Setahun Sudah Saya Berhijab Alhamdulillah


Hello pembaca kesayangan,
Assalamualaikum. Hari ini 18hb November 2020, hari yang sangat istimewa buat Misz-ella. 

Kali pertama Misz-ella mengenakan hijab ataupun bertudung adalah pada 17hb November 2019 iaitu semasa majlis Asmaul Husna di rumah sahabat baik saya, Puan Sri Nisa. Berbekalkan apa yang ada di dalam almari je, Misz-ella pakai baju ber 'hoodie' lepas tu Misz-ella padankan dengan headband dan shawl merah yang sememangnya dah lama Misz-ella beli.
Ye. Itulah kali pertama Misz-ella bertudung lengkap dan selepas itu, Misz-ella tidak menoleh lagi. 

Cukup setahun. Walau masih belum sempurna, saya cuba. Saya tetap cuba. Yang ini adalah long shawl yang Misz-ella gayakan seperti pembaca berita, Hawarizwana. Kemas, kan.

Yang ni pulak adalah tudung instant yang dihadiahkan oleh seorang kawan baik. Paling mudah dan cepat nak pakai. Paling best tak perlu di 'iron' pun.

Lagi shawl blink-blink (sama macam shawl merah yang di atas tu). Sebenarnya koleksi shawl jenis ni paling banyak dalam simpanan Misz-ella.


Keinginan untuk berhijab itu hadir dengan sendirinya, dari hati. Bermula dari hasrat untuk mengerjakan Umrah, hati Misz-ella terdetik untuk berhijab. Tapi masa tu, masih berbelah bagi. Masih sebut 'tapi camana ye? iman aku belum kuat lagi' malah tiap kali mama dan kakak saya nasihatkan Misz-ella untuk berhijab atau bertudung, selalunya Misz-ella akan jawab .. Iman kakchik belum kuat lagi. Mama doakanlah kakchik ye dan aku rasa doa-doa mereka dimakbulkan Allah.
Scarf sutera dihadiahkan oleh adik ipar Misz-ella. Cantik, lembut dan sangat selesa.
Masa tu kali pertama nak pergi Umrah, macam-macam perasaan ada, nervous, risau, excited. Bila tengok diri sendiri, terlalu banyak kekurangan dan kelemahan .. layak kah aku menjadi tetamu Allah? Dalam waktu yang sama, ada sedikit perasaan tertekan .. aku ni banyak dosa. Umur dah 46 tahun tapi masih berskirt pendek, masih tayang rambut bermacam fesyen dan bertukar warna, dan timbul satu lagi pertanyaan .. macamana kalau balik dari Umrah ni aku masih tak bertudung? Bagaimanakah penerimaan masyarakat? 

Long shawl Bokitta Selesa sangat shawl ni. Tak perlu diiron.
Walaupun perasaan bercampur aduk tapi jauh di sudut hati keinginan untuk bertudung tetap ada, maka Misz-ella mula pasang niat .. Sepanjang 14 hari mengerjakan umrah nanti, Misz-ella akan bertudung. Misz-ella berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan dan Misz-ella tak sakit kepala sepanjang di sana supaya Misz-ella boleh kekal bertudung bila pulang ke Malaysia nanti dan niat tu Misz-ella sampaikan ke kakak Misz-ella, KY. 
 
Asalkan tudung tu selesa, senang diurus, saya OK je.
Bila Misz-ella suarakan pada KY, dia bagi cadangan .. apa kata kau mula pakai dari sekarang? Supaya bila di sana nanti, kau tak kekok? Bila dengar pendapat KY tu, Misz-ella terfikir .. betul jugak. Lalu Misz-ella pasang niat, mahu cuba bertudung.


Dari hasrat nak cuba dulu, segala-galanya berubah apabila visa Umrah Misz-ella diluluskan. Ya Allah masa ni berjuraian airmata keluar .. sebak, terharu kerana meskipun saya banyak dosa, tak patuh pada perintah Allah antaranya bertudung dan solat pun sentiasa tinggal-tinggal, tapi Allah tetap sayang saya, tetap terima saya menjadi tetamuNya. Allah maha baik. Allah maha penyayang *I cried cried and cried*


Ketika itulah hati saya nekad .. Saya mahu berubah menjadi lebih baik. Saya tak mau sia-siakan kasih sayang Allah, saya tak penerimaan Allah untuk menjadi tetamuNya ini sia-sia. Saya mau jadi hambaNya yang tau bersyukur. 

Long shawl sutera yang dilukis tangan, dibuat khas oleh CT Canting. 
Dan bila saya kenangkan balik perjalanan hidup saya, ianya bukanlah mudah. Setiap detik yang saya lalui, saya harungi bertemankan kasih sayang Allah, pimpinan Allah. Bukan mudah menjadi seorang yang bernama Norzaila. Ketika saya menghadapi masalah besar beberapa tahun yang lalu, saya memilih untuk tidak mengadu pada sesiapa meskipun saya mempunyai keluarga yang sangat memahami dan saling menyayangi. 
Saya pilih untuk harungi detik-detik itu sendirian kerana saya mau faham apakah maksud pasrah, saya mau rasa perasaan redha dan saya mahu selami sendiri apakah rasanya bila kita berserah pada Allah. Selama ini Allah sentiasa ada, menyayangi saya, memimpin hidup saya *sumpah aku menangis menulis coretan ini* Jatuh bangun, suka duka sebuah kehidupan, semuanya saya lalui bertemankan Dia. Hanya Dia.
Kalaulah Allah tak pimpin hidup saya, entah dimana lah saya berada sekarang. Mengingati detik-detik lalu buat saya bagai tersedar dari sebuah mimpi .. Ya Allah selama ini Kau sayang aku, Kau pimpin hidupku walhal aku bukanlah hambaMu yang baik. Aku selalu leka, selalu lalai menuruti perintahMu.

Mulai dari itu, saya nekad dan ikhlaskan hati saya untuk berubah. Bila sesuatu yang dibuat itu dengan ikhlas, saya tak rindu skirt pendek, seluar pendek dan sebagainya. Malah kini dalam doa saya, saya sering meminta .. 
Ya Allah aku telah merasa akan kasih sayang Mu.Aku telah rasa bagaimana Kau pimpin hidupku.Ya Allah aku bersyukur atas setiap rahmat Mu. Teruslah Kau pimpin hidupku Ya Allah.Kerana aku amat lemah, tiada daya aku tanpa Mu.Berdirinya aku hari ini kerana Mu.Melangkah kaki ku hari ini kerana Mu. Dan tenangnya aku harini kerana Mu.Segala-galanya kerana Mu Ya Allah.
Saya jugak turut berdoa agar Allah kuatkan hati saya, teguhkan pendirian saya dan kukuhkan iman saya. Saya berdoa agar saya istiqomah. Saya minta Allah dekatkan saya dengan kebaikan dan jauhkan saya dari kejahatan.
Saya faham yang berhijab bukanlah ukuran tinggi atau tidak iman seorang Muslim. Berhijab atau bertudung tak semestinya kita alim tapi sekurang-kurangnya saya sudah selangkah ke hadapan dalam menuruti perintah Allah SWT. Ye betul, masih belum sempurna cara saya berhijab tapi saya tetap cuba dan akan sentiasa memperbaiki diri hari demi hari.
Antara dugaan yang saya alami selepas berhijab adalah .. Kehilangan kawan-kawan. Mungkin diaorang rasa saya kolot sebab berhijab dan tak layak jadi kawan diaorang kot. Tak pe lah. Saya redha.
Cukup setahun hari ini saya berhijrah. Ya Allah Terima kasih atas segala rahmat dan barakah Mu. Semoga Allah SWT bantu aku, pimpin aku agar aku sentiasa berada di landasan yang benar. Amin.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2020/11/setahun-sudah-saya-berhijab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Ramai Yang Transfer Pahala Kepada Tun Sana Sini

Alhamdulillah Ramai Yang Transfer Pahala Kepada Tun Sana Sini

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 292 hits
Satu kes mahkamah pun tak lekat malah Tun pun dah open offer puluhan kali Ratusan fitnah korup menyamun makan babi dilemparkan kepadanya Ada juga si bahalol cari makan tulis buku memfitnah Alhamdulillah makin sihat tenang ceria dan didoakan...
Its A Boy Alhamdulillah Idzham Ismail Timang Cahaya Mata Kedua Dah Lengkap Sepasang

Its A Boy Alhamdulillah Idzham Ismail Timang Cahaya Mata Kedua Dah Lengkap Sepasang

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 410 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Idzham Ismail dan isteri yang selamat menimang cahaya mata kedua Idzam berkongsi khabar gembira itu apabila isterinya Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan cahaya mata mereka pada pagi Ahad lalu Menerus...
Hiburan Lagi Artis Berhijrah Kini Ika Nabella Pula Berhijab Saya Sedang Berusaha Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

Hiburan Lagi Artis Berhijrah Kini Ika Nabella Pula Berhijab Saya Sedang Berusaha Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 462 hits
Semenjak beberapa hari yang lalu pelakon Ika Nabella dilihat telah tampil dengan imej bertudung menerusi akaun Instagram dan ternyata ianya telah menarik perhatian netizen dan juga peminatnya Dalam sebuah entri khas Ika Nabella telah menjel...
Doakan Saya Ya Ika Nabella Kini Berhijab

Doakan Saya Ya Ika Nabella Kini Berhijab

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 297 hits
Saya menerima banyak panggilan dari semua medium yang bertanyakan banyak soalan mengenai imej baharu saya Sebenarnya saya sedang menyesuaikan diri dan masih mencuba untuk menjadi seorang yang lebih bagus sebagai seorang isteri dan ibu juga ...
Alhamdulillah Indonesia Bakal Larang Peredaran Minuman Beralkohol Dari Mulai Bir Hingga Wine

Alhamdulillah Indonesia Bakal Larang Peredaran Minuman Beralkohol Dari Mulai Bir Hingga Wine

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 308 hits
Indonesia tengah diramaikan terkait kontroversi pelarangan minuman beralkohol sementara itu DPR RI tengah membahas RUU Minuman Beralkohol atau RUU Minol RUU Minuman Beralkohol atau RUU Minol ini nantinya akan melarang peredaran minuman kera...
Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat Dah Lompat Lompat Ds Siti Nurhaliza

Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat Dah Lompat Lompat Ds Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 354 hits
Melayari insta story Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti membuatkan kita tertanya tanya mengenai anak kesayangan Tok Ti Siti Aafiyah yang dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan baru baru ini Ramai yang tertanya tanya mengenai masalah yang ...
Alhamdulillah Saya Telahpun Tanam Pokok Yang Hebat Ini

Alhamdulillah Saya Telahpun Tanam Pokok Yang Hebat Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 558 hits
Khasiatat Daun Salam Khasiat dan manfaat daun salam meliputi pengobatan untuk penyakit organ dalam dan masalah kesihatan umum Manfaat daun salam juga boleh digunakan untuk kecantikan Sebagai obat antijamur Daun salam memiliki kandungan etan...
Speechless Alhamdulillah Ya Allah Bakal Jadi Bapa Dr Fitri Haris Umumkan Kehamilan Isteri

Speechless Alhamdulillah Ya Allah Bakal Jadi Bapa Dr Fitri Haris Umumkan Kehamilan Isteri

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 383 hits
Penyanyi Dr Fitri Haris mengumumkan berita gembira atas kehamilan isterinya baru baru ini Dalam pada itu juara Gema Gegar Vaganza musim kedua ini turut luahkan rasa syukur yang tidak terhingganya kepada rezeki pemberian Allah SWT ini Berkon...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya