Setahun Anwar Sebagai Pm Reputasi Malaysia Semakin Harum




 Oleh: Noraini Nordin

ULASAN: Di sebalik pelbagai cabaran dan rintangan, malah cubaan menebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan masih berterusan, sedar tidak sedar, sudah lebih setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM).

Tarikh 24 November 2023 lalu genaplah setahun Anwar menerajui negara.

Dalam tempoh setahun yang sudah berlalu itu, harus diakui Anwar telah berjaya mengemudi negara ke arah yang lebih baik, malah amat jelas hala tujunya.

Walaupun pembangkang ternampak masih bising menjeritkan pelbagai isu untuk menghentam kerajaan, hakikat yang nyata ialah sokongan terhadap Anwar terus mengukuh dengan 152 daripada 222 Ahli Parlimen berpihak menyokongnya ketika ini.

Sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini ialah di mana lima Ahli Parlimen blok pembangkang secara terbuka turut menyokong kepimpinan Anwar.

Dengan kedudukan sekukuh yang ada ini, malah mungkin terus bertambah lagi, Anwar hampir tiada masalah untuk kekal mengemudi negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 akan datang.

Berjaya tarik pelaburan asing

Selain berjaya mengukuhkan kedudukannya, pentadbiran Anwar juga berjaya menarik pelaburan yang tambah meyakinkan untuk negara.

Pelaburan daripada Amerika dan China khususnya, terus menunjukkan peningkatan, bahkan setiap kali beliau melawat negara berkenaan, sentiasa saja ada pelaburan baru berjaya dibawa masuk.

Anwar juga berjaya melaksanakan pembaharuan untuk rakyat seperti perlaksanaan subsidi bersasar dan gaji progresif yang akan menjadi kenyataan pada tahun hadapan.

Semua itu memberi faedah yang besar kepada rakyat, terutama golongan B40 dan sederhana.

Satu lagi kelebihan yang nyata dimiliki Anwar ialah beliau semakin popular di peringkat antarabangsa .

Dengan populariti PMX secara tidak langsung memudahkan beliau meletakkan nama negara untuk lebih dihormati serta semakin harum disanjung di pentas dunia.

Kejayaan diplomatik Anwar juga telah berjaya mengembalikan reputasi Malaysia sehingga diyakini pelabur asing terutama syarikat teknologi tinggi Barat dan China.

Terkenal bela Palestin di forum antarabangsa

Dalam konflik di Palestin baru-baru ini misalnya, kegigihan PMX bersuara dalam pelbagai forum, pertemuan dan persidangan untuk menekankan perlunya usaha damai disegerakan, benar-benar sesuatu yang membanggakan negara.

Bahkan di suatu ketika di hadapan Presiden Amerika Syarikat sendiri beliau bersuara secara terbuka membela perjuangan rakyat Palestin.

Semua ini pada hakikatnya meletakkan nama Malaysia lebih mengharum, dihormati serta dipandang tinggi.

Setahun yang berlalu di bawah Anwar, tidak diragui lagi negara ini lebih baik keadaannya, diyakini pelabur dan suara kemanusiaan kita di peringkat dunia semakin didengari.

Tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya, yakinlah berdasarkan kegigihan dan kerajinan Anwar bekerja yang seolah-olah tiada istilah penat dalam dirinya, negara kita akan bertambah baik dan semakin dihormati oleh negara luar.

_________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

* Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/setahun-anwar-sebagai-pm-reputasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Keakraban Mahfud Md Dan Pm Malaysia Anwar Ibrahim Salat Jumat Hingga Makan Siang Bareng

Foto Keakraban Mahfud Md Dan Pm Malaysia Anwar Ibrahim Salat Jumat Hingga Makan Siang Bareng

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 252 hits
Mahfud MD dan Anwar Ibrahim tampak akrab ketika menikmati makan siang bersama di sebuah pusat jajanan UMKM
Laporan Polis Dibuat Terhadap Chegu Bard Yang Menggelar Anwar Ibrahim Sebagai Dajal

Laporan Polis Dibuat Terhadap Chegu Bard Yang Menggelar Anwar Ibrahim Sebagai Dajal

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 289 hits
HarapanDaily comAngkatan Muda PKR Selangor telah membuat laporan polis terhadap ketua penerangan Bersatu Negeri Sembilan Badrul Hisham Shaharin ekoran tindakan Badrul yang menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dajal Kum...
Bertemu Pm Malaysia Anwar Ibrahim Prabowo Ungkap Pernah Mandi Di Kali Ciliwung

Bertemu Pm Malaysia Anwar Ibrahim Prabowo Ungkap Pernah Mandi Di Kali Ciliwung

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 308 hits
Prabowo bercerita pernah mandi di Kali Ciliwung saat bertemu PM Malaysia Anwar Ibrahim
Setahun Pmx Politik Ekonomi Malaysia Cemerlang

Setahun Pmx Politik Ekonomi Malaysia Cemerlang

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 332 hits
Ketokohannya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Persekutuan dalam tempoh setahun telah melakar landskap politik baharu dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada prinsip demokrasi Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu...
Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 462 hits
24 NOVEMBER Hari ulangtahun setahun pemerintahan Dato Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 Misi mustahil untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dengan mempunyai gabungan yang bukanlah daripada pakatan p...
The Number 1 Island To Visit In Malaysia As It Is Rich In Cultural And Historical Places

The Number 1 Island To Visit In Malaysia As It Is Rich In Cultural And Historical Places

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 211 hits
They Said This Island is Known as the Number 1 Island to Visit in Malaysia as it is Rich in Cultural and Historical Places Penang Malaysia is famous for its culture and history Tourist destinations in Penang are not only museums and places ...
Timor Leste Vice Pm Arrives In Malaysia For Four Day Working Visit

Timor Leste Vice Pm Arrives In Malaysia For Four Day Working Visit

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 205 hits
Timor Leste Vice Prime Minister Francisco Kalbuadi Lay BernamaSEPANG Timor Leste s Vice Prime Minister Francisco Kalbuadi Lay has arrived in Malaysia for a four day working visit He arrived with his delegation at Kuala Lumpur International ...
Ancaman Wabak Misteri Di China Malaysia Tingkat Pemantauan Di Pintu Masuk Negara

Ancaman Wabak Misteri Di China Malaysia Tingkat Pemantauan Di Pintu Masuk Negara

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 281 hits
hmetro com myTIONG ketika melancarkan gerai Jualan Batik Rahmah di Kompleks Kraf Tangan Kuala Lumpur FOTO Hazreen MohamadKuala Lumpur Malaysia bersiap sedia dan meningkatkan pemantauan di pintu masuk utama negara bagi menerima kemasukan pel...
Greater Pkr Autonomy In East Malaysia Will Raise Support Says Analyst

Greater Pkr Autonomy In East Malaysia Will Raise Support Says Analyst

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 192 hits
PKR should appoint more East Malaysians to the party s vice presidential posts and to the Senate says an academic PETALING JAYA The East Malaysian chapters of PKR should be given greater autonomy and more funds to them to establish a strong...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks