Sepetang Di Melaka


Hari Jumaat minggu lepas, MY dan keluarga pergi hantar tender di KL.
Bawa sekali mak mentua MY.
Balik dari KL, kami nak singgah Melaka.
Mak mentua MY dah lama sangat teringin nak naik beca kat Melaka.
Selalu sangat keluar di TV katanya, ingin juga naik beca macam dalam TV tu.
Sorang anak MY yang nombor dua tu taknak ikut.
Nak tinggal je kat rumah atoknya.
Dia memang jenis tak suka berjalan,
tak suka crowded,tak suka berpeluh,tak suka berpanas,tak suka bergambar,
tak suka naik kereta enjin Diesel.Pening melayan.
Lepas selesai hantar tender, terus patah balik.menuju ke Melaka.tapi jalan ya ampun.. jem melekat sebab ada lori terbalik.Sampai Melaka dah dekat pukul 2 petang.Singgah AEON untuk solat dan beli baju Sarah dan Mijan.Entah macam mana bag Sara dan Mijan boleh tertinggal di rumah.jadinya lepas mandi kat rumah mil pagi tu,Diorang berdua pakai semula baju yang sama..Kesiannn...Beli la baju dan seluar baru kat AEON dan salin terus.
kami pun terus la makan di Old Town White Coffee AEON tu sebab itulah tempat makan paling senang.Duduk, orang ambil order.Malas nak pergi tempat yang kena beratur dan self services.Suami dah penat sangat memandu dalam traffic jammed
Sekarang semua order pakai menu digital aje dah..Dah takde buku menu lagi dah.Nasib baik bawa tab,besar sikit nak tengok menu dan order
Lepas selesai makan,Kami terus bergerak ke Taman Rempah untuk naik Melaka River Cruise.Alhamdulillah..Jalan dalam bandar Melaka tak sesak.mungkin waktu orang kerja kot.kalau naik waktu malam lagi best agaknya.Meriah dengan lampu lampu.Takpela.. macam ni pun dah cukup teruja.
Lepas turun dari river cruise,Terus menuju ke kedai souvenir.Beli key chain la..dompet la,pedang mainan la,entah apa lagi lah budak budak ni nak..Layan je la..Bukan selalu pun kami berjalan.
Next station adalah bandar Melaka,Nak naikkan mak beca.MY pun google la kat mana nak naik beca kat Melaka.Hahaha..Orang lain dah hafal jalan kat Melaka,kami terhegeh hegeh cari tempat.Hihihi...Google map "bandar hilir melaka"Alhamdulillah..Sampai pun kami tempat banyak beca berhias.
Terus Sarah tarik tangan atoknya ke beca Hello Kitty..Yelah...Naikla...Bukan main senyum girang lagi naik beca hello kitty berdua bercucu tu.
Abang, Aril dengan Ucid naik satu beca..Beca Squid Game
Belanja la sekeping gambar suami tanpa emoji,Dah mengalahkan baby Bilal pulak nak tutup tutup muka.Mama dengan ayah dengan Mijan naik satu beca.Yang kecik kat tengah tu mogok.dia nak naik yang squid game tu,Tak nak naik yang Little Pony.Aduh dikkk..Kita ni berkejar dengan masa.Belasah la apa apa beca pun.Janji terdaya beca tu nak bawa mama awak ni
Dia tak puas hati..Turun dari beca Little Pony lepas habis round,Terus dia panjat beca Squid Game tu.Brader beca tu pun bawak dia pusing sampai kat depan menara Taming Sari tu sebab kami pun memang nak naik menara pula.
Ni masa kat dalam menara Taming sari.Ni kali kedua la MY naik menara ni.Kali pertama tahun 2015.Tapi masa tu Sara dengan Ucid tak ikut sebab baby lagi.Mak mentua MY dok diam aje tersandar...gayat sikit.
Pemandangan sunset dari atas menara
Budak budak ni tak perasaan gayat pun.Saja je..
Turun dari menara..Mak mentua MY dah longlai kakinya..Nak kena pimpin dah time berjalan..hahaha...Dekat pintu keluar menara Taming Sari tu ada pula kedai coklat,Punggahhh..Budak budak ni mana boleh nampak coklat.entah apa jenis coklat yang dibelinya.Siap belikan Abang Moq coklat sebagai buah tangan sebab Abang Moq tak ikut.
Cukuplah aktiviti untuk satu petang kami..Bermula dengan shopping baju di AEON, makan di Old Town White Coffee, menyusuri Sungai Melaka dengan cruise, naik beca dan naik menara Taming Sari.lepas tu teruslah bergerak pulang melalui Jasin -Tangkak - Sagil - Segamat.Kalau ada kesempatan, ruang dan peluang,berjalan lah melihat tempat orang masa muda dan kuat.Cipta kenangan dengan anak anak.Kalau mak bapak kita takde peluang untuk bawa kita,Kita cari peluang untuk bawa mak ayah kita berjalan.Bukannya pergi diam diam,alih alih upload gambar di Facebook.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2022/08/sepetang-di-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Wadi Annuar Datang Melaka

Ustaz Wadi Annuar Datang Melaka

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 384 hits
Assalammualaikum Dunia Baru batu nie cikbunga dapat jumpa Ustaz Wadi Annuar Alhamdulillah Selalu dengar kat Facebook jew kannn Ada rezeki jumpa Ustaz Wadi Annuar Ustaz Wadi Annuar Alhamdulillah rezeki cikbunga Poster Ceramah Perdana Ini pun...
Selamat Prabowo Dianugerahi Gelar Kehormatan Datuk Seri Darjah Gemilang Seri Melaka

Selamat Prabowo Dianugerahi Gelar Kehormatan Datuk Seri Darjah Gemilang Seri Melaka

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 259 hits
Prabowo Subianto baru saja dianugerahi gelar kehormatan dari Negeri Melaka Malaysia Gelar kehormatan yang diberikan kepada Prabowo ialah Datuk Seri Darjah Gemilang Seri Melaka Berikut potret saat Prabowo menerima gelar kehormatan
Sehaluan Atau Tidak Beita Ni Menunjukkan Umno Melaka Bergolak

Sehaluan Atau Tidak Beita Ni Menunjukkan Umno Melaka Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 274 hits
21 ADUN BN tak pernah tidak sehaluan dengan kepimpinan SulaimanBernamaJulai 25 2022Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata malah 10 daripada 21 ADUN yang dilantik sebagai Exco sedang merancang untuk memajukan Melaka di bawah kepimpinan Sulaiman Ga...
Bantuan Institusi Pengajian Tinggi Tapem Untuk Anak Melaka

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi Tapem Untuk Anak Melaka

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 336 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka kini menawarkan Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM untuk anak kelahiran Melaka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi Bantuan ini diwujudkan ba...
Tapem Online Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Tapem Online Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 221 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka kini menawarkan Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM untuk anak kelahiran Melaka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi Bantuan ini diwujudkan ba...
Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 Ppwn

Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 Ppwn

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 458 hits
BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA 2022 Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka Permohonan Bantuan K...
19 World Pencak Silat Championship 2022 Melaka Malaysia

19 World Pencak Silat Championship 2022 Melaka Malaysia

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 358 hits
Assalammualaikum Dunia 19 World Pencak Silat Championship 2022MITC Ayer Keroh Melaka Malaysia Alhamdulillah diberi peluang bersama sama menyaksikan Kejohanan Dunia Kali Ke 19 Pencak Silat Dunia yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangs...
Industri Pelancongan Melaka Kembali Pulih Kata Mb

Industri Pelancongan Melaka Kembali Pulih Kata Mb

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 158 hits
Industri pelancongan Melaka kembali pulih kata MB Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 Aug 2022 11 21PM
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia