Siang Malam Buat Kerja Tetapi Dapat Bonus Rm0 00 Luahan Staff Kurier



"Siang malam buat kerja, tetapi dapat bonus RM0.00..." - Luahan Staff Kurier  - Bayangkan jika anda sudah lama bekerja mengerahkan tenaga dan menuruti segala arahan dan perintah pegawai atasan, tiba-tiba anda diberikan markah yang rendah sehingga menyebabkan anda tidak layak diberikan bonus. Apa perasaan anda ketika itu? 
Pastinya kecewa kerana usaha anda selama ini tidak dihargai. Itulah yang berlaku kepada seorang kakitangan Pos Laju yang kesal dimana dia tidak layak menerima bonus kerana markah prestasi tahunannya yang agak rendah. 
"Siang malam buat kerja, tetapi dapat bonus RM0.00..." - Luahan Staff Kurier
Menurut Tom Yana, status yang dimuat naiknya pada 8.09 malam, Khamis lalu bukanlah bertujuan memburukkan nama syarikat. Tetapi mahu membuka mata orang atasan terhadap kakitangan bawahan yang tidak dihargai. 
"Kepada Dato Pos Malaysia yang dihormati. Saya sebagai pekerja bawahan kurier Pos Laju NP1 memuat naik status ini bukan bertujuan memburukkan nama syarikat, tetapi harus diingatkan kami pekerja bawahan bermain dengan hujan panas, bermandi peluh, berlapar dahaga di bawah panas matahari terik sepanjang hari.
"Paling tepatnya sejak keluar dari rumah seawal jam 4 pagi masuk kerja dan balik rumah selewat jam 9 malam. Kerja penat lelah semput sampai sakit-sakit masuk keluar hospital. Sabtu, kadang-kadang Ahad kami korbankan masa dengan keluarga demi menggalas tanggungjawab ini. Tetapi ini hasil yang diberi oleh pihak atasan kepada kami. 
"RM0.00 BONUS saya dapat tahun ini dengan markah prestasi 44.9 sebelum ini. Sudah empat tahun merasa prestasi tahap dua, tetapi tiada apa-apa juga hasilnya walaupun sedikit.
"Kami ada anak dan isteri yang juga perlu diberi makan, pakai lebih-lebih lagi di harai raya yang bakal menjelang tiba. 

"Saya tahu kadang-kadang saya melawan ketua, mc disebabkan sakit saya, tetapi inikah pembayaran tahunan kerja sepanjang tahun ini? Saya di luar pejabat cuba buat kerja sehabis mungkin. Kadang-kadang sampai ke waktu malam sebab saya fikir memang tanggungjawab saya sebagai seorang kurier. 
"Tolong beri sedikit timbang rasa dengan gaji kami yang kecil dan tidak seberapa ini untuk membayar hutang rumah, kereta, bil utiliti, makan pakai dan yang lain-lain. 
"Diharapkan status ini dapat disampaikan kepada Dato Pos Malaysia dan cuba pertimbangkan semula apa yang saya luahkan. Tidak pernah saya menangis bila melihat surat ini dan inilah kali pertama saya menangis kerana mengenangkan anak dan isteri untuk dibeli segala persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. 
"Minta maaf andaikata saya tersilap dan membuatkan sesetengah pihak berasa kurang senang dengan tindakan saya. Salam dari kakitangan yang sudah berkhidmat di Pos Laju Kuala Lumpur," katanya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2017/06/siang-malam-buat-kerja-tetapi-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Beri Kerja Rumah Tingkat Kecergasan Pemain

Selangor Beri Kerja Rumah Tingkat Kecergasan Pemain

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 162 hits
SHAH ALAM 24 MAC Selangor memantau sesi latihan menerusi video yang perlu dihantar pemain setiap hari susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kata jurulatihnya B Sathianathan berkata kerja rumah itu perlu disiapkan bagi memastikan s...
Dukung Imbauan Pemerintah Asuransi Jasindo Mulai Terapkan Kerja Dari Rumah

Dukung Imbauan Pemerintah Asuransi Jasindo Mulai Terapkan Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 214 hits
Sistem bekerja dari rumah ini baru diterapkan untuk kantor Asuransi Jasindo di wilayah DKI Jakarta dan sekitarnya Untuk wilayah di luar itu tetap buka dengan menjalani aturan aturan keselamatan terkait pencegahan Covid 19 atau virus corona
5 Olahan Jus Buah Yang Bikin Kamu Tetap Produktif Kerja Di Rumah

5 Olahan Jus Buah Yang Bikin Kamu Tetap Produktif Kerja Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 167 hits
Sudah satu minggu kerja di rumah membuat rasa suntuk dan bosan menjadi musuh ketika kerja di rumah Atasi dengan konsumsi olahan jus buah untuk meningkatkan semangat
Motivasi Sebenar Team Kesihatan Bangkit Pergi Kerja Walau Terdedah Bahaya Covid 19

Motivasi Sebenar Team Kesihatan Bangkit Pergi Kerja Walau Terdedah Bahaya Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 422 hits
Tengah rilek dok rumah mungkin ramai tertanya dari mana datangnya kekuatan dan motivasi team kesihatan bangkit pergi kerja walau terdedah bahaya Covid 19 Baca selanjutnya untuk jawapan Tulisan Fb Azizul Azli AhmadMotivasi SEBENAR Team Kesih...
Kesiankan Kami Kerja Kat Luar Ni Frontliner Kesal Ada Lagi Pesakit Tipu Pasal Covid 19

Kesiankan Kami Kerja Kat Luar Ni Frontliner Kesal Ada Lagi Pesakit Tipu Pasal Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 319 hits
Pengecut Mungkin itulah ayat yang paling sesuai untuk kita gambarkan sikap segelintir individu yang sanggup menipu dan tidak jujur mengenai keadaan mereka berkaitan Covid 19 Hanya kerana risau dengan pandangan masyarakat sanggup mereka meni...
Kemnaker Pastikan Kerja Dari Rumah Dilakukan Profesional

Kemnaker Pastikan Kerja Dari Rumah Dilakukan Profesional

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 134 hits
Pertama pelaksanaan kerja dari rumah dilakukan mulai tanggal 17 hingga 31 Maret 2020 Selama periode ini seluruh pegawai Kemnaker dilarang meninggalkan rumah kecuali mendesak
Badan Pemikir Anggar 2 4 Juta Hilang Kerja Jika Lanjut Perintah Kawalan

Badan Pemikir Anggar 2 4 Juta Hilang Kerja Jika Lanjut Perintah Kawalan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 163 hits
March 25 2020 11 55 AMMIER berkata KDNK sebenar mungkin susut 6 9 berbanding garis dasar 2020 PETALING JAYA Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menganggarkan kira kira 2 4 juta rakyat akan hilang pekerjaan akibat krisis Covid 19 jika per...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses