Shaharuddin Tiada Dua


 
Di satu ruang di rumah teres dua tingkatnya di Seksyen 8, Shah Alam, tergantung sekeping foto hitam putih seorang pelumba basikal negara sedang memecut di trek stadium. Kepada pengunjung – baik rakan lama, peminat acara berbasikal mahupun wartawan – Shaharuddin Jaafar tidak pernah jemu bercerita apa istimewanya foto berkenaan yang terus menjadi peniup semangatnya hingga ke usia tua
Ia bukan sekadar mengisahkan kejayaannya mengukir nama selaku pemenang pingat emas pertama negara dalam acara berbasikal di peringkat temasya sukan serantau, malah lebih daripada itu menceritakan pengorbanannya bangkit dari jerih-perih dan serba kepayahan untuk negara menumpang gemilang.
Semakan rekod menunjukkan Shaharuddin unggul dalam acara 800m lepas beramai-ramai individu Sukan SEAP 1965 yang dianjurkan Malaysia apabila sampai dahulu di garisan penamat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Dis 1965 dengan catatan 1 minit 05.8 saat, mengatasi Nguyen Van Chau (Vietnam) dan Smaisuk Krisansuwan (Tha) di tempat kedua dan ketiga.
Barangkali apalah sangat pencapaian itu dibandingkan dengan atlet berbasikal negara hari ini – Azizulhasni Awang menang pingat emas pertama negara dalam acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong pada 14 Apr 2017 – tapi tidak kurang manisnya kejayaan Shaharuddin itu yang ketiadaan elaun, jurulatih mahupun program latihan sepenuh masa.
Setahun sebelum kemenangan pingat emasnya itu, Shaharuddin adalah pelumba simpanan dalam skuad berbasikal negara ke Sukan Olimpik Tokyo 1964 sebagai menyusuli pendedahan awalnya dalam Sukan Komanwel 1962 di Perth, Australia.
Namun, bukan rezekinya apabila terlepas Sukan Olimpik Mexico 1968 disebabkan kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika berlatih di jalan raya di Serendah, Selangor – pencetus kepada peralihannya ke bidang kepegawaian dan kejurulatihan selepas bersara sebagai pelumba pada 1970.
Seperti coretan wartawan FMT Frankie D’Cruz pada 27 Okt lepas, negara tidak akan temui seorang ‘godfather’ berbasikal menyerupai Shaharuddin, 84, yang meninggal dunia pada Selasa akibat komplikasi ketika menjalani rawatan dialisis.
Kebetulan Persatuan Lumba Basikal Malaysia (PLBM) mengalami krisis apabila Presidennya V Manickavasagam dan jawatankuasa eksekutifnya meletak jawatan beramai-ramai pada 1970. Ia dicetuskan oleh pembelian tayar basikal yang salah untuk kegunaan di trek cinder dalam Sukan SEAP 1969 di Rangoon. Pelumba negara yang terpaksa meminjam basikal pelumba negara lain pulang dengan tangan kosong. Gara-garanya acara berbasikal digugurkan daripada Sukan SEAP Kuala Lumpur 1971.
Namun ada hikmah daripada peristiwa itu apabila Shaharuddin mengambil alih sebagai setiausaha – jawatan yang disandangnya hingga 1983 – sambil jawatan presiden hanya diisi dua tahun kemudian apabila Menteri Besar Selangor Harun Idris mengambil alih.
Shaharuddin kekal menjadi tenaga penggerak utama persatuan yang menyaksikan pelumba negara menakluki Asia, bakat-bakat baharu bercambah, penajaan meningkat di samping perlumbaan juga makin banyak dianjurkan.
Hasilnya, Malaysia muncul juara berpasukan dan individu melalui Ng Joo Ngan dalam Jelajah Jawa untuk membawa pulang Piala Suharto. Ini disusuli kejayaan Joo Ngan dan Daud Ibrahim yang masing-masing meraih pingat emas dalam Sukan Asia Bangkok 1970.
Dengan MOM kembali menyenaraikan acara berbasikal dalam Sukan SEAP 1971 di Kuala Lumpur, Daud gemilang dengan sumbangan tiga pingat emas.
Menganggapnya sebagai tempoh paling mengujakan dalam kepimpinannya, Shaharuddin meraih kegembiraan daripada semangat, kesungguhan dan kecintaan kepada sukan berbasikal yang ditunjukkan oleh pelumba, jurulatih dan pegawai di bawah tanggungjawabnya.
Shaharudin dan isterinya Hasmah Ibrahim yang turut menyaksikan Azizulhasni dan Josiah Ng berkesudahan di tempat pertama dan kedua dalam acara keirin Sukan Asia Guangzhou 2010, turut melahirkan rasa gembira kerana penantian emas 40 tahun Malaysia di Sukan Asia berakhir juga.
Sambil isterinya bertarung dengan kanser tahap empat selepas itu, Shaharuddin pula berjuang melawan diabetes dan komplikasi buah pinggang yang memerlukan dialisis tiga kali seminggu selain tiga kali mengalami serangan jantung yang disudahi pembedahan pintasan koronari.
Berkongsi semua kejayaan dengan isterinya, Shaharuddin menganggap Hasmah sebagai dorongan utama di samping berkorban wang ringgitnya.
“Dia menggadaikan barang kemasnya untuk menyediakan makanan untuk pelumba negara dalam Jelajah Jawa. Sebahagian pendapatannya daripada bisnes katering turut dibelanjakan untuk keperluan pelumba,” katanya sambil menambah rumah mereka di Shah Alam juga menjadi tempat bermalam pelumba sebelum perlumbaan.
Tanpa bantuan dana, Shaharuddin banyak berkorban dalam usahanya mencungkil bakat-bakat baharu terutama di Selangor untuk diketengahkan sebagai pelumba masa depan negara.
Malah, beliaulah yang memainkan peranan memulakan program bagi pelumba wanita di Selangor sekitar 1979-1980 dengan mengajak mana-mana wanita remaja yang ditemuinya berbasikal sebagai riadah di sekitar jalan di Kajang untuk menceburkan diri dalam latihan lebih serius dan menyertai perlumbaan.
“Dari situlah saya dan beberapa yang lain bermula. Coach Shaha yang mengumpulkan dan melatih kami. Rumah (lamanya di Batu 10, Jalan Cheras) menjadi markas yang juga jadi bengkel membaiki basikal kami. Sebelum lama, kami dibawa berlumba di sekitar Kajang dan Melaka (yang turut punya pelumba wanita selain beberapa pelumba dari Johor),” kata bekas anak didiknya, Noorlinda Abd Talib.
Untuk berlumba di Melaka, Shaharuddin yang sentiasa ditemani isteri akan menyesakkan kereta Toyota mereka dengan empat hingga lima pelumba dengan bumbung kereta tersusun basikal lumba mereka.
Bagi menjimatkan belanja, mereka berkongsi hanya sebuah bilik hotel dan tidak akan meninggalkan berpasang-pasang kasut mereka di luar pintu bilik hotel bagi mengelak dikesan. Tidur mereka pula berselerak hingga ada yang terpaksa lena di depan pintu bilik air.
Begitulah keadaannya setiap kali – dengan Hasmah turut mengambil peranan memasak untuk pelumba – tetapi ia tidak pernah menimbulkan serik untuk mereka menyertai pelbagai perlumbaan dalam keadaan serba kekurangan.
Sempena salah satu perlumbaan di Kajang pada Hari Kebangsaan 1980, saya yang ketika itu bertugas dengan Bernama dipelawa Shaharuddin untuk hadir satu makan malam ringkas di Pusat Sukan Kampung Pandan pada malam sebelumnya – di mana saya mengenali Noorlinda yang saya nikahi enam tahun selepas itu.
Selepas itu, Shaharuddin gemar bercerita kepada wartawan lain: “Saya kenalkan dia dengan pelumba saya tapi dia curi seorang daripada mereka.”
Wartawan veteran Terence Netto menyimpulkan Shaharuddin mewakili satu era bercahaya sukan negara dengan mengungkapkan: “Era itu diterangi oleh kasih sayang dan kesetiakawanan seseorang sepertinya. Beliau menjadi teladan kepada apa yang dihasratkan dalam sukan – dedikasi tanpa pentingkan diri, taasub mengejar kejayaan dan memiliki semangat setia kawan sejati.”
Sehingga penghujung usianya, Shaharuddin mengekalkan hubungan eratnya terutama dengan wartawan sukan dari era 70-an dan 80-an, membuatkan ketiadaannya benar-benar dirasai. Sungguhlah kepada kami, dia tiada dua. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/shaharuddin-tiada-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annisa Salsabilla Dua Hate Saboeh Cinta Chord

Annisa Salsabilla Dua Hate Saboeh Cinta Chord

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 170 hits
F m C m E C m F m F m C m kutika dalam lamunan E F m peurasaan sabe keu kanda F m C m harapan bek seubatas angan E F m impian beusama tarasa F m C m gaseh sayang loen peunawa hate E F m han meusampe gaseh loen teuka F m G m A Bm F m C m loe...
Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif

Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 192 hits
Baru baru ini Geek Bar berhasil menonjol dari 11 000 entri dari 66 negara dan meraih penghargaan bergengsi iF DESIGN AWARD 2025 semakin memperkuat posisinya sebagai pemimpin dalam inovasi dan desain produk Penghargaan internasional ini mene...
Lebuh Raya Juru Sungai Dua Laluan Tarikh Dijangka Siap

Lebuh Raya Juru Sungai Dua Laluan Tarikh Dijangka Siap

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 145 hits
Pembinaan Lebuh Raya Juru Sungai Dua di Pulau Pinang bakal dimulakan pada suku keempat tahun 2025 bagi melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut Pembinaan lebuh raya ini sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Perdana Menteri D...
Akui Beremosi Dan Terlanjur Kata Kata Kakak Pemandu Honda Jazz Sebabka Dua Kem Tian Tampil Mohon Maaf

Akui Beremosi Dan Terlanjur Kata Kata Kakak Pemandu Honda Jazz Sebabka Dua Kem Tian Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 166 hits
Kakak kepada pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan dua beradik di Senawang Negeri Sembilan 6 Mac lalu akhirnya tampil memohon maaf hari ini kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia Menerusi satu video di Ti...
Dua Antara

Dua Antara

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 304 hits
Saksikan telefilem 2 Antara arahan Khir Rahman akan disiarkan pada 15 Mac ini Sabtu pukul 10 malam di Cerekarama TV3 Dua AntaraWaktu Siaran Sabtu 15 Mac 2025 10 00 malamRangkaian Cerekarama TV3 TontonPenulis Skrip Siti Jasmina IbrahimPengar...
Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi Nahas Kereta Langgar Isyarat Lampu Merah Rempuh Dua Motosikal

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 117 hits
Ahmad HasbiTangkap layar video memaparkan kesan kemalangan selepas sebuah kereta Perodua Myvi kuning merempuh dua motosikal selepas melanggar isyarat lampu merah di Jalan Felda Sendayan petang semalam SEREMBAN Belum lagi reda nahas motosika...
Gangguan Bekalan Elektrik Selama Dua Jam Disebabkan Oleh Ular

Gangguan Bekalan Elektrik Selama Dua Jam Disebabkan Oleh Ular

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 117 hits
BernamaSESCO mengesahkan bahawa reptilia itu telah ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa Malihah Gambar ihsan Sarawak EnergyKUCHING Seekor ular telah menyebabkan ...
Anggota Polis Bunuh Anak Sendiri Berusia Dua Bulan

Anggota Polis Bunuh Anak Sendiri Berusia Dua Bulan

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 104 hits
Sinar HarianSEMARANG Pasukan polis digemparkan dengan kejadian melibatkan salah seorang anggota mereka yang membunuh anaknya sendiri Lebih mengejutkan pembunuhan bayi berusia dua bulan itu dilakukan individu berpangkat Brigadir dikenali seb...
India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Menara Kl Ditutup Buat Sementara Waktu Bermula Esok

Cuai Cetak Jalur Gemilang Tak Lengkap Tanpa Bulan Sabit Kdn Mula Siasat Akhbar Cina

Cetus Sensitiviti Rakyat Ydp Agong Tak Terima Kesilapan Bendera Dalam Akhbar

Living Intelligence The Next Frontier In Ai And Biotechnology

Sambal Ikan Bilis Lembut