Sg Academy Tawar Kemahiran Tepati Industri
SG Academy ni satu lagi peluang belajar yang baik buat adik-adik yang minat kulinari. Akademi ini ialah pusat bertauliah kemahiran swasta yang menjalankan pelbagai program kemahiran selaras dengan permintaan industri terkini.
Ditubuhkan pada tahun 1999, dahulunya dikenali sebagai SG Systems & Multimedia Centre (SGSMC) berikutnya dilantik sebagai NCC Pendidikan, Pusat Latihan U.K dan Pusat Latihan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2001.
Matlamat akademi ini adalah untuk menempatkan pelajar di industi sejurus tamat kursus dengan melengkapi pelajar dengan kemahiran seperti yang dikehendaki oleh industri. Ia juga ingin meningkatkan peluang kepada para graduan melanjutkan pendidkan di tahap yang tinggi. Pelajar juga mempunyai piilihan untuk mendapatkan dwi-diploma.
Di antara program yang disediakan adalah Diploma dan Sijil dalam Servis Makanan dan Minuman, Diploma dan Sijil dalam Penyediaan Makanan serta Diploma dan Sijil Pembuatan Pasteri di samping program-program lain selain kulinari.
SG Academy menyediakan fasiliti latihan terbaik dan persekitran kondusif latihan kemahiran di dalam kesemua pusat latihan kemahiran . Disebabkan itu SG Academy dianugerahkan taraf 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk tahun 2013.
Di antara fasiliti yang disediakan bagi program di atas adalah dapur utama, dapur konvensional pastri dan bakeri, cold kitchen, Chinese kitchen, Mock table Dhote Dine Restaurant, Ballroom Hall, Dry Store, Banquet Store, Mock Up Beverage Bar Counter dan Kawasan Perkhidmatan.
Di antara peluang kerjaya dalam bidang masakan dan penyediaan makanan, modul pengajiannnya turut menekankan dan membentuk golongan usahawan. Kalau nak tahu di antara rakan kongsi industri akademi ini adalah KLCC Convention Centre, Big Onion Cateres, Sheraton Petaling Jaya dan pawagam GSC.
Pencapaian yang pernah diraih adalah semi finalis dalam SCaT Fair 2017, tempat ketiga dan kedua Pertandingan Masakan SABERKAS kali ke- 4. Finalis Worldskill Sarawak Malaysia Cooking Competition dan Pemenang Episod Versus 1001 Rasa BABA’S
Diiktiraf oleh Badan Persijilan Tempatan dan Antarabangsa seperti berikut ;
Jabatan Pembangunan KemahiranPembangunan Sumber ManusiaUniversiti Sains MalaysiaOpen University MalaysiaPearson BTEC United KingdomCity & Guilds United KingdomTAFE South Australia
LOKASI : SG Academy, Ibu Pejabat :Putra Majestic Business Centre, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur
Cawangan : SG Academy Sarawak : Lot 208 Muara Tuang Land Distict, Kuching, Sarawak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/11/sg-academy-tawar-kemahiran-tepati.html