Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipersoalkan apabila menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan beliau juga mahu bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertikaikan pendirian Ahli Parlimen Semporna itu yang dilihat mahu bermain politik dengan selamat tanpa bersikap berkecuali dalam dua kem dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.“Apa punya pendirian ini? Mahu main dua kolam? Mahu main selamat? Adakah ahli-ahli Parlimen Warisan akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri bila sidang parlimen berlangsung bulan Mei ini?“Saya masih teringat Datuk Seri Shafie dulu memberi alasan bahawa ahli-ahli Parlimen BN melompat ke Warisan kerana mereka mahu bersama dengan kerajaan untuk meneruskan pembangunan di kawasan masing-masing.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |