Shaken Baby Syndrome Kenapa Anda Dilarang Mengoncang Bayi Dan Buai Laju Laju Dalam Buaian


Oleh : Bel Nawhen

Pernah dengar SHAKEN BABY SYNDROME?
 
1. 95% kejadian berlaku kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Ia merupakan perdarahan yang berlaku di bahagian luar otak kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah dipanggil 'Subdural Haemorrhage'. Ia dikenalpasti beserta dengan keretakan tulang dada dan perdarahan di dalam mata.

2. Perkara ini boleh terjadi kerana kanak-kanak/bayi mempunyai kawalan leher yang lemah disebabkan tekanan kuat yang diberi lalu menyebabkan kecederaan. Goncangan kuat menyebabkan gegaran di bahagian lembut tengkorak lalu memberi tekanan kepada saluran darah di otak - menyebabkan ia pecah lalu berlakulah perdarahan subdural.

3. Kejadian boleh berlaku jika;

- Kanak-kanak/bayi digoncang-goncang. samaada semasa didukung, dibuai laju dalam buaian,

- Kanak-kanak/bayi dilempar ke dinding,

- Kanak-kanak/bayi jatuh tidak sengaja kelantai.

- Kanak-kanak/bayi ditampar.

** Kurang kesabaran dalam menghentikan tangisan bayi yang berterusan menyebabkan perkara di atas terjadi.

** Selain itu, punca tekanan hidup atau pergaduhan ibu dan bapa, menyebabkan mereka cepat berasa marah ditambah lagi anak-anak yang meragam. Ia juga menyebabkan perkara di atas boleh terjadi.

Tanda-tanda kanak-kanak/bayi dengan 'shaken baby syndrome';

❗ Kurang menyusu, tiada selera makan
❗ Muntah-muntah
❗Demam yang rendah
❗Sawan
❗Resah gelisah yang akut
❗Kurang tindakbalas
❗Tidak sedarkan diri (coma)
❗Pernafasan tidak sekata

Bayi kes yang tidak kelihatan tanda fizikal, ia boleh dikenalpasti apabila kanak-kanak/bayi kelihatan pucat, perdarahan di lapisan mata (retinal haemorrhage), retakan ditulang dada, retakan di tengkorak kepala.

**Retinal Haemorrhage hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan mata iaitu funduscopy, tanda menjadi nyata jika bayi/kanak-kanak dicekik terutama bagi kes penderaan.

Shaken Baby Syndrome ini, jika tidak menyebabkan kematian pun; ia akan menyebabkan kecacatan kekal pada penglihatan (buta), cerebral palsy, terencat akal, sawan yang berterusan, kelewatan dalam perkembangan serta pertuturan, pekak.

Faktor risiko kejadian ini terjadi kebiasaannya berlaku kepada;

* Ibu Bapa yang muda kurang ilmu serta kesabaran dalam memenuhi keinginan bayi.

* Stress
* Pengaruh alkohol/Dadah
* Penderaan/Domestic Violence
* Institusi kekeluargaan yang tidak stabil
* Kemurungan

Sebagai ibu bapa, jika kanak-kanak/bayi menangis dan gagal menghentikan tangisan mereka, anda boleh;

~ Menenangkan diri dahulu.

~ Pastikan punca bayi menangis contoh, kembung perut atau mungkin ada mengalami luka atau kecederaan yang menyakitkan mereka.

~ Berhenti dari menyalahkan diri sendiri yang menjadi punca tangisan bayi atau; menyalahkan bayi.

~ Dukung anak bagi memberikan keselesaan kepada bayi, peluk dan bawa bayi berjalan sebentar.

~ Cuba untuk bercakap dengan bayi; kalau menyanyi boleh menenangkan bayi, lakukan ia.

~ Jika tidak berjaya; serahkan bayi kepada pasangan atau panggil ahli keluarga lain yang dikenali bayi nagi tujuan memberi moral support atau membantu memujuk bayi

~ Jangan terus membuat kesimpulan bahawa anda bukanlah ibu bapa terbaik. Anda perlu tahu bahawa bayi akan kerap menangis dan menangis merupakan ekspresi utama mereka.

