Siasat Pemimpin Sebar Berita Palsu



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa menyiasat dakwaan berita palsu yang disebarkan oleh dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar dan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kedua pemimpin tersebut didakwa telah menyebarkan berita palsu dengan mengatakan premis nombor ekor dibenarkan beroperasi setelah bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) 4 Mei lalu.

Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) digesa menyiasat terhadap fitnah dikeluarkan kedua tokoh PH itu yang cuba menghasut serta merekayasa berita yang tidak betul.

“Sepatutnya mereka sebagai pemimpin perlu melihat keadaan negara yang kini dilanda Covid-19. Tidak sepatutnya kenyataan seperti ini di keluarkan oleh kedua individu berkenaan,” katanya kepada HarakahDaily.

Terdahulu, Mahfuz Omar dalam satu video yang dimuat naik dalam Facebooknya ada mengeluarkan kenyataan berbunyi; “Esok bermulanya PKP Bersyarat, Kedai 4 Nombor Ekor buka, Sports Toto buka, masjid tak buka lagi. Jadi kalau ada siapa-siapa nak buat tunjuk perasaan nak bantah pembukaan 4 Nombor Ekor dan Sports Toto yang tu cukup baguslah”.

Manakala perkara yang sama dikeluarkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berbunyi; “Dia kata jemaah secara terbatas tak boleh. Tak apa lagi. Koperasi kedai judi dah dibuka, itu orang berhimpun jugak. Apa yang patut disegerakan kedai judi saya pun tidak faham kerana kedai judi ini akan dikerumuni.”

Namun, perkara itu telah dinafikan oleh Unit Respons Pantas KKMM dalam kenyataan medianya pada 4 Mei lalu yang menyatakan semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) telah diarahkan tutup operasi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Rabu lalu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu melibatkan kedua pemimpin PH berkenaan.

Mengulas lanjut, Idris berkata tindakan berkenaan memberi gambaran jelas sikap mereka yang suka menyebarkan berita tidak benar.

“Patutlah PH sebelum ini menentang Akta Anti Berita Tidak Benar sehingga menghapuskan akta ini sewaktu memerintah dahulu kerana mereka suka kepada berita sensasi dan menyebarkan berita tidak benar,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Unit Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertindak menafikan berita palsu yang disebarkan.- HARAKAHDAILY 8/5/2020

MR :  Terutama yang suka bercakap seorang depan kamera!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/siasat-pemimpin-sebar-berita-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebar Berita Palsu Pemimpin Pkr Bakal Didakwa

Sebar Berita Palsu Pemimpin Pkr Bakal Didakwa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 945 hits
Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan membuat pertuduhan terhadap Fuziah Salleh bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok kerana menyebarkan berita palsu Ahli Par...
Siasat Isu Kad Pengenalan Palsu Untuk Kawal Lambakan Pati

Siasat Isu Kad Pengenalan Palsu Untuk Kawal Lambakan Pati

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 291 hits
Oleh Fazleen Safina Mereka dilindungi UNHCR perlu dipulangkan ke negara masing masing BANGI Kerajaan perlu memperketatkan proses kemasukan warga asing melalui kawalan di sempadan dan imigresen bagi mengelakkan lambakan pendatang asing tanpa...
Berita Palsu Siasat Presien Pkr Ap Pokok Sena Khalil Idham Lim

Berita Palsu Siasat Presien Pkr Ap Pokok Sena Khalil Idham Lim

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 562 hits
UMMAH mohon polis siasat dua pemimpin PHKUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu melibatkan dua pemimpin PH di laman Facebook masing masing Menurut Pengerusi UMMAH Perak Khalil Idham Lim dua...
Sebar Berita Palsu Fuziah Salleh Akan Dituduh Di Mahkamah Esok

Sebar Berita Palsu Fuziah Salleh Akan Dituduh Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 499 hits
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh akan dituduh esok berhubung kes penyebaran berita palsu di Facebook Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini disiasat berhubung dakwaan kesesakan di Kompleks Kastam Imigresen dan ...
Fuziah Salleh Akan Di Dakwa Esok Kerana Sebar Berita Palsu

Fuziah Salleh Akan Di Dakwa Esok Kerana Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 572 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok kerana menyebarkan berita palsu Menurut jurucakap Bukit Aman hari ini Fuziah yang juga wakil rakyat mewakili PKR u...
Wakil Rakyat Kuantan Dituduh Esok Kes Sebar Berita Palsu

Wakil Rakyat Kuantan Dituduh Esok Kes Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 303 hits
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh akan dituduh esok berhubung kes penyebaran berita palsu di Facebook Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini disiasat berhubung dakwaan kesesakan di Kompleks Kastam Imigresen dan ...
Pemimpin Amk Lapor Polis Terhadap Bos Mereka Anwar Ibrahim Membuat Berita Palsu

Pemimpin Amk Lapor Polis Terhadap Bos Mereka Anwar Ibrahim Membuat Berita Palsu

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 300 hits
Seorang setiausaha pemuda PKR cabang Teluk Kemang membuat laporan polis terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana didakwa berkongsi berita palsu mengenai bilangan pendatang tanpa izin di negara ini dan dakwaan kedai nombor ramalan beropera...
Marah Sebab Sebar Fake News Kepada Mak Mereka Reaksi Berader Ini Buatkan Netizen Geli Hati

Marah Sebab Sebar Fake News Kepada Mak Mereka Reaksi Berader Ini Buatkan Netizen Geli Hati

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 571 hits
Mesti ada diantara mak ayah anda yang lebih percayakan perkongsian group WhatsApp berbanding nasihat anak sendiri bukan Ohmedia percaya benda bukan berlaku kat Malaysia saja seluruh dunia lebih lebih lagi kalau mak ayah berkenaan baru terde...
Kura Kura Ini Menerima Kaki Palsu Beroda

Kura Kura Ini Menerima Kaki Palsu Beroda

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 427 hits
Di Jerman seekor kura kura dengan nama Schildi yang kakinya telah dipotong diberi roda LEGO untuk menggantikan kakinya Saat ditinggalkan oleh pemiliknya binatang itu dalam keadaan yang sangat buruk bahagian bawah kaki depannya sudah hilang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash