Serebpit Waterfall Hike River Trekking



Serebpit Waterfall: Hike & River Trekking | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri camping sebelum ni [+] Camping di Rekreasi Indah Langgas Panglima Akup Kg Lamak, Murni akan berkongsi pengalaman hiking & river trekking menuju ke Serebpit Waterfall. 
Serebpit Waterfall: Hike & River TrekkingAktiviti river trekking kali ni dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Begak Islam Sabah, Tungku Hikers Sport Club, Classic Hikers & 666 Hikers Team. Serebpit Waterfall terletak di Long Pias Kg Sri Darun Tungku daerah Lahad Datu. Jarak perjalanan dari bandar Lahad Datu ke Long Pias adalah 66KM+-, ambil masa dalam sejam dengan menaiki kenderaan. Kami sampai agak lewat sikit sebab tersesat jalan haha almaklumlah first time masuk ke Kg Sri Darun Tungku. Salah sendiri juga sebab tak tengok group telegram dengan teliti. 
Usai sampai di warung, kami singgah sebentar untuk sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti river trekking. Untuk sampai ke starting point kami perlu menaiki kenderaan 4x4. Yang seronoknya bila kau duduk di belakang 4x4, mata disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit yang luas dan berbukit, lalu pula di kawasan kilang pemprosesan kelapa sawit, & sudah semestinya melalui anak sungai, Kalau bernasib baik boleh terserempak dengan kumpulan gajah. Masa tu bukan rezeki kamilah nak tengok gajah.
Team hikers Sandakan
Kami sampai di starting point lebih kurang dalam jam 10 pagi. Sebelum memulakan aktiviti hiking & river trekking taklimat ringkas mengenai keselamatan & bacaan doa dibuat terlebih dahulu. Tepat jam 10:19 pagi kami perlu hiking dalam 30 minit sebelum sampai ke air terjun yang ke-3. Cuaca dah panas terik masa ni. Sumpah bagi Murni hiking lebih memenatkan berbanding river trekking haha


Bila dah jumpa air, apa lagi nak ditunggu teruslah masuk ke dalam air panas yakmat. Kawasan ni (gambar di atas) air masih cetek lagi berani sikit jadi little mermaid haha. Kalau turun ke bawah sikit akan jumpalah air terjun ke-3. Murni banyak habiskan masa bermain di tempat ni, siap terjun lagi. Entahlah mana datangnya keberanian tu nak terjun. 


Actually, Murni pernah hampir lemas masa kecil dulu, almaklumlah rumah Murni berhampiran dengan sungai. Syukurlah sekarang ni dah boleh kurangkan rasa takut untuk mandi sungai. Sampai ke hari ni Murni ni tak pandai berenang, kalau join aktiviti river trekking ni memang wajiblah pakai life jacket.


Sepanjang river trekking, mata kita sentiasa disajikan dengan batu-batuan yang terbentuk secara semula jadi. Tak ketinggalan juga kami singgah sebentar untuk merakam beberapa moment. Di pertengahan jalan menuju ke air terjun ke-4, hujan renyai-renyai dah mula turun. 

Bila dah nak sampai di kawasan air terjun ke-4 Serebpit, mata Murni rasa terpana melihat keindahan tebing lembah ni (gambar di atas). Kawasan ni dalam, kaki Murni memang tak jejak ke dasar sungai. Nasiblah ada life jacket timbul juga di permukaan air & tali untuk berpaut haha

Nah cumil kan little mermaidnya haha. Actually, masa ni Murni dah kesejukan sangat sampai menggigil badan menunggu turn untuk bergambar di air terjun ke-4. Sikit lagi nak patah balik sebab kesejukan. Tapi rugi sangat kalau tak bergambar berlatar belakangkan air terjun Serebpit.


Alhamdulillah impian Murni nak bergambar tercapai. Nasiblah kaki tu sampai kalau tak bergambar dalam air sajalah. Usai bergambar, Murni pun kembali ke pangkal jalan haha. Kami kembali ke starting point & beristirahat di tepi sungai (gambar di bawah) laluan menuju ke air terjun 1 & 2. 

Lepak di tepi sungai pun seronok weyh. Masa ni lapar sangat, nasib ada bawa maggi cup dengan muka tak malunya minta air panas orang haha. Hujan masih renyai-renyai masa ni . Murni ambil keputusan tak nak teruskan river trekking menuju ke air terjun 1 & 2 sebab penat yakmat, terlampau main air masa menuju ke air terjun ke-4. In Sha Allah next time Murni akan  repeat river trekking di Serebpit Waterfall. Nah video pendek sepanjang aktiviti river trekking;

Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai Serebpit Waterfall: Hike & River Trekking di Long Pias Kg Sri Darun Tungku. Terima kasih korang sudi baca entri ni.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2023/07/serebpit-waterfall-hike-river-trekking.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teen Drowns In River While Bathing With Friends

Teen Drowns In River While Bathing With Friends

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 185 hits
The body was handed over to the police for further action IPOH A teenage boy is believed to have drowned while bathing with three friends in a river at Kampung Orang Asli Sungai Tanggang Ulu Kinta near here today Perak fire and rescue depar...
Tiong Foresees Floating Restaurants Cruises Along Rajang River As Tourist Draws

Tiong Foresees Floating Restaurants Cruises Along Rajang River As Tourist Draws

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 256 hits
Tiong has tea at the Chinese pavilion Seated from left are Ling Wong Ing Siong and Chieng 8212 Photo by Conny Banji SIBU Scenery along the Rajang River the country 8217 s longest river has the potential to be dev
Rafizi Hints At Making Salary Hike Mandatory In Planned Progressive Wage Policy

Rafizi Hints At Making Salary Hike Mandatory In Planned Progressive Wage Policy

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 293 hits
The federal government s plan to unveil a progressive wage model could entail making annual salary increments mandatory Minister of Economy Rafizi Ramli suggested today as he described the wage model as one of the most unpopular reforms he ...
Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Buasir Otak Tv Apa Yang Lebih Berharga Dari Berlian

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lahad Datu Police Safely Detonate World War Ii Era Bomb

Mps Can Still Be Probed Under Osa For Citing Secrets In Parliament

Fiesta San Pedro To Be Recognised As National Cultural Heritage

Lirik Lagu Misha Omar Break

Sambal Telur Puyuh Campur Kentang

Master Dealer Conference 8 0