Separuh Ramadhan Telah Meninggalkan Kita




 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Alhamduillah, kita sudah masuk frasa kedua Ramadhan dan separuh Ramadhan kita telah meninggalkan kita. Hanya tinggal lagi separuh Ramadhan bersama-sama kita semua.
Perasaan kita pasti bercampur aduk sedih dan rasa cepat masa berlalu. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia sering lalai dan alpa termasuk yang menulis ini jua. Hanya kepada Allah sahaja kita berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan kita pada separuh Ramadhan yang masih berbaki ini.
Selagi ada Ramadhan bersama-sama kita, jangan berfikir bazar Ramadhan yang kita belum pergi lagi. Ramadhan pesta beribadah dan bukan pesta makanan hatta pesta bazar Ramadhan. Bukan tak boleh pergi bazar, boleh tetapi kena jaga sungguh-sungguh kerana di sana tempat bocor pahala puasa kita.
Memetik keratan akhbar  Mstar online :-
Amalkan doa Qunut separuh akhir Ramadan... Sesungguhnya Allah malu untuk tidak memakbulkan permintaan hambanya yang angkat tangan berdoa
Ini berdasarkan perbuatan Ali bin Abu Thalib bahawa dia tidak melaksanakan qunut melainkan pada pertengahan akhir bulan Ramadan, dan melaksanakan qunut setelah rukuk. - [HR Tirmizi 426].

Telah berkata Imam Nawawi: Di dalam Mazhab Syafie sunnah berqunut pada rakaat terakhir daripada solat Witir di separuh akhir Ramadan. Ini merupakan pendapat yang paling masyhur di dalam mazhab. - (Majmu' Juz 14 m/s 4).
Cara membaca doa Qunut ketika solat witir sama seperti membaca Qunut ketika solat Subuh. Sependek-pendek bacaan ialah dengan memuji Allah dan berdoa kepadaNya dengan sebarang lafaz yang dikehendaki seperti:
Allahumma ghfirli ya Ghafur maksudnya: Ya Allah ampunilah daku wahai Allah yang Maha Pengampun. Tetapi yang lebih baik ialah beriltizam dengan doa yang datang daripada Rasulullah.
Hukum mengangkat kedua-dua belah tangan ketika membaca doa Qunut dengan menadah kedua-dua tapak tangan merupakan sunnah.
Oleh yang demikian di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan, maka seharus dan sepatutnya kita menggunakan peluang yang ada untuk meminta keampunan kepada Allah.
Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Maha Hidup dan Maha Mulia, Dia berasa malu apabila seseorang mengangkat kedua-dua belah tangan kepadaNya dan kembali dalam keadaan kosong tidak membawa hasil. - [HR Tarmizi 3479].
Menerusi hadis itu, Allah bukan sahaja memerintahkan hambaNya berdoa, malah Dia turut mengajar apa yang sepatutnya kita berdoa dan cara terbaik yang perlu kita buat ketika berdoa.
Imam Ibn Ata’ilah berkata: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepadaNya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”
Setiap doa kita juga perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri doa yang baik adalah isi doa itu perlulah terarah untuk memohon kemaafan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukan terhadap Allah.
Maka marilah sama-sama kita melaksanakan doa Qunut di akhir rakaat solat witir agar Allah mengampuni segala dosa kita dan sentiasa memberikan kepada kita hidayahNya. ( Rujukan - https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/05/11/amalkan-doa-qunut-separuh-akhir-ramadan-sesungguhnya-allah-malu-pada-hamba-yang-angkat-tangan-berdoa )
Semoga kita perbaiki segala amalan kita di bulan Ramadhan yang separuh akhir ini. Semoga Allah menerima segala amalan dan zikir hatta doa kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Insha Allah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pemudattbc.blogspot.com/2023/04/separuh-ramadhan-telah-meninggalkan-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sup Kaki Ayam Zombie Bazar Ramadhan

Sup Kaki Ayam Zombie Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 328 hits
mykmu net28 03 2023Sup kaki ayam zombie bazar RamadhanSeorang lelaki mendakwa dirinya telah membeli sup kaki ayam yang tidak dipotong kuku di sebuah bazar Ramadan petang tadi Menerusi Facebook hantaran berserta gambar juadah daripada penggu...
Ceramah Ramadhan Hari Ke 6 10 Pembatal Pahala Puasa

Ceramah Ramadhan Hari Ke 6 10 Pembatal Pahala Puasa

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 196 hits
10 Pembatal Pahala Puasa merupakan Ceramah Ramadhan hari ke 6 Cocok menjadi bahan kultum Tarawih pada malam 6 Ramadhan 1444 atau 27 Maret 2023 Puasa memiliki banyak keutamaan sebagaimana penjelasan sebelumnya Namun ada 10 hal yang bisa memb...
Ramadhan 04 2023 Bersahur Dengan Vico

Ramadhan 04 2023 Bersahur Dengan Vico

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 197 hits
bersahur dengan vico je alhamdulillah mampu bertahan hingga waktu berbuka
Kantin Ramadhan Salah Satu Faktor Pelajar Nonmalay Tidak Ke Sekolah Kebangsaan

Kantin Ramadhan Salah Satu Faktor Pelajar Nonmalay Tidak Ke Sekolah Kebangsaan

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 271 hits
Khairy Jamaluddin memuji Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek atas pendiriannya bahawa sekolah tidak seharusnya menyusahkan pelajar bukan Islam dengan sewenang wenangnya menutup kantin pada bulan Ramadan Boleh tonton video pada minit 18 28Beka...
Majlis Sambut Ramadhan Dan Majlis Akikah

Majlis Sambut Ramadhan Dan Majlis Akikah

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 214 hits
Majlis ni beberapa hari sebelum puasa haritu Biasalah k fiezz ni story kat blog lamberttt sikit hehe Majlis sambut Ramadhan ni dianjurkan oleh kakak ipar a k a kakak mr hubby Sebelum majlis sebenar hari Sabtu ada sesi gotong royong hari Jum...
Buffet Ramadhan Bawah Rm100 Di Grand Riverview Hotel Kota Bharu

Buffet Ramadhan Bawah Rm100 Di Grand Riverview Hotel Kota Bharu

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 320 hits
Buffet Ramadhan bawah RM100 di Grand Riverview Hotel Kota Bharu Sekiranya korang sedang mencari tempat berbuka puasa di Kota Bharu Kelantan dengan harga dibawah RM100 Grand Riverview Hotel adalah salah satu lokasi berbuka puasa yang boleh d...
Marhaban Ramadhan 1444 Hijrah

Marhaban Ramadhan 1444 Hijrah

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Pada kesempatan ini Naim mengucapkan Selamat menjalani ibadah Puasa pada tahun ini dengan bulan Ramadhan penuh rahmat dan rahmah daripada Ilahi Semoga Allah mempermudahka...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Does The E90 Bmw 3 Series Have A Sway Bar All You Need To Know

Our Soft Offer


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Bantu Petani Pun Puak Berotak Khawarij Buat Isu Politik

Sir Bila Ratu Elizebeth Bagi Sir Pada Ko Spm Tak Lulus Bekas Makan Rasuah Tak Kan La Pangge Sir

Keadilan Untuk Wan Ahmad Faris

Kenapa Data Menunjukkan Dadah Di Sesuatu Negwei Itu Berbeza

Remaja Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 16 Kondominium

Hasil Kerjasama Tng Dengan Unhcr Makin Bermaharajalela Pendatang Haram Di Malaysia