahkan buat manusia hujan yang cukup. Di saat itu, mereka memerah anggur" - Yusuf 47-49.
Takwilan Nabi Yusuf:
• 7 ekor lembu gemuk & 7 tangkai gandum hijau: Melambangkan tempoh 7 tahun kesenangan ekonomi.
• 7 ekor lembu kurus & 7 tangkai gandum kering: Melambangkan tempoh 7 tahun kegawatan ekonomi.


Lembu


Sediakan Payung Sebelum Hujan.
Dari jawapan Nabi Yusuf, baginda menggagaskan cara berbelanja dengan berhemah. Kemarau, wabak & peperangan antara situasi yang bukan di bawah kawalan kita.
Bahkan kita tidak boleh lari melainkan ia perlu dihadapi dengan tabah. Cara menghadapinya adalah bersedia & berjimat seperti yang diajarkan oleh Nabi Yusuf.
Penjelasan ulama':
• Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menyatakan dari kisah ini, betapa sebuah negara perlu ada peruntukan undang-undang untuk memiliki rizab simpanan yang cukup bagi mendepani bencana.
• Syeikh Dr Wahbah Zuhaili pula menegaskan sesebuah negara wajar menyimpan & mencatu makanan untuk keperluan mendatang di waktu susah.
Memelihara Maslahat Rakyat Ketika Bencana.
Imam al-Qurtubi mengkaitkan kisah ini dengan persediaan menjaga maslahat syariat yang terdiri dari memelihara:
• Agama
• Nyawa
• Akal
• Zuriat
• Harta.
Islam serius memelihara nasib kehidupan manusia di dunia. Dari kefahaman tersebut, keperluan-keperluan bagi kehidupan rakyat, perlu disediakan oleh kerajaan pada kadar kemampuan yang ada.
Dalam konteks semasa, jaminan perubatan, tempat tinggal, makanan & keperluan-keperluan asasi lain perlu disediakan oleh kerajaan di saat rakyat tidak mampu untuk mengeluarkan hasil produktiviti mereka.
Untuk mencorak suasana negara penuh kesediaan seperti itu, sesebuah kerajaan perlu diurus oleh pemimpin yang cermat & bersedia mendapatkan khidmat pakar yang sewajarnya. Sebarang pandangan dikemukakan demi maslahat rakyat, bukan maslahat politik yang sempit. Itulah sikap yang kita boleh pelajari dari relasi antara raja, utusan & Nabi Yusuf.
Berjimat, Berjimat & Berjimat.
Imam Abi Su'ud di dalam tafsirnya menjelaskan dari kisah ini, bahawa suruhan Nabi Yusuf bermaksud:
• Kurangkan makan.
• Jangan membazir.
Perlambangan itu bolehlah difahami bahawa ketika bencana ekonomi melanda, rakyat perlu mengubah gaya hidup masing-masing. Sekalipun pesanan Nabi Yusuf itu sebagai persediaan berhadapan dengan bencana mendatang, namun ia tetap relevan bahkan lebih kritikal dipraktiskan ketika bencana sedang berlangsung.
Jika rakyat memperolehi bantuan dari kerajaan, pastikan ia dibelanjakan dengan penuh cermat. Saat bencana bukan waktu untuk bermewah atau hidup normal seperti biasa. Sebaliknya sekarang adalah saat berjimat bagi menghadapi bencana yang kita tidak tahu bilakah akan berakhir.
Kesusahan Memulihkan Fitrah Manusia.
Jika sebelum ini kita bermewah, waktu sekaranglah saat kita merasai kesusahan. Ambillah peluang yang Allah kurniakan ketika kegawataan ekonomi hari ini, untuk menghakis sikap tamak & mementingkan diri sendiri yang merupakan penyakit sikap masyarakat negara membangun & maju.
Ramai pemerhati ekonomi menjangkakan selepas berakhirnya bencana Covid-19 yang kita pun tidak tahu bila penghujungnya, dunia akan mengalami krisis ekonomi besar-besaran. Jangkaan itu kelihatan pasti.
Senario hidup selepas ini kelihatan tidak mudah untuk kita langsungkan. Mohonlah kepada Allah, agar Allah selamatkan kita & kurniakan buat kita kesabaran untuk menghadapi krisis ekonomi akan datang.
Sumber : Abdul Mu'izz

Panduan Ilmu Rumah Lelong

--> http://bit.do/IlmuRumahLelong (klik sini)
--> http://bit.do/IlmuRumahLelong (klik sini)
--> http://bit.do/IlmuRumahLelong (klik sini)

Kongsikan entri Sikap Ekonomi Ketika Gawat Menurut Nabi Yusuf dengan rakan media sosial anda juga. Terima kasih



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pokok2u.blogspot.com/2020/07/sikap-ekonomi-ketika-gawat-menurut-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Dedah Aurat Ketika Mandi Di Kolam Chef Wan Akui Rimas Dengan Sikap Netizen

Didakwa Dedah Aurat Ketika Mandi Di Kolam Chef Wan Akui Rimas Dengan Sikap Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 416 hits
Mempertikaikan pakaiannya yang didakwa tidak menutup aurat ketika mandi kolam baru baru ini Chef Wan akui rimas apabila ada sesetengah netizen yang tampil memberikan komen yang tidak manis kepadanya lebih lebih lagi mempertikaian usianya de...
Nelayan Hilang Ketika Menangkap Ikan Di Pulau Payar Langkawi

Nelayan Hilang Ketika Menangkap Ikan Di Pulau Payar Langkawi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 285 hits
ALOR SETAR 15 Julai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ke laut ketika menangkap ikan kira kira 4 1 batu nautika utara Pulau Payar Langkawi pagi tadi Pe...
Doktor Tukar Pengakuan Bersalah Joging Ketika Pkp Di Pulau Pinang

Doktor Tukar Pengakuan Bersalah Joging Ketika Pkp Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 229 hits
Seorang pakar kardiologi menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melanggar undang undang kawalan penyakit berjangkit dengan berjoging di sebuah taman di sini ketika tempoh perintah kaw...
Tanahmerah Guru Maut Ketika Persiapan Buka Sekolah

Tanahmerah Guru Maut Ketika Persiapan Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 682 hits
GURU lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu di sekolahnya di Tanah Merah hari ini ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah esok Dalam kejadian 12 30 tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah mangsa ...
Buasir Otak Tv Kisah Seram Ketika Kuarantin Di Hotel

Buasir Otak Tv Kisah Seram Ketika Kuarantin Di Hotel

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 430 hits
Seorang pemuda yang bekerja di Singapura terpaksa pulang ke Malaysia ketika wabak sedang melanda Disebabkan itu beliau ditempatkan di sebuah hotel bagi menjalani kuarantin selama 14 hari Namun suatu yang aneh telah berlaku di hotel tersebut...
Ini Alasan Mengapa Rasulullah Melarang Bernafas Ketika Minum

Ini Alasan Mengapa Rasulullah Melarang Bernafas Ketika Minum

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 183 hits
Islam melarang kita bernafas dalam gelas sewaktu minum Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda Apabila salah seorang di antara kalian minum maka janganlah ia bernafas di dalam gelas akan tetapi hendaklah ia menjauhkan tempat minumnya da...
Ahli Parlimen Gagal Hormat Bahasa Melayu Ketika Berbahas

Ahli Parlimen Gagal Hormat Bahasa Melayu Ketika Berbahas

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR Angkatan Belia Islam Malaysia melahirkan kekecewaan dan menyelar sikap segelintir ahli Parlimen yang gagal untuk memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi persidangan Presidennya Muhammad...
Cara Angkat Tangan Ketika Takbir

Cara Angkat Tangan Ketika Takbir

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 330 hits
Bagaimana cara angkat tangan ketika takbir dalam solat Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya ada soalan berkenaan angkat tangan waktu ucap tak...
Jari Bertukar Gelap Dan Mula Demam Lelaki Kehilangan Jari Setelah Tertusuk Ketika Basuh Udang Mentah

Jari Bertukar Gelap Dan Mula Demam Lelaki Kehilangan Jari Setelah Tertusuk Ketika Basuh Udang Mentah

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 491 hits
Udang sememangnya menjadi salah satu bahan yang paling serba boleh untuk dijadikan pelbagai masakan namun bahagian luarnya yang runcing menyebabkan proses penyediaannya terkadang akan menyebabkan kesakitan Seorang lelaki di Singapura dilapo...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas