Shukri Hadafi Kanak Kanak Genius Yang Di Sia Siakan


Pada awal 1980-an para pendidik di negara ini digemparkan oleh kemunculan Mohd. Shukri Hadafi Abdul Aziz, seorang kanak-kanak pintar dari Kuala Ketil, Kedah yang mampu membaca dan menulis ketika berusia empat tahun.

Shukri Hadafi

Menurut Zaharah Nawawi yang menulis artikel “Ibu Tahun Ini” dalam majalah Wanita terbitan Ogos 1975 yang mengulas mengenai kepintaran Shukri, “Anaknya (Shukri) berjaya menjadi pandai dalam usia yang begitu muda (empat tahun) yang jarang diperoleh sebarang anak.

“Sekarang Shukri yang berusia empat tahun itu bukan setakat kenal alif, ba, ta. Bukan hanya kenal A, B, C. Bukan cuma kenal ‘sepah bulan’. Tapi boleh membaca apa saja, mengeja apa saja, tanpa teragak-agak dan tanpa salah dan silap”.

Ketabahan Zaharah mendidik Shukri sehingga pandai membaca dalam usia empat tahun telah menobatkan wanita itu sebagai “Ibu Tahun Ini” sempena Tahun Wanita Antarabangsa pada tahun 1975, bertepatan dengan Sambutan Hari Wanita Malaysia pada Ogos dan Ulang tahun ke-6 majalah Wanita.

Menurut Mohd. Hussain Ibrahim menerusi bukunya Pendidikan Pintar-Cerdas: Teori dan Pendekatan (1995), kebolehan istimewa yang dimiliki oleh Shukri ketika itu telah menarik perhatian masyarakat umum sehingga kanak-kanak tersebut diambil berlakon dalam filem Menanti Hari Esok (1977) arahan Tan Sri Jins Shamsuddin bersama bintang ternama ketika itu seperti seniwati Sarimah dan Noor Kumalasari.

Namun begitu, perhatian berlebihan yang diberikan masyarakat ketika itu bukanlah mengenai hubungan antara elemen kepintaran kanak-kanak itu dengan keperluan pendidikannya yang boleh membantu kejayaannya di masa depan.

“Yang menjadi fokus masyarakat pada masa itu ialah bagaimana ibu Shukri mengajar anaknya membaca dan menulis. Oleh itu tidak hairanlah mengapa Shukri kemudiannya tercicir daripada mendapat pendidikan yang sewajarnya.” (Mohd. Hussain Ibrahim 1995: 2).

Dalam artikel yang disiarkan oleh Mastika edisi Jun 2000 bertajuk “Maafkan Saya”, ia menelusuri kehidupan kanak-kanak pintar berkenaan yang ketika itu tinggal bersama kakaknya di Baling, Kedah.

“Shukri sedar ramai orang yang ingin mengetahui perjalanan hidupnya yang suatu ketika dahulu dianggap budak paling pintar di Malaysia.

“Tapi bukanlah mudah untuk dia (Shukri) luahkan kerana sejak 30 tahun lalu terlalu banyak peristiwa dilaluinya,” (Mastika Jun 2000: 6).

Shukri yang berjaya memperoleh 17 agregat dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 1985 seterusnya diambil oleh Profesor Diraja Ungku Aziz menjadi anak angkat supaya kecemerlangannya terus diperhebatkan.

“Tidak lama selepas akhbar keluarkan keputusan peperiksaan itu, saya diberitahu yang Pak Ungku dan Mak Ungku (Profesor Diraja Ungku Aziz dan Puan Azah Aziz) berminat untuk menjadi penjaga saya, menanggung pelajaran supaya kepandaian saya tidak sia-sia begitu sahaja." (Mastika Jun 2000: 9).

Ungku Aziz seterusnya membawa Shukri ke Kuala Lumpur dan dimasukkan ke Sekolah Tinggi Klang (STK).

Malang sungguh, tidak lama kemudian, Shukri mula hanyut, menghisap rokok dan mengabaikan pelajarannya. Suatu malam Shukri ditangkap oleh guru kerana balik lewat ke asramanya.

“Esoknya, saya dapat surat. Saya dibuang dari asrama. Sejak itu Pak Ungku tak mahu jadi penjaga saya lagi. Depa (mereka) betul-betul marah dengan saya,” cerita Shukri lagi (Mastika Jun 2000: 10).

Sejak itu kehidupan Shukri menjadi lintang pukang tanpa haluan. Beberapa kali beliau ditangkap polis kerana mencuri dan membawa ganja seterusnya dipenjarakan.

“Pada 1988 saya dipenjara setahun kerana mencuri di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Kemudian, saya kena penjara setahun lagi kerana membawa enam peket ganja.

“Pada 1998 saya ditangkap pula di Kuala Ketil juga semasa bawa ganja. Hakim jatuhkan hukuman denda RM600 atau tiga bulan penjara. Saya pilih penjara. Duit takdak (tak ada),” luah Shukri (Mastika Jun 2000: 11).

Melalui wawancara itu juga Shukri tidak mahu masyarakat memandang serong terhadapnya sebagai bekas banduan dan beliau insaf kerana melakukan banyak kesilapan dalam hidupnya sehingga mengecewakan ramai orang yang membantunya termasuk Ungku Aziz dan Puan Azah Aziz sehingga gagal mencapai ‘bintang’.

Syarifah Norul Akmar (1990) dalam kertas kerja bertajuk, “Permasalahan serta isu-isu dalam pendidikan pintar-cerdas di Malaysia masa kini” pada Seminar Pendidikan Pelajar Pintar-Cerdas, Institut Ilmu-Ilmu Islam, Kajang Selangor turut menyentuh kisah sedih Shukri.

“Kita masih mengingati kisah sedih Shukri yang pada suatu ketika dahulu boleh digolongkan sebagai kanak-kanak pintar-cerdas.

"Kecerdasan Shukri malangnya tidak dipupuk serta diberikan perhatian yang sewajarnya,” kata Syarifah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Tahukah Anda Anak Boleh Diasuh Menjadi Seorang Genius?Anak-Anak Yang Berbakat Seni Takkan Kemana Dengan Sistem Pendidikan Di Malaysia
sumber: utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/shukri-hadafi-kanak-kanak-genius.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Membuatkan Ramai Tersentuh Hati Kanak Kanak Suapkan Rakan Sekelas Oku

Membuatkan Ramai Tersentuh Hati Kanak Kanak Suapkan Rakan Sekelas Oku

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 357 hits
Sebuah video memaparkan dua kanak kanak lelaki iaitu Yuan dan Karl berkongsi makanan dengan seorang rakan sekelasnya tular di media sosial sejak dua minggu lalu dapat dilihat kemesraan persahabatan mereka Ketiga tiga mereka merupakan murid ...
Wanita Hamil Kanak Kanak Jadi Korban Terbaru Pemberontakan Pm Beri Amaran Keras

Wanita Hamil Kanak Kanak Jadi Korban Terbaru Pemberontakan Pm Beri Amaran Keras

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 313 hits
Papua New Guinea kini sedang menghadapi detik detik hitam dalam sejarah negara mereka apabila pemberontakan antara puak di sana dilihat semakin membimbangkan Terbaru seramai 16 orang individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa kekejam...
Dua Kanak Kanak Lemas Bersama Di Tali Air

Dua Kanak Kanak Lemas Bersama Di Tali Air

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 615 hits
DUA kanak kanak lelaki berusia lapan dan sembilan tahun lemas selepas tergelincir ketika menangkap ikan di tali air Sungai Pulau di belakang rumah nenek mereka di Kampung Jelempok Arau hari ini Mangsa Muhamad Sayyaf Muhamad Zaki 8 dan sepup...
Cris Cyborg Kalahkan Felicia Spencer Wajarkah Sukan Begini Di M Sia

Cris Cyborg Kalahkan Felicia Spencer Wajarkah Sukan Begini Di M Sia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 359 hits
Spencer dikalahkan oleh petarung berpengalaman dari Brazil Cris Cyborg menerusi keputusan sebulat suara Foto APSUKANUFC 240 Cris Cyborg hadiahkan kekalahan pertama Felicia SpencerACARA UFC 240 yang berlangsung di Alberta Kanada pada Ahad me...
Alahai Dik Kaki Kanak Kanak 3 Tahun Tersangkut Tong Gas Semasa Dalam Kereta

Alahai Dik Kaki Kanak Kanak 3 Tahun Tersangkut Tong Gas Semasa Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 446 hits
Jika dah nak jadi benda yang kita tak terfikir berlaku pun boleh berlaku Begitulah nasib yang dialami oleh seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun apabila berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersangkut di celah tong gas keti...
Kepala Kanak Kanak Teleng 90 Darjah

Kepala Kanak Kanak Teleng 90 Darjah

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 827 hits
Kepala Afsheen teleng 90 darjah selepas terjatuh ketika berusia lapan bulan SINDH Pada usia lapan bulan Afsheen Kumbar 11 dari Pakistan terjatuh ketika bermain di luar rumah Tragedi itu mengubah hidupnya apabila ia menyebabkan kepalanya mem...
Possi Ialah Berus Gigi Kanak Kanak Yang Memainkan Muzik Menerusi Aliran Tulang

Possi Ialah Berus Gigi Kanak Kanak Yang Memainkan Muzik Menerusi Aliran Tulang

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 245 hits
Tabiat yang baik perlu dibentuk sejak kecil Memberus gigi ialah antara tabiat yang sukar diajar kepada anak anak dan memerlukan kesabaran yang tinggi dari ibu bapa Syarikat pembuat berus gigi Lion dan Kyocera telah melancarkan Possi khusus ...
Saya Harap Kamu Lindungi Kawan Kawan Tentera Israel Tembak Kepala Kanak Kanak 9 Tahun

Saya Harap Kamu Lindungi Kawan Kawan Tentera Israel Tembak Kepala Kanak Kanak 9 Tahun

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 533 hits
Saya sedang duduk di hadapan rumah melihat askar dan tidak dapat tahu apa yang berlaku Sekarang saya berperang untuk hidup Saya mungkin tidak berjaya tetapi saya harap kamu melindungi kawan kawan saya Mesej ringkas ini disampaikan oleh seor...
Program Little Hajj Untuk Kanak Kanak Penyertaan Terus Meningkat

Program Little Hajj Untuk Kanak Kanak Penyertaan Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 323 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Drama Nikmat Hanya Sesaat

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Impact Of New Domain Extensions

Heartwarming Video Goes Viral Celebrating The Contribution Of Foreign Workers

The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pisp Program Ijazah Sarjana Perguruan Di Ipg

Sps Madani 2025 Cara Memohon Syarat Kelayakan

Polis Sita Aset Hampir Rm1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah

Beli Carpet Di Objet

Banyak Kena Paham

Seribu Kenangan Buat Kita Tersenyum Di Masa Depan