Sheriff Narko Integriti Bukan Sekadar Polis Tangkap Polis


Assalammualaikum semua! Pembuka tirai tahun 2024 ini, filem pertama Ruby tonton di pawagam adalah SHERIFF: NARKO INTEGRITI. Filem yang Ruby tunggu sebab kami suami isteri peminat Pengarah Syafiq Yusof. Aneh kan? Biasanya ramai mengikuti selebriti. Tapi kami lebih selesa ikut karya pengarah. Mungkin dah terbiasa, kalau filem aksi, mesti tunggu filem Syafiq Yusof. 
Trailer SHERIFF: NARKO INTEGRITI pun dah ada plot twist. Ingatkan filem fiksyen dalam PDRM ada Sheriff macam New York City Sheriff tu. Sheriff yang hantar waran, perintah mahkamah dan mengiringi orang yang berada dalam tahanan sivil ke mahkamah. Ternyata sangkaan ku salah belaka

Rupa-rupanya, DSP SHERIFF tu nama penuhnya Sheriffuddin Hussein. Tak pernah ya kena game dengan pengarah Syafiq Yusof macam ni. Lepas tu, DSP Sheriff ni bukan sahaja kena siasat kes dalaman. Malah perlu terlibat dalam tugasan lapangan. Sampai migrain lah DSP Sheriff ni fikir. Nak cari Meth Killer, lokasi gudang Tony Ifrit dan Tikus dalam pasukan Narkotik. Memang bukan sekadar tangkap Polis

Filem aksi yang confirm menggegarkan pawagam seluruh negara tahun ini, SHERIFF: NARKO INTEGRITI! Filem ini merupakan filem arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato' Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama, Sharuddin Tamby dan ramai lagi. Sheriff mula temui penonton di pawagam pada 18 April. 
Pada pendapat Ruby, jalan cerita SHERIFF: NARKO INTEGRITI bersesuaian dengan situasi semasa iaitu rasuah dan bersubahat dengan penjenayah kelas atasan. Tahniah Syafiq Yusof. Kami bagi 10/10 bintang untuk filem SHERIFF: NARKO INTEGRITI! Yayyy! 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟



Tajuk Filem: SHERIFF: NARKO INTEGRITIGenre: Aksi Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd & SKOP Productions Sdn Bhd Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad Penerbit Eksekutif Bersama: Datuk Yusof Haslam Pengarah: Syafiq Yusof Bahasa: Bahasa Malaysia Durasi Filem: 132 Mins (2 jam 12 minit)Klasifikasi: 16 Tahun ke atas (LPF)Tarikh Tayangan di Pawagam: 18 April 2024


BARISAN PELAKON SHERIFF: NARKO INTEGRITI
Zul Arifin sebagai Deputi Superintenden Polis (DSP) Sheriffuddin Hussein @ DSP SHERIFFSyafiq Kyle sebagai Inspektor (INSP) NazriAzira Shafinaz sebagai Asistan Superintenden Polis (ASP) SyazlinElizabeth Tan sebagai Asistan Superintenden Polis (ASP) Jennifer WongDato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit, Pengedar Dadah MethamphetamineShaharuddin Thamby sebagai Deputi Superintenden Polis (DSP) MalikKamal Affendi sebagai Deputi Superintenden Polis (DSP) AfshamNatasha Mahyan sebagai Inspektor WaniZen Ng sebagai Detektif HongMeynillen sebagai Detektif NagaAmir Nafis sebagai Inspektor (INSP) FaroukKodi Rasheed sebagai FirdausEsma Danial sebagai Superitenden RoslanHazama sebagai Inspektor Amirul AsyraffAzri Iskandar sebagai Husin
TRAILER SHERIFF: NARKO INTEGRITI



SINOPSIS SHERIFF: NARKO INTEGRITI 
Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas dari cengkaman undang - undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada didalam Jabatan Narkotik itu sendiri. 
PENGARAH SYAFIQ YUSOF BERI KEPUASAN AKSI PADAT DALAM SHERIFF
Jika anda dahagakan filem aksi yang padu dan puas untuk 2 jam 12 minit, SHERIFF adalah filem yang sangat sesuai. Filem Syafiq Yusof kali ini kemas dengan babak pembunuhan, watak yang psycho, plot twist yang buat kita tetanya-tanya dan dialog yang bersesuaian. Serius filem ini tidak meleret-leret. Satu persatu babak buat kita tak berkedip mata! 
Suntingan sinematografi tidak usah dipertikaikan, rasa nak melompat apabila watak DSP Sheriff menunggang motosikal dan landing pakai lutuy dan boleh terus mengejar penjenayah! Babak kombat Zul Ariffin dan Dato' Aaron Aziz pun cun! 
Seni mempertahankan diri mereka memang sesuai dengan tubuh badan yang sasa. Ketinggian pun lebih kurang. Rasa nak tutup mata, tapi best pula tengok lawan-lawan ni. Sebagai anggota Polis, wajib mahir seni mempertahankan diri. Ini yang ingin digambarkan oleh pengarah agar kita tahu Anggota PDRM kita tak kosong. Berani dan Tangkas

RINDU LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN DATO' AARON AZIZ
Dua figura industri drama dan filem di Malaysia yang sentiasa dinantikan kemunculannya. Sama ada di kaca televisyen atau layar pawagam, Zul Ariffin dan Dato' Aaron Aziz sentiasa memiliki tempat di hati para peminat. 
Watak mereka di dalam SHERIFF: NARKO INTEGRITI sangat istimewa dan berada di tempat tertinggi dalam pasukan masing-masing. Bukan mudah untuk bertembung atau tertangkap. Tetapi apabila sekali bertemu, ibarat buku dan ruas. Sama-sama tangkas, berani dan ada deria keenam yang hebat. Gandingan yang mantap



LAKONAN AZIRA SYAFINAZ SEMAKIN MATANG
Mesti ramai menantikan watak Azira Syafinaz lakonkan. Nampak watak yang tenang kan? Tetapi lenggok badan dan ekspresi wajah untuk watak ini ternyata buat kita wow dengan lakonan Azira Syafinaz. Pelakon cantik ini berani mencuba watak yang mencabar. Paling Ruby rasa marah semasa babak undercover bertemu Tony Ifrit. Seram kalau pelakon kesayangan kita akan di bunuh. Nasib baik cepat PDRM sampai. Suspen betul



SYAFIQ KYLE MENDUNIA!
Amboi Syafiq Kyle, lain betul watak kali ini. Terkejut ya tengok setiap babak sebagai Meth Killer tu! Kerja kemas betul! Watak dua identiti dalam satu masa ni mencabar! Sebiji macam pembunuh bersiri! Lepas tu kehidupan dihantui dengan jelmaan orang yang telah dia bunuh tu memang nyata seperti wujud gangguan mental. 
Babak ini menggambarkan setiap pembunuhan yang dilakukan pasti ada kesannya. Derita dalam senyap! Sebab itu tidak mustahil setiap kali kes pembunuhan apabila disabit kesalahan di mahkamah ada yang disahkan sakit mental. Ingat terlepas dari hukuman? Sesiapa yang mengaku sakit mental, mereka tidak akan terlepas dengan hukuman. 

Prosedur berkenaan pesakit mental dalam Mahkamah anda boleh dirujuk dalam Seksyen 342 hingga 344 Kanun Tatacara Mahkamah 2012. Wah sampai ke sini Ruby ulas. Makin seronok filem Skop Productions dan Astro Shaw. 
APA KATA PENERBIT?

Menurut Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata, “Sheriff membawakan sebuah perspektif yang belum pernah dibawa oleh filem-filem kepolisian terbitan Skop Productions sebelum ini. Idea filem Sheriff ini tercetus daripada gabungan Datuk Yusof Haslam dan saya sendiri berdasarkan filem-filem kepolisian yang pernah kami hasilkan sepert KL Special Force dan juga Polis Evo 3. Namun untuk karya Sheriff, saya tambahkan sentuhan istimewa untuk penggemar-penggemar genre filem psikologi.”

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam, “Filem ini menjadi lebih menarik apabila pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman turut bekerjasama dan memberi nasihat dalam proses pembikinan filem. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM Bukit Aman dan rakan penerbit, Astro Shaw kerana sentiasa memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan sepanjang menghasilkan karya ini. Kami berharap agar penonton-penonton di Malaysia dapat menikmati filem ini dan reaksi positif mereka adalah tanda sokongan kepada filem tempatan, di samping membawa kejayaan kepada genre yang baru dan segar.”

Sementara itu, Penerbit Eksekutif dan juga Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, Astro Shaw amat teruja untuk mempersembahkan sebuah lagi filem arahan Syafiq Yusof dan optimis ia bakal mencatatkan satu lagi sejarah dalam industri perfileman negara. “Sheriff merupakan filem ke-enam hasil daripada kerjasama bersama Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila. Meskipun industri filem tempatan diwarnai dengan pelbagai naskhah yang membabitkan badan beruniform. Namun, kehadiran Sheriff tentunya berbeza dengan filem-filem yang sedia ada kerana ia dipersembahkan melalui plot, babak dan dialog yang penuh kejutan. Memandangkan filem ini akan ditayangkan ketika minggu perayaan Aidilfitri, jadi kami merasakan ia adalah waktu yang tepat untuk ditonton bersama keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang. Tentunya kami mengharapkan Sheriff dapat diterima semua penonton, sekali gus mampu mencipta satu lagi fenomena.”  
Lepas ni DSP Sheriff nak tangkap polis bahagian mana pula? Ada sambungan lagi? We want more! 
TEMUI PELAKON SHERIFF
Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. 
Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff. 

Pembelian tiket filem Sheriff sudah boleh dibeli sejak 4 April dan peminat berpeluang untuk menonton sehari awal iaitu 17 April di pawagam. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/04/sheriff-narko-integriti-bukan-sekadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spoiler Filem Sheriff Narko Integriti Siapa Hidup Siapa Mati

Spoiler Filem Sheriff Narko Integriti Siapa Hidup Siapa Mati

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 230 hits
Hari ini penulis telah berkesempatan untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di GSC Kulim Central setelah ditayangkan bermula 18 April 2024 yang lalu Penulis telah membeli tiket tayangan pada pukul 2 petang Sengaja pilih waktu ini seba...
Sheriff Tangkap Pencuri Selipar Di Masjid

Sheriff Tangkap Pencuri Selipar Di Masjid

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 111 hits
Redzuan Muharamredzuan muharam hmetro com myTANGKAP layar video parodi Masjid Bandar Seri Putra Bangi yang tular di TikTok Bangi Populariti filem Sheriff Narko Integriti ketika ini memberi ilham kepada pengurusan Masjid Bandar Seri Putra di...
Remaja Maut Kemalangan Koperal Polis Ditahan

Remaja Maut Kemalangan Koperal Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 184 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadam hmetro com myMelaka Anggota polis berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dengan kenderaan polis kelmarin Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata...
Polis Pahang Cari Lapan Individu Bagi Membantu Siasatan Kes Rusuhan Di Genting Highlands

Polis Pahang Cari Lapan Individu Bagi Membantu Siasatan Kes Rusuhan Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes merusuh di Genting Club Genting Highlands pada Sabtu lalu Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menerusi kenyataan berkata semua lelaki itu dikesan hasil pemeriks...
Samun Warga Asing 7 Termasuk 5 Anggota Polis Ditahan

Samun Warga Asing 7 Termasuk 5 Anggota Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 196 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myKuala Lumpur Tujuh orang termasuk lima anggota polis ditahan selepas menyamun lelaki warga asing menyebabkan kerugian RM260 000 di sebuah residen di Jalan Tun Razak kelmarin Ketua Polis Kuala Lumpur ...
Zunar Turunkan Kartun Hormat Agong Bukan Sebab Laporan Polis Pemuda Pas

Zunar Turunkan Kartun Hormat Agong Bukan Sebab Laporan Polis Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 205 hits
Kartunis satira politik ternama Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar menegaskan beliau tidak menurunkan kartunnya di media sosial akibat desakan politik daripada pihak pembangkang Menjawab tohmahan di media sosial kononnya Zunar menurunkan...
Video Remaja Maut Rempuh Kenderaan Polis

Video Remaja Maut Rempuh Kenderaan Polis

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 179 hits
nbsp Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh kenderaan pacuan empat roda polis di Jalan Gangsa kesang Durian Tunggal awal pagi semalam Dalam kejadian pada jam 2 56 pagi mangsa Mohammad Khairul Basahri 18 dilaporkan me...
Kes Tembak Di Klia Polis Perlis Tingkat Kawalan Di Sempadan

Kes Tembak Di Klia Polis Perlis Tingkat Kawalan Di Sempadan

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 267 hits
KANGAR 14 April Polis Perlis meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia Thailand terutama di lorong lorong tikus untuk memastikan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 awal pagi tadi tidak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash