Sepanjang 14 Tahun Kahwin 4 Kali Buat Ivf Isteri Adi Putra Ambil Semangat Datuk Siti
Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
View this post on Instagram
My Diary : 25.03.2019 Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof tetap positif dan reda walaupun sudah lebih 14 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Datin Aida juga sudah 4 kali melakukan rawatan IVF dan pernah hamil anak kembar dan triplet. #repost by @majalahnona
#majalahnona #inspirasinona #nonasuperwoman #realitiimpianwanita #ivf #aidayusof #adiputra
A post shared by AIDA YUSOF #taatpadayangsatu (@aidayusof786) on Mar 24, 2019 at 9:56pm PDT
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
View this post on Instagram
My Diary : 11.02.2019 Quality time
@adpadiputra #adpzaraadelia
A post shared by AIDA YUSOF #taatpadayangsatu (@aidayusof786) on Feb 10, 2019 at 9:01am PST
“Saya reda. Walaupun tak dikurniakan anak, saya sudah ada dua orang anak angkat,” kongsinya.
View this post on Instagram
My Diary : 07.01.2019 Because of your smile, you make life more beautiful
#adpzaraadelia #adpazzahra #tripshanghai2018 #anaksyurgaanugerahdariallah
A post shared by AIDA YUSOF #taatpadayangsatu (@aidayusof786) on Jan 6, 2019 at 7:45pm PST
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
The post Sepanjang 14 Tahun Kahwin, 4 Kali Buat IVF. Isteri Adi Putra Ambil Semangat Datuk Siti appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sepanjang-14-tahun-kahwin-4-kali-buat-ivf-isteri-adi-putra-ambil-semangat-datuk-siti/