Siasat Tommy Jual Equanimity Harga Rendah Sian See



(Malaysia Gazette) – Pihak berkuasa perlu menyiasat pengakuan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bahawa beliau telah menjual kapal persiaran Equanimity pada harga lebih rendah daripada yang ditetapkan mahkamah.
Pengakuan tersebut dibuat oleh Tommy dalam bukunya yang kontroversi, My Story: Justice in the Wilderness.
Penganalisis politik, Lim Sian See secara sinis berkata, Tommy mungkin boleh dianggap sebagai jurujual paling berjaya di Malaysia.
Menurut beliau, Tommy menjual kapal secara sambilan, tidak pernah bertemu dengan pembeli sebelum itu manakala pembeli datang ke rumahnya untuk membeli kapal dan tidak pernah melihat Equanimity.
“Tommy mencatatkan nilai jualan lebih setengah bilion ringgit (AS$126 juta) dalam masa kurang setengah jam di rumahnya dalam pertemuan pertamanya dengan pembeli, walaupun nilainya kurang AS$4 juta daripada harga rizab minimum yang ditetapkan oleh mahkamah.
“Tidak tahulah kalau ada manfaat lain seperti insentif atau potongan cukai berbilion ringgit. Pihak berkuasa perlu menyiasatnya seperti yang disyorkan oleh Pasukan Petugas Khas mengenai buku Tommy.
“Tetapi, jika tiada manfaat atau rundingan lain, guru-guru jualan patut menulis buku mengenai kemahiran jualan Tommy yang menakjubkan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.
Equanimity yang sebelum ini dimiliki ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low disita kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam bukunya, Tommy menulis, beliau berjumpa dengan Pengerusi Genting Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay bagi menjual Equanimity melalui orang tengah di kediamannya pada 20 Mac 2019.
Selepas berbual selama kira-kira 20 minit, Tommy mengemukakan cadangan menjual Equanimity kepada Genting dan Kok Thay terus bersetuju.
“Saya memberitahunya harga rizab yang ditetapkan oleh mahkamah adalah AS$130 juta, di mana beliau tahu harga yang sepatutnya ditawarkan oleh Genting adalah sama atau lebih tinggi.
“Tan Sri Lim kata harga tertinggi yang boleh dibayarnya adalah AS$126 juta. Saya terus bersetuju. Kira-kira 10 minit kemudian, Tan Sri Lim beredar,” katanya.
Beliau menganggap pertemuan itu sebagai ‘setengah jam yang paling menguntungkan dalam kerjaya profesionalnya’ iaitu menjual aset negara pada harga AS$126 juta kepada sebuah syarikat multinasional Malaysia yang terkenal di peringkat global.
“Saya berkongsi berita gembira itu dengan Perdana Menteri dan pasukan perundangan. Semua orang gembira,” jelasnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/10/09/siasat-tommy-jual-equanimity-harga-rendah-sian-see/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diorang Rembat Semua Tumbler Starbucks Pastu Jual Balik Dengan Harga Mahal Netizen Bengang Dengan Ps

Diorang Rembat Semua Tumbler Starbucks Pastu Jual Balik Dengan Harga Mahal Netizen Bengang Dengan Ps

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 256 hits
Diorang rembat semua tumbler Starbucks pastu jual balik dengan harga mahal Netizen bengang dengan PSBaru baru ini Starbucks mengadakan jualan gudang bermula 29 September hingga 2 Oktober di Starling Mall Petaling Jaya di mana orang ramai bo...
Pekerja Stesen Minyak Scalper Dikesan Jual Kad Nfc Tng Dengan Harga Yahudi

Pekerja Stesen Minyak Scalper Dikesan Jual Kad Nfc Tng Dengan Harga Yahudi

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 181 hits
The ReporterKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengesan kegiatan penjualan kad Komunikasi Medan Dekat Touch n Go di platform pasaran dalam talian pada harga berlipat kali ganda Kad NFC TnG dijual pada harga RM10 di ...
Socar Sewa Kereta Harian Harga Berpatutan

Socar Sewa Kereta Harian Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 189 hits
Sekiranya anda mahu mencari kereta sewa dengan mudah SOCAR merupakan salah satu platform popular yang boleh anda cuba Benar terdapat ratusan atau mungkin rabuan syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan kereta di Malaysia namun dengan SO...
Tsmc Rancang Mahu Naikkan Harga Cip Apple Dilapor Tidak Bersetuju

Tsmc Rancang Mahu Naikkan Harga Cip Apple Dilapor Tidak Bersetuju

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 160 hits
Apple kini dilaporkan enggan bersetuju kenaikan harga cip daripada pembekal tunggalnya iaitu TSMC Menurut laporan Economic Daily News Apple didakwa telah menolak rancangan TSMC untuk menaikkan harga cip tahun depan suggest Pada asalnya dikh...
Penembusan Usd Cad Tidak Sah Kecenderungan Kenaikan Harga Tidak Berubah

Penembusan Usd Cad Tidak Sah Kecenderungan Kenaikan Harga Tidak Berubah

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 151 hits
Pasangan mata wang USD CAD menjunam semalam apabila Indeks Dolar AS jatuh selepas mencatatkan paras kukuh yang lebih tinggi Harga mengekalkan kecenderungan kenaikan harga walaupun pembetulan sementara Ia boleh kembali untuk menguji dan meng...
Harga Minyak 29 September Hingga 5 Oktober 2022

Harga Minyak 29 September Hingga 5 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 206 hits
Harga Minyak 29 September Hingga 5 Oktober 2022RON 97 turun 5 senRON 95 kekalDiesel kekal
Mahalnya Harga Barang Sekarang Gaji Habis Orang Cakap Kita Boros Padahal Gaji Yang Sikit

Mahalnya Harga Barang Sekarang Gaji Habis Orang Cakap Kita Boros Padahal Gaji Yang Sikit

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum Rasa macam lama tak bebel kat blog nie Duk buat review je tak habis habis hari nie rasa nak bebel la pulak Bukan apa hari nie hari gaji Orang bekerja macam kita nie memang happy la bila gaji bukan hari hari tu takde duit cum...
Jom Nikmati Makanan Pada Harga Bajet Di Mj Kok Selera Kajang

Jom Nikmati Makanan Pada Harga Bajet Di Mj Kok Selera Kajang

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pencinta makanan seluruh Malaysia Aku disini alhamdulillah dan baik baik sahaja Baiklah seperti biasa kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku makan disebuah restoran de...
Leona Dedah Harga Sewa Bilik Asrama Rm976 Seminggu

Leona Dedah Harga Sewa Bilik Asrama Rm976 Seminggu

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 215 hits
Umum mengetahui anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kini berada di United Kingdom London untuk menyambung pengajian di sana
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Resepi Best Guna Air Fryer 2025 Dari Sarapan Sampai Dinner

Viktario Berpura Pura Bahagia Chord

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch