Seorang Lelaki Tampar Imam Mesjid Saat Salat Subuh
NORMAN RADZUAN
Tampar Imam... kariah lebih teruk dari org tak waras
Ilmu itu bukan setakat menghafal
BILA JAHIL ILMU
Mengapa saya kerap menulis tentang org beragama walaupun saya bukan dikalangan mereka? Saya bukan bencikan agama saya tetapi kerana sayangkan agama ini lah saya terus menegur.
Sambil menunggu sinambungan penulisan pagi tadi saya mengajak anda berbicara mengenai video ini. Mungkin ada yg sudah menontonnya dan mungkin ramai yg bersetuju kariah masjid ini memukul anak muda tersebut secara berjamaah? Kenapa... tentulah kerana geram melihat aksi anak muda tersebut menampar imam.
Itu selalunya reaksi mana2 ahli kariah masjid jika berjaya menangkap pencuri dan sebagainya. Ada yg saya lihat dipukul setengah mati dan diikat seperti seekor lembu. Tak ubah aksi yg kita jumpa org ramai memukul di jalanan.
Saya ingin mengajak kalian mentafsir tindak tanduk budak remaja ini. Anda ingat dia waras atau tidak? Tanya saya jika org waras dia takkan buat begitu. Berjalan di hadapan jamaah dan menampar imam tanpa sebab. Hati kecil saya berkata budak tersebut tidak waras.
Adakah betul tindakan ahli jamaah masjid. Tanya saya tidak betul, mcm org jahiliah... saya melihat kariah masjid tersebut seperti lebih tidak waras daripada anak muda tersebut. Malah saya anggap mereka mungkin kurang berilmu atau berilmu tetapi tidak amalkan.
Kalian pernah dgr cerita seorang Arab Badwi
memasuki masjid lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Org ramai menyergahnya seperti mahu menyerangnya lalu Rasulullah s.a.w melarang mereka berbuat demikian. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu timba air di atas tempat itu.
Dlm satu riwayat ada mengatakan Rasulullah berkata kpd jamaah, "Jgnlah menyekat kencingnya." Bersikap lembut kpd org yg jahil. Rasulullah s.a.w. mengajar org Badwi tersebut dgn lemah lembut kerana perbuatannya bukannya sengaja tetapi disebabkan kejahilannya tentang hukum syarak.
Layanan Rasulullah s.aw terhadapnya tidak sama dgn org yg sengaja dan berdegil. Walaupun kejadian menampar ini di Indonesia tetapi ada juga berlaku di negara kita dgn pelbagai sebab. Selalu saya katakan akhlak itu lebih penting dari ilmu. Apa guna berilmu tapi tidak diamalkan. Jadi kalian tahu kenapa org Islam itu lemah...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/05/seorang-lelaki-tampar-imam-mesjid-saat.html