Sesi Membaja
Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Semalam Dania hantar gambar aktiviti dia di ladang...oh ye..untuk semua yang belum tahu dan menjawab pertanyaan, Dania amik course Business Management In Agriculture..memang kena la masuk ladang, tanam sayur dan maybe semester seterusnya nanti akan handle binatang plak...Agriculture ni sangat -sangat menyeluruh ye..
Semalam Dania belajar membaja plak..sebelum ni merumput dan merumpai kan...Dania dan kawan- kawan belajar tentang pengenalan dan tatacara membaja
Dania dan kawan- kawan mendengar penerangan
Peluang paling berharga untuk Dania belajar tentang cara-cara membaja yang betul dan menepati prosedur membaja supaya pokok sentiasa sihat dan segar
Pastikan tanah digembur dahulu sebelum membaja dan digalakkan untuk menggembur tanah sehari sebelum hari membajaSebaiknya membaja dilakukan pada sebelah petang sebelum menyiram.Pastikan sukatan baja betul dengan padanan saiz tanah dan pokok.Letakkan baja jauh daripada batang pokok supaya baja dapat menyerap terus ke dalam akar.Setelah selesai membaja, siram pokok secukupnya.Bagi penyalinan pokok (repot), kali pertama sahaja diwajibkan menyiram tanah secukupnya baru lah membuat proses membaja.Bagi pembajaan seterusnya, pastikan membaja dahulu sebelum membuat penyiraman.
Baja yang biasa digunakan bagi pokok getah ialah baja kimia. Baja ini terbahagi kepada berbagai-bagai jenis. Di antara jenis yang digunakan ialah baja jati, baja campuran dan baja sebatian.
Macam dah tinggi je rumput2 tu semua Nia
Jumlah baja bagi setiap pokok adalah berbeza dan harus mengikut ketetapan yang telah di tetapkan agar pokok tidak terlebih baja..
Lepas ni boleh la Dania ajar mama dan Uncle plak bab membaja...mama dan uncle ada plan nak tanam pokok bunga, cili dan bendi...nak tanam dalam pasu je kot...pokok bunga tu nak cuba la tanam yang jenis biasa- biasa je dulu...species keladi ke...tengok la nanti...sekarang ni dah banyak masa waktu weekend so boleh la mulakan plan ni..
Lepas membaja apa pulak agaknya kan
Kita tunggu update dari Dania
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2025/01/sesi-membaja.html