Sewa Set Tanjak Sampin Dengan Rekarakea
Assalamualaikum semua..
BBL masih ingat lagi Keretapi Sarong bulan Ogos tahun lepas. Berdua dengan si housemate set up tanjak dari sampin baju melayu raya. Gigih ye semata nak tampan, wow & glamours ala sang jejaka Melayu tradisonal. Boleh tahan berpeluh jugak nak bentuk sebab kain sampin kan lembut je fabrik tu. Baru complete pakai baju melayu dengan tanjak atas kepala kan. Sayang tak tahan lama, dalam 4 jam macam tu terbuka sebab kepala bergerak kiri kanan.
bunga sampin tu dah cantik tapi sayang tak cover lipatan tu dengan bengkung
Sama juga sewaktu anual dinner company. Tahu tak tema apa? Busana pengantin. Off course dalam kepala housemate nak pakai baju melayu pengantin, complete tanjak, keris dan aksesori lain. Itu pun tanjak buat guna sampin baju melayu. Apa lah sangat hasil compare tanjak memang khas untuk pengantin tu kan.
Sewa Set Tanjak Dari RekaRakeaWell sebenarnya anda tak perlu susah kipas mati D.I.Y (do it yourself) kerana aksesori pengantin ni sebenarnya boleh sewa sahaja dari RekaRakea. Yes, baru-baru BBL dapat jemputan sedara untuk jadi dulang boys. Biasa mesti nak nampak outstanding compare sepupu-sepupu lain, so saya sewa satu set tanjak ni.
Warna & corak lain pun ada. Terpulang pilihan masing-masing mengikut tema. Pakai bengkung boleh ejas sampin biar nampak fit & kemas dengan size pinggang badan tu. Selain boleh cover lipatan sampin. Kan handsome teruk hasilnya.
Set sewa tanjak ni complete tau. Satu set terdiri dari tanjak, bengkung, sampin, brooch dan keris. Ada banyak variasi warna boleh macth dengan color baju melayu tu. Malah tanjak boleh dilaras atau ejas ikut size kepala dari ukuran S - L. Bukan tu je, ada set tanjak khas untuk kanak-kanak tau. Paling kecil untuk budak umur 8 tahun, incase kalu nak nampak sedondon satu family pun tak jadi masalah dengan set tanjak dari RekaRakea.
set baju pengantin + set tanjak
set tanjak untuk kanak-kanak
antara warna & corak yang ada.. semua cantik
Harga sewa cuma RM50 - RM70 satu set complete. Yang best pelanggan boleh sewa sehingga tempoh maksima selama 6 hari. Sesuai sangat kalu sewa contohnya ada drama, pemetasan teater, persembahan tradisional atau majlis keraian berkonsep tradisonal melayu. Eh bukan setakat kenduri kahwin sahaja tau, set tanjak boleh sewa incase anda perlukan busana dan aksesori untuk majlis makan malam tahunan, majlis hari guru, majlis anugerah dan sebagainya.
Oh ya kalu nak sewa sekali baju pengantin lelaki pun tak jadi masalah. Since RekaRakea anak syarikat bawah Red Ribbon Resources - penyedia perkhidmatan dekorasi & busana perkahwinan, dorang pun ada pakej sewa seleksi baju melayu. Macam saya pakai ni set pengantin tau. Ada gaya macam raja sehari tak.. ambik aura ke jinjang pelamin katakan.. baju pun cutting slim fit memang ngam-ngam ikut size badan. Biasanya pakai size S atau XS, tapi baju pengantin warna baby blue ni size M tau. Muat pulak dengan badan.
Tutorial cara pakai tanjak, sampin & bengkung akan di ajar oleh pemilik butik RekaRakea. Incase kalu takut lupa step, boleh je rakam. Nanti tak lah kalut buka Youtube kan. Btw nak tahu cara betul pakai tanjak & position sebenar brooch? Ha buka dompet korang tengok gambar Agong tu. Sepatutnya brooch tu kena selari kedudukan dengan hidung tau. Bukannya ke kiri atau kanan. Contohnya gambar bawah ni.
So kalu berminat nak sewa set tanjak ni boleh je rojer RekaRakea. Sekarang ni butik RekaRakea beroperasi di Cyberjaya. Boleh datang ke butik untuk pilih warna tanjak & pick up di sana.
RekaRakeaContact num : wasap.my/60107953569Instagram : instagram.com/rekarakea
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2020/01/sewa-set-tanjak-sampin-dengan-rekarakea.html