Siasat Pendakwaan Politik Agc




Oleh Ab Jalil Backer
KEPUTUSAN kerajaan melantik Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu merupakan satu langkah yang sangat baik dalam memulihkan institusi perundangan negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menghentikan amalan lama melantik individu yang mempunyai kecenderungan politik mengetuai institusi yang mempunyai tanggungjawab melaksanakan undang-undang.
Jawatan Ketua Polis Negara dan Ketua Persuruhjaya SPRM juga harus dalam kalangan pegawai-pegawai yang layak berdasarkan merit perkhidmatan dalam institusi terbabit, bukannya kerana kecenderungan politik.
Lantikan berbau politik dalam jawatan-jawatan ini memang berlaku dari masa ke masa namun ia tidaklah begitu ketara seperti yang berlaku pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)
Apabila memenangi PRU-14, Pakatan Harapan (PH) melakukan lantikan politik dalam Pejabat Peguam Negara -AGC (Thommy Thomas), SPRM (Mohd Shukri Abdull dan Latheefa Koya), PDRM (Hamid Bador) dan SPR (Azhar Harun).
Ini bermakna semua agensi penguatkuasaan dan pelaksana undang-undang berada dalam pengaruh parti politik PH secara serentak. Ini menyebabkan tiada lagi proses semak dan imbang, sebaliknya yang berlaku hanyalah proses witch-hunt memusnahkan musuh-musuh politik.
Maka sepanjang 18 bulan lalu rakyat menyaksikan penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan sudah menjadi seperti sarkas media atas tujuan memalukan musuh-musuh politik PH.
Tommy Thomas dengan jelas menggunakan kuasa budi bicara sebagai Peguam Negara secara melampau. Terdapat sekurang-kurang 15 kes dalam pendakwaan membabitkan pemimpin dan aktivis PH telah ditarik balik.
Tuduhan
Paling menggemparkan tentulah keputusan AGC mengemukakan nolle prosequi (memberhentikan pendakwaan) terhadap Setiausaha Agung DAP, Guan Eng dan rakan subahatnya Li Koon, mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah (CPC).
Fakta kes Lim Guan Eng jauh lebih serius daripada kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo. Namun ketika Mohamad Khir dijatuhkan hukuman penjara, Lim Guan Eng dibebaskan oleh AGC kerana dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Dalam masa sama AGC mengeluarkan pertuduhan terhadap bekas Perdana, Mohd Najib Tun Razak, bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid sendiri berhadapan lebih 40 pertuduhan yang berdasarkan fakta-fakta pertuduhan menimbulkan persepsi seolah-olah berlaku overzealous prosecution yang bermotifkan memburukkan musuh politik sebelum didapati bersalah.
Sepanjang 18 bulan lalu terdapat lebih 80 individu dan entiti yang menerima sumbangan dan pembayaran daripada akaun Mohd Najib dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram.
Terdapat juga beberapa pemimpin UMNO yang sedang berhadapan perbicaraan rasuah disaman pula oleh LHDN kerana tidak membayar cukai berdasarkan fakta kes jenayah tadi.
LHDN tiada hak mengutip cukai pendapatan daripada kes jenayah kerana ia menjadikan perbuatan tersebut tidak salah. Namun AGC tetap membenarkan keadaan ini kerana ia membabitkan pemimpin politik musuh. Tidak pernah kita dengar pengedar dadah disaman cukai pendapatan oleh LHDN.
Tindakan melambakkan pendakwaan dan pertuduhan ini seperti orang menebar jala di laut. Nasiblah sangkut yang mana itulah habuan mereka.
Peguam Negara yang baharu harus menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi melihat sama ada kertas-kertas pendakwaan dibuat dalam sekelip mata selepas PRU-14 lalu berlandaskan prinsip keluhuran undang-undang atau kerana kepentingan politik.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/08/siasat-pendakwaan-politik-agc/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=siasat-pendakwaan-politik-agc

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduh Zahid Pendakwaan Politik Atau Bukan Tanya Syed Saddiq

Tuduh Zahid Pendakwaan Politik Atau Bukan Tanya Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 464 hits
Pemuda Bersatu dilihat mula menekan presidennya Muhyiddin Yassin yang kini memimpin gabungan baru politik termasuk dengan dengan Umno Armada pimpinan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini menuntut pendirian Muhyidd...
Polis Siasat Individu Sebar Berita Palsu Anak Pemimpin Politik Ditahan

Polis Siasat Individu Sebar Berita Palsu Anak Pemimpin Politik Ditahan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 588 hits
KUALA LUMPUR 14 Mac Polis Diraja Malaysia akan menyiasat mereka yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan anak seorang pemimpin kanan sebuah parti Pakatan Harapan ditahan di Singapura kerana membawa masuk wang RM2 juta Ketua Polis Neg...
Pendakwaan Politik Oleh Regim Dr Mahathir Kerana Dendam Kepada Musuh Politik

Pendakwaan Politik Oleh Regim Dr Mahathir Kerana Dendam Kepada Musuh Politik

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 356 hits
Dr Mahathir memang terkenal dengan nama jolokan Mahazalim dan Mahafiraun Matlamat menghalalkan cara kuasa sebagai pemudah cara itulah prinsip dan pegangan Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik Budaya ugut menjadi darah daging dan seni po...
Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 501 hits
Kuala Lumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini Beliau berkata semua pihak...
Talian Hayat Politik Ppbm Hanya Bersama Pas

Talian Hayat Politik Ppbm Hanya Bersama Pas

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 579 hits
PPBM dilihat terperangkap dalam jerat yang diciptanya sendiri di mana seorang penganalisis politik berkata satu satunya peluang untuk bertahan adalah kembali bersatu dengan Pakatan Harapan dan seorang lagi berkata ia mungkin pengakhiran pol...
Mahathir Antara Punca Kemelut Politik Umno

Mahathir Antara Punca Kemelut Politik Umno

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR UMNO mendakwa Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebahagian punca kemelut politik yang menyelubungi negara ketika ini Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata justeru parti itu melihat Dr Mahathir ...
Polri Bentuk Satgas Politik Uang Untuk Lacak Sumber Dana Calon Kepala Daerah

Polri Bentuk Satgas Politik Uang Untuk Lacak Sumber Dana Calon Kepala Daerah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 252 hits
Mulai dari sekarang Sehingga saat rekan rekan menghadapi proses di mana biasanya tren money politic ini akan dimainkan lagi jelas dia
Kicau Politik Setelah Wujud Kerajaan Sementara 9802

Kicau Politik Setelah Wujud Kerajaan Sementara 9802

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 645 hits
Aku PAS Bini aku UMNO Bila malam jumaat kita BERSATU Tunaikan AMANAHMmmmm DAP nya Lepas 9 bulan dapat WARISAN Nikah 2 pula kena ada KEADILAN Mau nikah 3 perlu ada PAKATAN 4 masih ada HARAPAN Kalau takut terus kekal BEBAS Semoga bermanfaat S...
Kemelut Politik 3 Masjid Utama Adakan Solat Hajat

Kemelut Politik 3 Masjid Utama Adakan Solat Hajat

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 591 hits
Jakim gesa rakyat bertindak rasional utamakan keamanan negaraBANGI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan solat hajat khusus untuk keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini Merujuk situasi polit...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November