Anda perlu tahu, bayi mungkin menangis kerana;

✔ Lapar
✔ Pampers penuh
✔ Kembung perut
✔ Merasa terlalu panas/sejuk
✔ Merasa kurang sihat
✔ Kurang selesa kerana ruam lampin
✔ Baru mahu tumbuh gigi
✔ Letih
✔ Diberikan gangguan tanpa henti
✔ Terluka/Tercedera.

Ada kes kejadian Shaken Baby Syndrome ini disebabkan Non Accidental Injury ataupun kecederaan secara tidak sengaja. Kes dibawa oleh ibu bapa kerana bayi/anak mereka kelihatan kurang aktif atau ada lebam di kepala. Banyak kes sebegini terjadi dan menimbulkan tanda tanya kepada kami di bahagian kesihatan. Apakah punca kejadian ini berlaku?.

Sebenarnya, bayi tidak mudah cedera jika cara pengendalian kita adalah betul. Tidak renyah sebenarnya menjaga kanak-kanak atau bayi, pokok pangkalnya diri sendiri.

Sebab tu Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, makahendaklah ia berbaring.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/shaken-baby-syndrome-kenapa-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bayi Dilambung Begpackers Tular Bayi Boleh Cedera Otak Pendarahan Akibat Shaken Baby Syndrome

Video Bayi Dilambung Begpackers Tular Bayi Boleh Cedera Otak Pendarahan Akibat Shaken Baby Syndrome

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 335 hits
Tindakan melambung bayi boleh meningkatkan risiko terjadinya kecederaan akibat Shaken Baby Syndrome Ibu bapa dan penjaga sepatutnya peka tentang hal ini Video seorang bayi yang dilambung dan dihayun secara berbahaya oleh seorang begpacker d...
Panjang Banget Nama Bayi Di Tuban Ini Terdiri Atas 19 Kata

Panjang Banget Nama Bayi Di Tuban Ini Terdiri Atas 19 Kata

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 307 hits
Seorang bayi di Desa Ngujuran Kecamatan Bancar Kabupaten Tuban punya nama yang tidak biasa Selain sulit diucap nama bayi ini sangat panjang Tak kurang terdiri atas 19 kata Bayi itu adalah putra kedua pasangan Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah...
Bayi Tiga Bulan Ditemukan Tewas Di Pancoran Mas Depok

Bayi Tiga Bulan Ditemukan Tewas Di Pancoran Mas Depok

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 256 hits
Penemuan bayi ini dilaporkan sekitar pukul 14 00 WIB Kemudian penemuan jasad bayi ini dilaporkan ke Polsek Pancoran Mas Petugas pun datang untuk melihat kondisi bayi
Siswi Sd Melahirkan Bayi 2 6 Kg Begini Kondisinya Dan Kronologi Kejadian Viral Itu

Siswi Sd Melahirkan Bayi 2 6 Kg Begini Kondisinya Dan Kronologi Kejadian Viral Itu

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 262 hits
Seorang siswi Kelas 6 Sekolah Dasar meraung raung kesakitan saat melahirkan bayi seberat 2 6 kg Siswi itu adalah korban perkosaan pamannya sendiri Korban sebut saja berinisial A adalah warga Kecamatan Batu Ampar Kabupaten Kubu Raya Provinsi...
Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 407 hits
Pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi dan betul supaya tidak jangkitan kuman hingga bernanah 8 tip ini boleh dijadikan panduan Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi kebanyakan mama dan papa akan kekok Tali pusat bayi adalah berasal d...
Bayi Sembilan Bulan M T Dipercayai D D R

Bayi Sembilan Bulan M T Dipercayai D D R

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 241 hits
Please follow and like us 1 IPOH Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas empat hari mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dipercayai didera hari ini Muhammad Firas Danial Muhammad Niza
Kematian Bayi 9 Bulan Tiada Unsur Dera Polis

Kematian Bayi 9 Bulan Tiada Unsur Dera Polis

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 351 hits
Bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian
Ibu Berpantang Terkejut Bantal Tungku Moden Meletup Selepas Cas 5 Minit Nyaris Cederakan Bayi

Ibu Berpantang Terkejut Bantal Tungku Moden Meletup Selepas Cas 5 Minit Nyaris Cederakan Bayi

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 487 hits
Nak putus nyawa mama nak tercabut jantung meletup dekat dengan baby Nasib baik Tuhan nak tolong lagi demikian luah seorang ibu yang terkejut dengan kejadian yang berlaku baru baru ini dan nyaris mencederakan bayinya Menurut bantal tungku el...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba