Shahidan Digesa Jangan Tembak Dalam Gelap Reka Cerita Kucar Kacirkan Keadaan


 
Nora Mahpar -June 23, 2021 Seorang Ahli Parlimen PKR menyifatkan pendedahan Shahidan Kassim berhubung gerakan mengumpul sokongan untuk Anwar Ibrahim sebagai dakwaan rambang yang semberono dan tidak patut dibuat ketika ini.PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR dan Umno tidak tahu mengenai kewujudan gerakan mengumpul sokongan untuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilantik perdana menteri seperti didakwa Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berharap pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu tidak mengada-adakan cerita untuk mengkucar-kacirkan keadaan.“Shahidan adalah ketua ‘backbencher’ Ahli Parlimen PN di Parlimen, melindungi kerajaan PN adalah tugas nombor satu beliau.
“Cuma harap Shahidan tidak menembak dalam gelap…yang tak ada diada-adakan,” katanya kepada FMT.
Mengulas kewujudan usaha penjajaran baharu antara Umno dan Pakatan Harapan (PH), Hassan berkata, penjajaran baharu itu tidak sesuai dilaksanakan sekarang ketika negara bergelut dengan Covid-19.
“Kecuali jika dalam masa terdekat ini kerajaan PN tumbang kerana Muhyiddin Yassin hilang majoriti sebagai perdana menteri jika Ahli Parlimen Umno tarik sokongan kepadanya.”
Semalam, Shahidan dalam sidang media maya mendedahkan seorang Ahli Parlimen Umno mengaku menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar dilantik sebagai perdana menteri.
Katanya, Ahli Parlimen itu memaklumkan beliau menandatangani dokumen sokongan itu 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi serta seorang “kenamaan”.
Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pendedahan Shahidan berhubung gerakan mengumpul sokongan untuk Anwar sebagai dakwaan rambang yang semberono dan tidak patut dibuat ketika ini.
“Apa yang penting adalah Parlimen dibuka segera. Di Parlimen, semua perkara boleh dirungkai.”
Beliau bagaimanapun tidak menolak sekiranya penjajaran baharu cuba direalisasikan antara pimpinan tertinggi PH dan Umno.
“Saya setuju jika ia menjadi kenyataan kerana inilah perpaduan Melayu yang sebenar. DAP itu bukan semuanya Cina, PKR pula ada macam-macam bangsa. Setiap komponen itu ada kekuatannya. Waktu ini kita hanya nak selamatkan negara, nak bina semula negara.”
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang mengaku terlibat dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Umno untuk menyokong bendahari Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap pakatan itu berkata: “Saya tak tahu-menahu, itu awak kena tanya tukang buat cerita, takkan dia nak menipu.”
Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan pendedahan mengenai gerakan mengumpul SD untuk Anwar sebagai berita baharu.
“Ia satu berita untuk saya. Saya tak tahu apa-apa mengenainya (SD untuk Anwar),” kata ringkas kepada FMT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/shahidan-digesa-jangan-tembak-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 275 hits
June 23 2021 Puad Zarkashi berkata Shahidan Kassim membuat tuduhan serius bahawa tempoh 14 hari diberikan Umno kepada kerajaan PN adalah ugutan PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meminta Pengerusi Majlis Ahli Parli...
Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 245 hits
Sabar untuk 3 bulan lagi Hamzah beritahu ahli politik beria jadi PM June 11 2021 Hamzah Zainudin berkata kerajaan Perikatan Nasional tidak takut dengan pembukaan semula Parlimen PETALING JAYA Semua pihak yang menggesa supaya Parlimen dibuka...
Kah Kah Kah Woiii Jangan Melatah

Kah Kah Kah Woiii Jangan Melatah

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 210 hits
JAMZURI ARDANIMacam parti lebai mula mula Umno dipaut lepas tu MCA pun dicapai sekarang Bersatu pulak Israel pun depa sanggup paut laaa
Jangan Cuba Sama Sekali Permainkan Agama Islam

Jangan Cuba Sama Sekali Permainkan Agama Islam

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 409 hits
Ingatan kepada bukan IslamBERKALI kali telah saya katakan dan ingatkan jangan cuba sama sekali mempermainkan agama Islam kerana orang Islam tidak pernah mengacau dan menyentuh agama kamu Kamu mungkin memandang rendah kepada orang Islam kera...
Jangan Salah Faham Pelaksanaan Sanitasi Awam Kata Zuraida

Jangan Salah Faham Pelaksanaan Sanitasi Awam Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 282 hits
Zuraida Kamaruddin AMPANG Semua pihak diingatkan supaya tidak salah faham dengan usaha dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam melaksanakan sanitasi awam sebagai langkah pencegahan penularan Covid 19 kata Menteri Perumahan dan Kerajaan...
Siri 2 Lebai Tengin Jangan Ada Keturunan Macam Lebai Ni

Siri 2 Lebai Tengin Jangan Ada Keturunan Macam Lebai Ni

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 236 hits
MOHD SHAH RIMAbang nak pesan pada adik kakak Jangan jadi Razman Nauzubillah min zalik
Gaslighting With Education Quota System

Quick Beef And Pork Dog Food Recipe

Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Irfan Harris Tak Dapat Menahan Sebak Lihat Kakak Amira Othman Selamat Bergelar Isteri Fattah Amin Adik Paling Manja

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Mayat Bayi Ditemukan Di Pesisir Sungai Air Kala Gerik

Dapat Beli Adidas Slyn Sandal Pujaan Hatiku

Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Afc Champions League Elite 2025 2026 Buriram Vs Jdt

Join Jb Car Free Morning Di Mbjb Jalan Dato Onn

Drama Puteri Kelas Atas

Mungkin Orang Anggap Aku Sekadar Mengarang Cerita

Breaking News After A 33 Year Hiatus Lancia Returns To Wrc With New Toy Ypsilon Rally2 Hf Integrale

10 Momen Perjalanan Cinta Tasya Farasya Dan Ahmad Assegaf Dari Awal Hingga Kabar Gugatan Cerai