Set Dulang Western Food Di Restoran Sudu Knife
Food Review - Restoran Sudu & Knife Taman Sri Gombak
Tahu tentang kewujudan restoran Sudu & Knife ni bila ternampak kawan muatnaik status di Facebook. Kenapa bukan Sudu & folk? Tapi Sudu & Knife adalah kerana melambangkan restoran ini main serving dia ialah Western Food. Itu tekaan aku je lah.
Aku dan suami memang dah lama mencari restoran Western yang menjual steak dan lamb chop sedap. Sebelum ni kami selalu makan di NY Steak Shakedalam Melawati Mall tapi branch tu dah tutup.
Selalu juga makan ni Islamic Steakhouse di Taman Melawati dulu tapi lama kelamaan rasa macam tak kena dengan selera aku. Beberapa kali juga pernah makan di Menate Setapak Hub, terfikir sesekali nak tukar selera.
Kalau ikut tekak aku, makanan yang disediakan dekat sini sedap dan dijual pada harga yang berpatutan. Kami pergi sebelum tempoh berkurung dikuatkuasa (PKPB) ya, dan penjarakkan sosial masih diamalkan waktu tu.
Kalau datang ke sini ada macam-macam jenis makanan barat tersedia seperti Chicken Chop, Lamb Chop, pelbagai masakan pasta, Fish & Chip, Burger dan banyak lagi lah.
Ada hidangan ala carte dan hidangan set untuk keluarga. Macam aku hari tu terpengaruh nak cuba set dulang Western yang berharga RM42 sahaja. Dalam set tu ada:
Nasi lemakAyam gorengAglio Olio Spaghetti Mushroom SoupGarlic BreadColeslowFriesGrill Chicken2 Gelas Ice Lemon Tea
Masa jamah makanan tu, terus pandang suami sebab sedap. Sedap sebab cukup rasa. Selalu pergi makan western, mushroom soup mesti fail. Dekat sini mushroom dia sedap dan garlic bread tu lembut even dah sejuk.
Husband cakap, chef dia tahu apa dia masak. Bagi aku dia masak ikhlas jadi terasa sedap tu. Beza orang masak sebab berniaga untuk duit dengan orang masak sebab itu passion dia.
Coleslow dia sedap sebab tu aku masukkan gambar dia juga. lol.
Happy sebab sambal nasi lemak dia kena dengan tekak. Tak over pedas sedang molek masin dan manis. Kuah blackpaper untuk chicken grill tu sedap.
Spaghetti tu ok lah tapi tak ada la yang special. Overall aku makan dan puas hati. Good job sebab customer service dia pon bagus. Kebersihan kedai, staff laju buat kerja, friendly, makanan okey.
Sudu & Knife ada dua cawangan, satu di Sri Gombak which is agak kecil kedai dia then satu lagi di Ampang. Dekat situ lebih besar dan selesa.
Next menu kalau pergi lagi aku nak cuba burger.
Untuk yang nak pergi aku highly recomend untuk cuba dan support local okeh. Kita sama-sama bantu. Better buat reservation memandangkan new norms sekarang ada penjarakan sosial. Contact no di bawah atau dm mereka di laman sosial.
📍Sudu & Knife GombakLocal Food: 7am to 3pm. Last order 2.30pmWestern Food: 5pm to 12midnight. Last order 11.30pm⛔️Close on SundayLocation: No. 63 Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak
(Near to Pasaraya Big, Brapp Vape Store & Mikel Barbershop & Rest. Hj Imran)
📍Sudu & Knife, Ceruk KL AmpangWestern Food: 5.30pm to 12midnight. Last order 11.30✅Open everydayLocation: Near to RISDA, across Starbucks, behind JA Club
📲 Whatsapp: 012-2874135 / Call: 03-67401276Instagram | Facebook
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/10/set-dulang-western-food-di-restoran.html