Sidang Parlimen Mp Pkr Akan Bawa Soalan Peralihan Kuasa


Sidang Parlimen: MP PKR akan bawa soalan peralihan kuasaPosted By: Pentadbiron: March 10, 2019 Print Email  Proses peralihan kuasa perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim adalah antara soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang minggu depan.

Soalan tersebut ditanyakan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim daripada PKR, yang mahu memastikan proses tersebut berjalan segera dengan lancar dan tertib.

Dalam soalannya yang dilihat oleh The Malaysian Insight, Hassan meminta perdana menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan proses peralihan kuasa seperti dalam perjanjian manifesto Pakatan Harapan (PH) dapat berjalan dengan lancar dan tertib.

“Betul. Memang ada satu soalan yang saya hantar begitu. Kita tunggu apa perdana menteri jawab,” kata Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insight.
Pada kertas yang dilihat The Malaysian Insight, soalan itu ditetapkan dalam kertas aturan untuk 4 April, soalan Nombor 18.
Sekiranya sempat dikemukakan dalam tempoh soal jawab menteri selama satu jam setengah, Hassan akan diberi peluang mengemukakan soalan tambahan sebelum ahli Parlimen lain mengemukakan soalan mereka atas isu yang sama.

Sekiranya tidak sempat dikemukakan dalam tempoh tersebut, soalan berkenaan biasanya akan dijawab secara bertulis oleh perdana menteri.

Menurut Hassan, terlalu banyak khabar angin dan konspirasi berlegar ketika ini seperti undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan PH.

“Saya inginkan proses peralihan itu berjalan dengan tertib dan lancar sebab itu saya bawa ke Parlimen. Kita mahu perdana menteri sendiri yang bercakap di Parlimen dan bukannya di pentas ceramah atau majlis lain.

“Cakap di Parlimen tidak boleh bohong, politiking sebab Parlimen platform membuat undang-undang.
“Itu tujuan saya, tidak ada niat apa-apa sebab semua orang sudah tahu, sebelum pilihan raya sudah ada perjanjian bertulis peralihan kuasa ini,” katanya.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH membuat ketetapan setuju Dr Mahathir jadi perdana menteri dan akan digantikan dengan Anwar.

Dalam tempoh 10 bulan lalu, Dr Mahathir dan Anwar berkali-kali menegaskan pelan peralihan kuasa itu akan dihormati pada tempoh yang akan dipersetujui bersama antara dua pemimpin itu.
Pada Januari lalu, Ketua Sekretariat PH, Saifuddin Abdullah menjelaskan ia tidak menetapkan tempoh Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“PH cuma mempunyai keputusan dan perjanjian bahawa selepas Tun M (Dr Mahathir), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perdana menteri seterusnya. Kita tidak bincangkan tempoh kerana mereka saling memahami,” kata Saifuddin, yang juga menteri luar negeri.
Menurut Hassan, peralihan kuasa ini perlu berjalan dengan lancar dan aman seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional selepas tewas kepada PH dalam PRU14 Mei tahun lalu.

“Kita puji peralihan kuasa kerajaan apabila Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRU14 dahulu kepada PH berjalan dengan harmoni, teratur dan tiada huru-hara. Rakyat suka dan dunia puji.
“Sekarang fasa berikutnya daripada perdana menteri ketujuh kepada perdana menteri kelapan, kita mahukan perkara yang sama. Kita tidak mahu ada ketegangan dan salah faham.

“Sekiranya perkara ini dapat dijelas secara terbuka di atas platform yang sepatutnya, kerajaan boleh fokus kepada sosio ekonomi dan dasar,” ujarnya.

Hassan adalah ketua PKR Johor, yang dilantik semula ke jawatan itu oleh Anwar selepas terpilih sebagai presiden parti pada November lalu.

Pelantikannya pada Disember lalu jadi perhatian selepas dikritik secara terbuka antaranya oleh bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya yang mendakwa ada amalan kronisme dan nepotisme dalam lantikan pimpinan negeri.

Hassan kemudian menolak pelantikan tersebut, sehari selepas Nurul Izzah Anwar menolak jawatan sebagai ketua PKR Pulau Pinang, tetapi selepas itu dipujuk untuk menerimanya oleh akar umbi di Johor.

Isu undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir diperkatakan secara terbuka selepas perdana menteri mendakwa PAS memberitahunya tidak akan menyokong Umno dalam pilihan raya kecil Semenyih, baru-baru ini.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan kemudian membuat penjelasan yang PAS hanya memberi sokongan kepada Dr Mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga PRU15.
Takiyuddin membayangkan dua komponen PH iaitu PKR dan DAP mahu menjatuhkan Dr Mahathir melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat, berdasarkan tanggapan PAS semasa pertemuan Presidennya Abdul Hadi Awang dengan perdana menteri di Kuala Lumpur pada 14 Februari lalu.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu mendakwa PAS merasakan ada yang tidak kena dengan cara Dr Mahathir bercakap tentang komponen PH yang lain.

Hadi kemudian mengulangi penegasan PAS akan menyokong Dr Mahathir sekiranya undi tidak percaya berlaku, mendakwa pihaknya ada maklumat dan isu bukan cerita yang dibuat-buat.
“Kita mempunyai maklumat (akan ada undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita bagi sokongan… kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,” katanya pada 22 Februari lalu.
Presiden PKR Anwar Ibrahim bagaimanapun menafikan ada gerakan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir selaku perdana menteri.

Ahli Parlimen Port Dickson itu sebaliknya berkata cakap-cakap seperti itu hanya helah Hadi dan PAS mahu memecahbelahkan PH.
Menurut Anwar, beliau sudah bertemu dengan pemimpin komponen PH yang lain dan semua mereka tidak tahu adanya usaha membawa usul undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir.
Dewan Rakyat dijadual bersidang esok dengan titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong membuka mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-14. Dewan Rakyat ditetapkan bersidang sehingga 11 April.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/sidang-parlimen-mp-pkr-akan-bawa-soalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Peralihan Kuasa Kepada Anwar Pun Ditanya Dalam Parlimen Kenapa Sampai Begitu

Soalan Peralihan Kuasa Kepada Anwar Pun Ditanya Dalam Parlimen Kenapa Sampai Begitu

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 235 hits
Ada sesuatu yang pelik dalam sidang Parlimen kali ini yang bermula esok 11 Mac hingga 11 April 2019 Ini berikutan persoalan tentang peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim adalah antara soalan yang...
Terserah Pada Parlimen Tentukan Pengerusi Pac Kata Pkr

Terserah Pada Parlimen Tentukan Pengerusi Pac Kata Pkr

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 206 hits
Terserah pada Parlimen tentukan pengerusi PAC kata PKR Dikemas kini 29 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Mar 2019 9
Manifesto Ph Bukan Tipu Cuma Tak Laksana Kata Ahli Parlimen Pkr

Manifesto Ph Bukan Tipu Cuma Tak Laksana Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Tak laksana bukan tipu Demikian tegas M Karupaiya ketika menyanggah istilah penipuan yang digunakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kegagalan kerajaan menunaikan manifesto Karupaiya yang bangun mencelah ketika Ismail b...
K Jaan Bentang Kertas Putih Felda Pada Sidang Parlimen Akan Datang

K Jaan Bentang Kertas Putih Felda Pada Sidang Parlimen Akan Datang

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 240 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan akan membentangkan Kertas Putih mengenai Felda pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini Menurut Straits Times Singapura Kertas Putih itu berhubung Tawaran Awam Permulaan berjumlah RM10 bilion oleh Feld...
Kenapa Perlunya Soalan Berkaitan Pm 8 Ke Parlimen

Kenapa Perlunya Soalan Berkaitan Pm 8 Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 274 hits
Ada sesuatu yang pelik dalam sidang Parlimen kali ini yang bermula esok 11 Mac hingga 11 April 2019 Ini berikutan persoalan tentang peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim adalah antara soalan yang...
Guru Diberi Kuasa Bina Soalan Pt3 Mulai Tahun 2020 Amin

Guru Diberi Kuasa Bina Soalan Pt3 Mulai Tahun 2020 Amin

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 335 hits
PUTRAJAYA Mulai tahun hadapan sekolah sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan Pentaksiran Tingkatan 3 Kuasa berkenaan juga membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan soalan item P...
Besuk Ahmad Dhani Al Dan Dul Hanya Bawa Cinta Untuk Ayahnya

Besuk Ahmad Dhani Al Dan Dul Hanya Bawa Cinta Untuk Ayahnya

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 245 hits
Sementara itu Al disambut riuh oleh pengunjung rutan Mereka bahkan berebut swafoto dengan anak pertama Ahmad Dhani Prasetyo dengan Maia Estianty itu
Anak Kerap Berpeluh Mungkin Petanda Penyakit Jika Mama Bimbang Bawa Jumpa Doktor

Anak Kerap Berpeluh Mungkin Petanda Penyakit Jika Mama Bimbang Bawa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 335 hits
Anak berumur setahun dua bulan Kepala kerap berpeluh sehingga basah rambutnya Kadang kadang boleh menyebabkan bau masam hingga terpaksa syampu rambutnya setiap hari Adakah ia normal atau ada tanda penyakit lain Berikut jawapan dari Pakar Pe...
Remaja Patah Tangan Dibelasah Rakan Kerana Lapor Kegiatan Mereka Bawa Rokok Ke Asrama

Remaja Patah Tangan Dibelasah Rakan Kerana Lapor Kegiatan Mereka Bawa Rokok Ke Asrama

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 310 hits
Seorang pelajar tingkatan dua patah tangan selepas dipukul beberapa remaja lain berusia 19 tahun dalam kejadian di Asrama Sentosa Jalan Sentul jam 6 30 petang Rabu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mangsa dipercayai d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya