Setahun Berlalu Aktivis Pru14 Nilai Kembali Sokongan Pada Ph


Alyaa Alhadjri & Fion Yap 
   
LAPORAN KHAS | Kekecewaan rakyat berkenaan dakwaan rasuah dan skandal serta penyalahgunaan institusi kerajaan membawa kepada peristiwa bersejarah pada 9 Mei lalu - tumbangnya Barisan Nasional buat kali pertama.

Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan dan Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai perdana menteri buat kali kedua.

Selain usaha parti politik dan NGO, tidak dapat dinafikan kemenangan PH juga disumbang rakyat biasa yang menyokong seruan perubahan mereka.

Kini setahun berlalu. PH nampaknya tidak lagi menikmati populariti ketika mula mentadbir negara.
Tinjauan oleh Merdeka Center baru-baru ini mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir, turun dari 83 peratus pada Mei lalu

Sempena ulang tahun tahun pertama pentadbiran PH, Malaysiakini menemubual beberapa NGO dan individu yang bukan saja menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi tetapi juga membantu orang lain yang hampir dinafikan hak perlembagaan itu.

Mereka mengkritik PH kerana tidak menunaikan janji manifesto dan menunjukkan prestasi di bawah jangkaan.

Pada masa sama, mereka berkata tidak menyesal menyokong dan berusaha ke arah perubahan kerajaan, dan sanggup memberi lebih masa untuk kerajaan membuktikan pencapaiannya.

Mereka mengimbas kembali PRU ke-14 setahun lalu, menilai pentadbiran PH setakat ini dan menyatakan harapan untuk masa depan. Berikut ialah kisah mereka.

Pengasas Undi Rabu, Lee Wai Hong dan Siah Kwong Liang

Lee ialah bekas presiden Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, manakala siah kini menggantikannya.

Lee mengaku dia tidak meletakkan jangkaan yang tinggi dan merasakan permulaan perlahan ialah perkara biasa.

"Kita tidak boleh terlalu naif dengan menjangka akan ada perubahan besar dengan kadar segera dalam kehidupan seharian kita," katanya.

Dia menyamakan proses itu dengan proses menyelesaikan hutang kad kredit besar, yang memerlukan tempoh lama.
Lee Wai HongBagaimanapun Siah berkata PH tidak menunjukkan usaha yang memadai dalam menunaikan janji reformasi institusi.

Dia juga berkata kerajaan perlu berhenti menyalahkan BN kerana mereka kini mengawal semua agensi berkaitan.

Menurutnya, perbandingan Lee mengenai cabaran kerajaan dengan cabaran yang dihadapi rakyat biasa tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai tahap sumber, dan akses terhadapnya, yang berbeza.

"Anda ada kuasa, jadi dalam soal penyelesaian masalah sedia ada atau melaksanakan dasar, terpulang kepada kehendak politik anda," katanya lagi.

Pulang mengundi, Timothy Teoh dan Grace Look

Dilancarkan pada 13 April 2018, Pulang Mengundi ialah platform neutral bagi menghubungkan rakyat Malaysia dalam membantu mereka pulang ke tempat mengundi dengan menyediakan perkhidmatan berkongsi kereta dan subsidi perjalanan.

Menurut laman webnya, Pulang Mengundi dan sekutunya telah menghubungkan lebih 10,000 rakyat Malaysia dan mengumpul lebih RM105,000 sumbangan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk pulang mengundi

Teoh berkata dia berbeza dengan orang lain yang meletakkan jangkaan "terlalu tinggi". Baginya,
cukup jika kemungkinan perubahan kerajaan secara aman di Malaysia dapat dibuktikan.

Berkenaan pusingan U kerajaan dalam beberapa dasar dan keputusan penting, Teoh berkata dia sedikit kecewa tetapi ia menunjukkan kerajaan lebih responsif terhadap pandangan rakyat.

“Selain daripada pusingan U dan perubahan dasar, sekurang-kurangnya kerajaan menunjukkan mereka mendengar apa yang (rakyat) katakan. Apa saja 'kekecewaan' rakyat terhadap PH, bagi saya mereka masih pilihan yang lebih baik," katanya lagi.

Teoh dan Look juga berpendapat PH perlu diberi satu lagi peluang dalam PRU akan datang. Bagi Look, mereka perlu lebih banyak masa untuk membuktikan kemampuan.

Warga Malaysia di luar negara, Lim Chiu Yee dan Steven Lee

Lim seorang penyelia dan Steven Lee pula bekerja sebagai jurugambar.

Walaupun saling tidak mengenali, mereka berkongsi pengalaman sama - pulang untuk mengundi dan juga membawa kertas undi warga lain yang tidak dapat pulang ke tanah air.

Mereka tiba di KLIA dari Lapangan Terbang Heathrow, London. Menerusi temubual menerusi emel, Lim berkata dia membawa pulang lebih sedozen kertas undi manakala Lee hanya satu.

Mereka berkata tidak menyesal pulang mengundi. Sementara Lee yakin PH akan diberi peluang melebihi satu penggal untuk mentadbir, Lim berpandangan sebaliknya.

"Saya harap kerajaan faham yang mereka telah dipilih dan ada tanggungjawab untuk memenuhi semua janji manifesto. Jika ia hanya janji kosong, rakyat tahu apa yang perlu dilakukan pada PRU akan datang,” kata Lim, yang mengundi di Bandar Tun Razak.

Lim pemegang ijazah undang-undang dan pernah menjadi wartawan di sebuah akhbar bahasa Cina tempatan, sebelum ke UK untuk menjadi penyelia.

Mengakui kini lebih banyak peluang wujud di Malaysia, dia berkata kerajaan masih perlu menempuhi jalan sukar untuk menarik bakat mahir pulang ke tanah air, terutama dari segi gaji dan faedah yang ditawarkan.

Lee pula memang menghabiskan banyak tahun tinggal di luar negara. Baginya, isu brain drain (penghijrahan golongan profesional ke luar negara) akan menjadi cabaran kepada PH, selain usaha ke arah peningkatan gaji dan peluang sama rata untuk semua.

Jurulatih petugas ejen pengiraan dan ejen pusat mengundi (PACA) di Tindak Malaysia, Mici Soo, 45

Soo ialah ahli terapi seni dan bekas pensyarah. Dia antara individu yang terlibat dengan NGO Tindak Malaysia untuk melatih petugas PACA baru.

Selain itu dia juga berkhidmat dengan Anthony Loke di Seremban ketika PRU ke-14. Loke ketika itu menyandang kerusi parlimen Seremban dan kini menjadi menteri pengangkutan.

Mengenang kembali hari itu, Soo berkata dia gembira dengan perubahan kerajaan, tetapi tidak setuju dengan tindakan pusingan U mereka.

"Pastinya saya tidak gembira melihat. Pada masa sama, PH perlu yakinkan dan beritahu seteru mereka secara jelas sebelum buat apa-apa.

"Kita dapat lihat bagaimana pengkritik dapat memanipulasi suatu golongan untuk keluar dan menentang dasar tersebut. Jadi jika kerajaan melaksanakan sesuatu tanpa mempertimbang kebimbangan mereka, konflik boleh tercetus," kata Soo.
Mici SooSoo berbeza pandangan dengan PH dalam soal GST, yang lebih disenanginya berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang menggantikannya.

Secara keseluruhan, dia berkata perubahan kerajaan telah membawa kepada reformasi institusi penting termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis, serta pendekatan lebih terbuka dan telus ketika berurusan dengan kumpulan masyarakat sivil.

Dia juga merasaka PH boleh meningkatkan komunikasi dan perhubungan (engagement) di kawasan luar bandar, terutama dalam isu reformasi yang bersifat lebih "idealistik" seperti ratifikasi beberapa konvensyen hak asasi manusia yang mencetuskan kontroversi.

Bekas aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof 

Anis Syafiqah hanyalah pelajar biasa ketika dia menjadi tajuk berita selepas mengetuai pergerakan Tangkap MO1 pada 2016.

'MO1" ialah kod yang digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merujuk bekas perdana menteri Najib Razak dalam saman sivilnya untuk mendapatkan semula aset hampir AS$1 bilion berkaitan 1MDB.

Dia bersama beberapa aktivis pelajar lain berhimpun di Kuala Lumpur dan siri protes terhadap susulan tiadanya tindakan pihak berkuasa ketika itu berhubung skandal 1MDB. Kebanyakannya dikenakan tindakan disiplin atau disiasat polis.

Ketika itu, mereka juga dikenali kerana lantang bersuara dan kritikal terhadap tindakan PH menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.
Setahun selepas Mahathir memegang jawatan itu, Anis mengakui ada penambahbaikan yang dibuat kabinetnya walaupun mereka berdepan pelbagai cabaran berbeza susulan tanggapan tinggi rakyat.

"Kejayaan kerajaan termasuk usaha ke arah perubahan, tetapi mereka juga gagal kerana beberapa prinsip mereka kini berbeza daripada ketika masih menjadi pembangkang.

"Mereka juga gagal melawan propaganda pembangkang sekarang," katanya.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Anis kini ibu kepada seorang anak dan bertugas sebagai guru.

Seperti yang lain, dia berkata tidak menyesal dengan perubahan kerajaan, dan menyifatkan tahun 2018 sebagai titik permulaan untuk pembaharuan akan datang.

"Tetapi mereka perlu menambah baik dalam aspek sistem sokongan, perhubungan dengan orang ramai dan pengurusan konflik dalaman parti pemerintah," katanya lagi.

Bekas penyokong Umno, 'ZD'

Dengan mengambil kira 82 peratus keluar mengundi pada PRU ke-14, boleh dikatakan bahawa PH telah meraih sokongan pengundi atas pagar yang ramai, termasuk bekas penyokong BN.

Individu berusia 29 tahun yang enggan namanya didedahkan ini memberitahu Malaysiakini bahawa dia sekian lama menjadi penyokong tegar Mahathir dan Umno.

Setelah tamat pengajian di Jepun, dia pulang ke tanah air untuk mengundi BN pada PRU ke-13.

Bagi ZD, gabungan pembangkang ketika itu - Pakatan Rakyat - tidak kelihatan seperti calon yang hebat untuk menjadi kerajaan persekutuan.

Dia berkata mula hilang sokongan kepada BN pada 2015, marah dengan pentadbiran bawah bekas perdana menteri Najib Razak dan "sikap angkuh" dan "budaya samseng" yang ditampilkan sejumlah pemimpin Umno.
 Katanya, sikap yang ditunjukkan mereka bukanlah seperti Umno yang dikenalinya

Meskipun kritikan yang PH tidak mengotakan janji manifestonya, ZD mendakwa masalah itu "tidak relevan" dan pengundi didorong oleh keinginan untuk berubah.

"Daripada 100 pengundi, saya percaya hanya 10 ke 15 orang yang benar-benar membaca manifesto itu. Kami tidak mengundi kerana manifesto, jadi bagi saya ia tidak relevan,” katanya.

Mengenai sama ada dia akan terus menyokong PH dalam akan datang, ZD berkata ia bergantung kepada pencapaian keseluruhan kerajaan dan juga pembangkang.

"Ia bukan hanya bergantung kepada kerajaan ini kerana ia juga bergantung kepada siapa di pihak pembangkang. Jika pembangkang masih sama seperti sekarang, saya akan masih mengundi kerajaan ini," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/setahun-berlalu-aktivis-pru14-nilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Ph Kedah Sokongan Ph Merosot Selepas Pru 14

Setahun Ph Kedah Sokongan Ph Merosot Selepas Pru 14

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 300 hits
Temubual Eksklusif Bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir 1 Tahun Pakatan Harapan Kedah SOKONGAN PH MEROSOT SELEPAS PRU 14
Setahun Pentadbiran Ph Dari Kacamata Negarawan Kembali Memerintah

Setahun Pentadbiran Ph Dari Kacamata Negarawan Kembali Memerintah

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 272 hits
ESOK genap setahun lakaran sejarah dipahat Pakatan Harapan yang berjaya menawan Putrajaya selepas menumbangkan kerajaan enam dekad Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 Mei tahun lalu Ikuti wawancara media bersama Tun Dr Mahathir Mo...
Sokongan Kepada Kerajaan Merosot Selepas Pru14 Merdeka Center

Sokongan Kepada Kerajaan Merosot Selepas Pru14 Merdeka Center

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 323 hits
TAHAP sokongan rakyat kepada kerajaan dan pimpinan di Putrajaya kini merosot kata Merdeka Center hampir setahun selepas mandat melalui Pilihan Raya Umum ke 14 mengangkat Pakatan Harapan memerintah Penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri ...
Zionis Hamas Akur Gencatan Senjata Gaza Kembali Bernafas Tanpa Hujan Peluru

Zionis Hamas Akur Gencatan Senjata Gaza Kembali Bernafas Tanpa Hujan Peluru

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 314 hits
Zionis Hamas akur gencatan senjata Gaza kembali bernafas tanpa hujan peluru Sebelum ini media media semasa telah melaporkan mengenai serangan yang berlaku di Gaza menjelang Ramadan Bukan sahaja berlaku kemusnahan insfrastruktur malahan kehi...
Kami Bersatu Untuk Kebahagiaan Anak Anak Allah Hadiahkan Kembali Bahagia Sayang

Kami Bersatu Untuk Kebahagiaan Anak Anak Allah Hadiahkan Kembali Bahagia Sayang

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 251 hits
Pelakon Norman Hakim membuat perkongsian yang dia ada menerima banyak kiriman mesej daripada anak anak meminta pandangannya untuk menyatukan ibu bapa mereka yang berpisah Menurut Norman di instagramnya tiada yang sukar jika niat kita kerana...
Rapatkan Saf Kembali Betulkan Tekad Perubahan Anwar

Rapatkan Saf Kembali Betulkan Tekad Perubahan Anwar

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 303 hits
PERUTUSAN KHAS ULANGTAHUN PERTAMA PENTADBIRAN PAKATAN HARAPANAlhamdulillah hari ini adalah ulangtahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan dan juga ulangtahun pertama negara ini berjaya menundukkan kebobrokan kebejatan dan keangkuhan Dengan ...
Peranti Redmi Note 7 Berjaya Diterbangkan Ke Angkasa Dan Kembali Tanpa Sebarang Kerosakan

Peranti Redmi Note 7 Berjaya Diterbangkan Ke Angkasa Dan Kembali Tanpa Sebarang Kerosakan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 171 hits
Peranti Redmi Note 7 sering diuji secara lasak untuk menguji ketahanan dari segi binaannya Sebelum ini peranti ini telah dijadikan sebagai alat untuk tempat memotong buah dan berjaya melepasi ujian tersebut Namun pihak Redmi ingin mengujiny...
Rajut Kembali Persaudaraan Setelah Pemilu 2019

Rajut Kembali Persaudaraan Setelah Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 174 hits
Agenda politik tahun 2019 tidak hanya menyita perhatian publik tetapi juga menimbulkan ketegangan di masyarakat Masyarakat menjadi mudah terpancing emosi ketika mendapat informasi provokatif dan menyesatkan
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan