Shiok Kopitiam Telah Beroperasi Sepenuhnya Selamat Dan Halal
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalin. Apa khabar korang semua moga terus patuh SOP dan juga terus menjaga kesihatan dan keselamatan diri walaupun sekarang ni kita boleh boleh pergi kemana-mana sahaja serta juga boleh nikmati makanan di restoran kegemaran kita. Oleh keranak, sebab dah terlalu lama sangat Maha duduk rumah dan makanan masakan sendiri kali ini Maha nak menikmati pula antara makanan kegemaran Maha yang disediakan oleh restoran luar iaitu Chicken Chop
Kali ni Maha bawa korang bersama menikmati juadah di sebuah kopitiam yang sedap dan cukup terkenal dengan 13 jenis Chicken Chop di Lembah Klang. Kat mana lagi kalau bukan di Shiok Kopitiam Bandar Kinrara Puchong. Membuatkan Maha suka untuk datang sini kerana ia adalah kopitiam yang mendapat persijilan Halal dan semua makanan mereka yakin untuk dinikmati
Sepertimana kedai makan dan restoran lain kat kopitiam ini juga mereka menitik beratkan tentang SOP yang ditetapkan oleh kerajaan untuk makan di kopitiam ini. Pastikan diri kita telah lengkap vaksin sepenuhnya, memakai penutup muka dan hidung serta membuat imbasan MySejahtera dan memeriksa suhu serta duduk dalam penjarakan yang ditetapkan. Sebelum masuk kopitiam ni sahaja korang boleh tengok mereka tuliskan lengkap SOP yang mesti dipatuhi. Baru kita rasa selamat nak makan kan
Masuk sahaja ruangkan kopitiam ni rasa tenang dengan ruang yang luas dan juga konsep yang moden serta sekeliling dinding dihiasi dengan gambar makanan yang menyelerakan. Pastinya ia adalah sebuah kopitiam yang bersih dan sentiasa di sanitize setiap hari. Kerusi meja pun di sediakan ikut SOP supaya ada penjarakan dan selesa untuk makan. Maha suka suasana dan keselesaan yang dapat dirasai dalam kopitiam ni.
Cheezy Chicken Chop
So apa lagi masa untuk buat tempahan makanan lah bila dah rasa selasa dan perut lapor ni kan. Kali ini Maha nak menikmati hidangan paling popular dan yang menjadi air tangan kopitiam ini iaitu Cheezy Chicken Chop. Dimana daging isi ayam yang digoreng garing dan juga disadur dengan sos keju yang melimpah dan tidak membuatkan kita rasa cepat muak kalau makan. Ia datang bersama dengan kentang goreng rangup dan juga salad segar memberi kelengkapan dalam hidangan ini.
Salted Egg Chicken Rice
Kemudian kena cuba juga mereka punya Salted Egg Chicken Rice. Maha suka kerana dapat rasa telur masin yang cukup sempurna dimasak dan tidak terlalu terlebih kemasinan dan kepekatannya. Tengok lah sendiri bagaimana banyaknya isi ayam yang disediakan bersama dengan seketul telur mata kerbau di atasnya. Hidangan yang sesuai untuk satu orang makan.
Mee Mamak Goreng
Cantonese Fried Kuey Teow
Bagi yang nak kurangkan makan nasi suka makan mee kat sini juga ada sediakan dua pilihan berasas mee dan kuey teow iaitu Mee Mamak Goreng dan juga Cantonese Fried Kuey Teow. Mee mamak tu tak pedas dan juga kaya dengan isi didalamnya seperti tauhu, fish cake, fish ball, sayur dan juga disedapkan lagi dengan perahan limau sangat ngam. Kemudian untuk Kuey Teow pula sangat banyak yer melimpah-limpah satu pinggan tu. Dalam tu tak kedekut dengan makanan laut macam sotong, udang dan juga kuah yang pekat dan tidak memuakkan.
Spicy Korean Chicken Wings
Ayam Goreng ala Korea kat sini pun ada juga mereka sediakan. Boleh order mereka punya Spicy Korean Chicken Wings. Nak buat sebagai pembuka selera atau juga nak makan sambil sembang-sembang tu pun sangat sesuai. Ia tak pedas bagi orang Malaysia kalau orang lain tak tahu dan juga ada rasa manis dengan salutan sos istimewa. Maha teka ia ada campuran kicap manis dan juga madu kot. Taburang cili potong tu yang kalau korang gigit akan rasa kepedasan kemudian hehehe.
Ais Batu Campur (ABC)
Minuman Istimewa Malaysia Boleh dan White Coffee Ice
Makan kalau tak ada minuman tecekek lah kan wakakaka. Jadi minuman yang Maha suka minum dan juga menarik untuk di cuba adalah minuman istimewa Malaysia Boleh, White Coffee Ice dan juga ABC mereka. Malaysia boleh ni minuman Limau Ais yang yang menggunakan perahan Limau Kasturi. Ia tidak masam dan juga kurang manis. Manakala kopi putih mereka sangat kaw dan memang sesuai minum dalam keadaan sejuk atau panas. ABC juga banyak dengan bahan dan isi di dalamnya serta kurang manis
Sangat puas dalam beberapa waktu makan sambil sembang-sembang dengan kawan atau kalau korang datang dengan keluarga pun best juga bawa makan kat sini sangat Maha rekemen sekali. Harga yang berpatutan dan juga perkhidmatan yang bagus. Sekarang ni mereka telah beroperasi sepenuhnya setelah dibenarkan oleh pihak kerajaan
Selain terdapat di Bandar Kinrara, Shiok Kopitiam ini juga ada dua lagi cawangan iaitu kat Serdang Raya dan juga Bandar Utama (Dataran Pelangi). Jadi siapa yang berhampiran tu boleh pergi sana menu sama sahaja. Bagi yang tak boleh nak datang makan kat restoran jangan bimbang kat sini juga ada sediakan perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan aplikasi seperti Food Panda, Grab Food dan Shopee Food. Jadi lagi mudah lah nak makan hari-hari juadah yang sedap dekat rumah atau pejabat.
Jadi mungkin perkongsian ini dapat bagi ilham untuk korang mencari tempat makan selepas banyak tempat mula dibuka ini. Nanti dah makan kat sini boleh tinggalkan komen korang ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua
Nak tahu maklumat lanjut dan juga promosi serta menu-menu mereka boleh hubungi:
Shiok Kopitiam Bandar KinraraAlamat: No 9, Jalan BK 3/2. Bandar Kinrara47100 Puchong, SelangorTel: 03-80751017 / 017-6341598Facebook: https://www.facebook.com/shiok.kopitiam
Shiok Kitchen Serdang RayaAlamat : G-37, Plaza Serdang Raya,Jalan SR 7/7. 43300 Seri Kembangan, SelangorTel: 03-95499886 / 011-14239202Waktu operasi: 10.00am - 9.15pmFacebook: https://www.facebook.com/shiokkitchensr
Shiok Kopitiam Bandar UtamaAlamat: G13A, Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid 47400 Petaling Jaya, SelangorTel: 03-74930118 / 011-2352 2818Waktu operasi: 8.30am - 9.15pmFacebook : https://www.facebook.com/shiokkopitiam.bandarutama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2021/10/shiok-kopitiam-telah-beroperasi-sepenuhnya-selamat-dan-halal.html