Siapa Nostradamus
Siapa tak kenal Nostradamus si tukang tilik atau peramal masa depan
Siapakah Nostradamus?
Dalam topik kali ini aku nak share info pasal Nostradamus
Kehidupan AwalMichel de Nostradame dilahirkan pada 14 Disember 1503. Ada yang berpendapat dia dilahirkan pada 21 Disember 1503. Tempat kelahirannya di Saint-Remy-de-Provence, France
Buku Biography Nostradamus yang ditulis oleh Edgar Leoni.
Ibunya bernama Reyniere de St-Remy dan ayahnya pula bernama Jaume de Nostradame. Ayahnya merupakan seorang peniaga bijirin dan bekerja sambilan sebagai notary keturunan Yahudi. Tugas notary ialah menjadi saksi untuk perjanjian dalam hak milik hartanah dan memeriksa kesahihan surat perjanjian atau dokumen-dokumen tertentu
Adik-beradik Michel de Nostradame ada 9 orang. Kisah hidup bersama adik-beradiknya sewaktu kecil tidak banyak dikongsikan
Datuk Nostradame iaitu Guy Gassonet telah menganut agama Kristian Catholic kira-kira 50 tahun lebih awal sebelum kelahiran Michel de Notradame. Tujuan datuk dia masuk Katolik dan tukar nama keluarganya kepada Nostradame adalah untuk elak dari dizalimi oleh pihak Inquisition
Inquisition ialah satu kumpulan atau organisasi yang ditubuhkan untuk menghukum orang-orang yang tidak menganut agama Kristian di seluruh Eropah dan Amerika. Bermula dari abad ke 12 hingga beberapa ratus tahun, Inquisition terkenal dengan kezalimannya menyeksa orang-orang beragama Islam dan kaum Yahudi
Sewaktu kecil, Michel dibimbing oleh datuk sebelah emaknya iaitu Jean de St. Remy. Jean ajar cucunya Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Hebrew dan Matematik. Selain itu Michel juga telah diajar oleh datuknya berkenaan tradisi Yahudi dan sains astrology.
PendidikanPada usia 14 tahun, Nostradame telah memasuki University of Avignon untuk belajar bahagian perubatan. Setahun kemudian, dia terpaksa berhenti belajar disebabkan wabak Bubonic melanda di Eropah pada ketika itu
Wabak Bubonic (Bubonic Plague) ialah virus yang datang dari gigitan kutu
Nostradame telah mengembara ke kawasan-kawasan luar bandar untuk mengkaji herba-herba dan bekerja sebagai apothecary. Tugas apothecary ialah membuat formula atau buat ubat untuk dijual
Pada tahun 1522, Notradame masuk University of Montpelier untuk habiskan pengajiannya dalam bahagian perubatan. Kadangkala dia meluahkan pendapatnya yang tidak puas hati dengan ajaran dari paderi-paderi Catholic yang menolak tanggapan astrology
Ada beberapa laporan mengatakan pegawai-pegawai universiti telah menghentikan pembelajaran Notradame setelah mengetahui pengalamannya sebagai seorang apothecary. Secara jelas pihak university pada masa itu memandang negatif terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan "manual trade". (Manual perniagaan?)
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan Notradame tidak dibuang keluar oleh pihak universiti malah telah menerima lesen untuk mengamalkan perubatan pada tahun 1525. Pada ketika ini dia telah me"Latin"kan namanya dari Nostradame ke Nostradamus
Menghadapi WabakBeberapa tahun kemudian, Nostradamus mengembara ke seluruh Perancis dan Italy untuk merawat pesakit-pesakit wabak. Masih belum ada kaedah rawatan yang tepat untuk menghadapi wabak pada masa ini
Kebanyakan doktor pada masa ini menggunakan ubat yang dibuat dari merkuri, mengeluarkan darah pesakit dan memakaikan pesakit dengan jubah yang telah direndam bawang putih
Nostradamus menggunakan kaedah yang berbeza untuk menangani wabak. Pesakit yang dirawatnya tidak perlu dikeluarkan darah tetapi perlu menjaga kebersihan. Selain itu dia menggalakkan penyingkiran mayat-mayat yang dijangkiti dari laluan-laluan di bandar
Dia dikenali sebagsai orang yang membuat "rose pill" iaitu herba yang dibuat dari rosehip. Rosehip ialah herba yang kaya dengan vitamin C. "Rose pill" digunakan untuk merawat pesakit wabak pada tahap awal atau ringan
Selain dari memberi "rose pill" kepada pesakitnya, Nostradamus menyuruh pesakitnya jaga kebersihan, jaga makan dan selalu hirup udara segar. Nostradamus menjadi semakin terkenal dengan kaedah rawatannya dan mendapat bantuan kewangan dari kebanyakan penduduk di Provence, France
Pada tahun 1531, Nostradamus dijemput untuk bekerja dengan Julius Caesar Scaliger seorang cendekiawan di Agen, France. Di Agen, Nostramadus berkahwin dan beberapa tahun kemudian mempunyai dua orang anak
Pada tahun 1534, isteri dan dua orang anak Nostradame telah mati berkemungkinan besar dijangkiti wabak. Mereka mati sewaktu Nostradame dalam misi perubatan di Italy. Tidak dapat selamatkan ahli keluarga sendiri telah menyebabkan Nostradamus dibenci oleh masyarakat termasuk Julius Caesar Scaliger
Kuasa Psikik?Pada tahun 1538, Nostradamus telah mengeluarkan kenyataan negatif atau kurang jelas mengenai patung berhala Virgin Mary. Nostradamus diarahkan untuk ke Church Inquisiton tetapi dia pilih untuk melarikan diri. Selama beberapa tahun dia mengembara ke Italy, Greece dan Turki
Sewaktu dalam pengembaraannya di Italy, Nostradamus dipercayai telah mempunyai kuasa psikik. Kononnya dia telah berjumpa dengan sekumpulan sami Franciscan dan meramal bahawa seorang dari mereka yang bernama Felice Peretti akan menjadi Pope Sixtus V pada tahun 1585
Setelah Nostradamus merasakan dirinya selamat dari Inquisition, dia kembali ke France untuk sambung kerja merawat pesakit-pesakit wabak
Pada tahun 1547, dia menetap di Salon-de-Province dan berkahwin dengan seorang janda kaya bernama Anne Ponsarde. Mereka mempunyai 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan
Pada ketika ini, Nostradamus telah menghasilkan dua buah buku sains perubatan. Satu buku terjemahan Galen, pakar perubatan Roman dan buku 'The Traite des Fardemens' iaitu buku cara buat ubat untuk merawat sakit wabak dan penyediaan kosmetik
Selang beberapa tahun kemudian, Nostradamus mula beralih dari perubatan kepada ramalan
Pada waktu malam, Nostradamus dipercayai akan menghabiskan masa beberapa jam dalam sebuah bilik di rumahnya untuk bermeditasi di hadapan mangkuk berisi air dan herba. Kononnya meditasi itu menyebabkan dia boleh melihat masa depan
Pada tahun 1550, Nostradamus menulis buku ramalan pertamanya iaitu maklumat mengenai astrology dan ramalan-ramalan pada tahun yang akan datang. Penulisannya mendapat sambutan hangat di seluruh France
RamalanPada tahun 1554, Nostradamus kononnya mempunyai penglihatan masa depan yang semakin hebat. Rancangan dia ialah untuk membuat buku berjudul Centuries yang mempunyai 10 jilid, setiap jilid mengandungi 100 ramalan untuk menilik masa 2000 tahun akan datang
Pada tahun 1555, Nostradamus menghasilkan buku bertajuk Les Prophesies. Disebabkan bimbang akan ditahan oleh pihak Inquisition, dia tulis dalam bentuk quatrains iaitu puisi berirama gaya barat 4 rangkap dan gabungan bahasa Greek, Italy, Latin dan Provencal (loghat bahasa Perancis Selatan)
Walaupun Nostradamus menulis buku ramalan tetapi dia mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Gereja Roman Catholic. Selain itu dia juga tidak ditahan oleh pihak Inquisition sebab penulisannya tidak mengandungi amalan-amalan sihir
Notradamus pernah menghadapi kecaman disebabkan membuat ramalan. Ada yang mengatakan dia adalah hamba syaitan dan ada juga yang mengatakan dia penipu atau gila. Namun dia tetap diminati oleh golongan elite di Eropah
Catherine de Medici, isteri King Henri II of France, merupakan seorang peminat tegar Nostradamus. Selepas membaca buku ramalan Nostradamus berkenaan ancaman terhadap keluarganya, dia panggil Nostradamus datang mengadap di istana untuk memberikan laporan dan buat horoskop untuk anak-anaknya
Beberapa tahun kemudian Notradamus dilantik oleh Catherine sebagai Counselor dan Pakar Perubatan bagi pihak istana
Pada tahun 1556, Nostradamus menjelaskan ramalan terhadap King Henri berdasarkan buku tulisannya iaitu Centuries I. Ramalan tersebut ialah berkenaan singa muda yang akan membunuh singa tua dalam medan pertempuran. Cara singa muda membunuh ialah dengan menusuk mata singa tua
Nostradamus memberi amaran kepada King Henri supaya tidak menyertai pertandingan jousting bagi mengelak kematian. Jousting ialah perlawanan yang menggunakan tombak
Video jousting zaman moden
Tiga tahun kemudian, King Henri menyertai pertandingan jousting. Dalam pertandingan tersebut tombak pihak lawannya telah menusuk helmet bahagian mata King Henri dan tembus sampai belakang kepala. Akibatnya King Henri merana selama 10 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir
Nostradamus mendakwa ramalannya berdasarkan astrology iaitu seni meramal peristiwa akan datang melalui pengiraan planet dan bintang. Sumber ramalannya yang lain ialah hasil penulisan ahli sejarah klasik seperti Plutarch dan ahli-ahli sejarah lain pada zaman Medieval
Dalam sejarah Eropah, Medieval ialah zaman pertengahan yang bermula dari abad ke 5 hingga abad ke 15
Kebanyakan cendekiawan percaya bahawa Nostradamus membuat ramalan berdasarkan kitab Bible yang menceritakan pasal dunia akhir zaman dan juga berdasarkan pembacaan astrology masa lalu
KematianNostradamus menderita sakit gout dan arthritis sejak usianya meningkat dewasa. Penyakitnya semakin menjadi-jadi setelah umurnya semakin tua. Pada tahun-tahun terakhir hidupnya, dia mengalami edema atau dropsy iaitu jumlah cecair yang tidak normal berkumpul di bawah kulit dan di rongga-rongga badannya
Nostradamus telah meramalkan bahawa dia akan mati pada November 1567
Video Ustaz Auni berkenaan Nostradamus
Akan tetapi Nostradamus telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Julai 1566
Apa hukum percaya pada ramalan masa depan?
Hukumnya haram
Rasulullah (S.A.W) bersabda :مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya : "Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad."
(Riwayat Ahmad nombor 406)
Apa hukum ramalan cuaca?
Ramalan cuaca (meteorology) tidak sama dengan tilik nasib seperti meramal masa depan menggunakan horoskop atau tanda zodiak (astrology) yang boleh membawa kepada syirik.
Meteorology ialah kajian tentang atmosfera bumi, perbezaan suhu dan kelembapan udara yang menyebabkan keadaan cuaca berubah. Contohnya seperti hujan, salji, ribut, petir, puting beliung dan taufan.
Sekian.
Sumber
Biography Nostradamus
Book of Notradamus by Edgar Leoni
Encyclopedia Nostradamus
History Inquisition
Haram percaya ramalan tarikh lahir, metafizik dan astrologi
Weather forecast is not haram
What is Meteorology?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bebasperibadimu.blogspot.com/2021/12/siapa-nostradamus.html