Shahidan Dakwa Tajuddin Buat Gerakan Singkir Zahid Tahun Lepas
Shahidan Kassim mendakwa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman cuba membuat gerakan menjatuhkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti pada tahun lalu.
Pengerusi Umno Perlis itu mendakwa, usaha itu menerusi langkah mengumpul tandatangan lebih 80 ketua Umno bahagian untuk menggugat jawatan Ahmad Zahid.
“[..] Yang paling bodoh ini Tajuddinlah kerana dia pernah buat gerakan ambil tandatangan ketua bahagian untuk jatuhkan presiden (Ahmad Zahid).
“Dia kumpul tandatangan bermula tahun lepas sebelum dilantik jadi pengarah pilihan raya. Lebih 80 bahagian tandatangan dia kumpul untuk jatuhkan presiden,” dakwanya kepada Malaysiakini semalam.
Tajuddin dilantik menjadi pengarah pilihan raya Umno sejak 4 November tahun lalu.
Seorang sumber dalaman Umno turut membuat dakwaan tersebut.
Tajuddin: Apa bodoh sangat Shahidan
“Dia (Tajuddin) panggil ketua-ketua bahagian, kumpul di rumah dia untuk tandatangan SD (akuan berkanun untuk menolak Zahid),” katanya yang merupakan ahli MT Umno.
Mendakwa pertemuan itu berlaku sebelum PRN Sabah, dia berkata Tajuddin bertindak sedemikian kerana tidak puas hati tidak diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan menganggap Zahid sebagai presiden yang lemah.
Shahidan dan Tajuddin kini bertelagah berhubung isu kerjasama Umno dan Bersatu dalam PRU akan datang.
Terdahulu Tajuddin berkata kenyataan Shahidan bahawa keputusan untuk keluar daripada kerajaan PN terletak di tangan setiap anggota parlimen dan bukan MT, sebagai bodoh.
"Yalah, ahli-ahli parlimen tu diorang apa partinya? Jadi ahli parti mana? Umno BN-lah. Apa bodoh sangat Shahidan tu?" katanya.
Shahidan pula membalas dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai sangat tidak wajar.
“Keputusan MT selama ini semua saya ikut, keputusan terbaru juga saya ikut...Cuma dalam perkataan saya sebut ‘kalau boleh’ (keputusan dibuat ahli parlimen). Tidak boleh tidak mengapalah,
“Jadi apa dia (Tajuddin) kata itu tak wajar sebagai pengarah pilihan raya sampai nak panggil saya bodoh. Saya pun tak pernah jumpalah pengarah pilihan raya bangang macam Tajuddin," katanya kepada Malaysiakini.
'Gerakan berhenti selepas dilantik'
Dakwa Shahidan lagi, usaha menjatuhkan Zahid mungkin terhenti setelah Tajuddin dilantik menjadi pengarah pilihan raya Umno.
"Selepas dapat (jawatan itu), tak tahu dia masih (kumpul tandatangan) atau tidak,” katanya, sambil menyifatkan ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak wajar diberi jawatan tersebut.
"Entah apa dia sembang dengan presiden sampai jadi pengarah pilihan raya.Kalau nak lawan, lawan waktu pemilihan parti.
“Itu semua Tajuddin yang buat. Saya tak buat gerakan. Kalau dia kata saya bodoh kerana kononnya menyokong PN, dia lagi bodoh lawan presiden," dakwanya lagi.
Tajuddin Abdul RahmanMalaysiakini telah menghubungi Tajuddin untuk mendapatkan respons berhubung dakwaan ini.
Sebelum ini, memang wujud khabar angin berkenaan usaha menjatuhkan Zahid, antaranya menerusi buku berjudul 30 Dalil Mengapa Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden Umno yang dikatakan beredar pada Januari lalu.
Mutakhir ini pula, kenyataan Annuar Musa pada 1 April lalu berkenaan calon perdana menteri dan timbalan perdana meteri daripada Umno juga menarik perhatian, apatah lagi ia diiringi gambarnya dengan beberapa tokoh Umno, yang hampir semuanya merupakan menteri dalam PN.
Pada masa sama, tiada gambar Zahid mahupun timbalannya, Mohamad Hasan, sedangkan dua jawatan penting negara itu sebelum ini cukup sinonim dengan dua jawatan tertinggi di dalam parti berkenaan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/04/shahidan-dakwa-tajuddin-buat-gerakan.html