Senarai Barang Wajib Jual Di Kedai Runcit
Senarai barang wajib jual di kedai runcit| Saya mendapat maklum balas yang sangat positif melalui artikel cara susun barang kedai runcit dan juga jenis-jenis barang kedai runcit yang telah saya siarkan sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri tersebut. Jika anda belum berkesempatan membacanya boleh klik sahaja pada link pautan di atas.
Untuk memulakan perniagaan kedai runcit sangat memerlukan perancangan yang teliti dan tidak boleh semborono sahaja. Hal ini kerana, untuk memanjang tempoh perniagaan anda mampu bertahan, banyak perkara perlu diberi perhatian sewajarnya termasuklah senarai barang wajib jual di kedai runcit yang mampu mempercepatkan kadar pusingan modal permulaan perniagaan. Perniagaan yang berjaya bukan terletak kepada faktor kecantikan hiasan dalam sesebuah kedai tetapi bergantung kepada pengurusan kewangan yang betul, kemampuan peniaga memanfaatkan naik dan turun harga barang di pasaran dan lain-lain lagi
Apakah jenis barang yang wajib dijual di kedai runcit untuk memulakan perniagaan? Usah terburu-buru melaburkan sejumlah besar wang yang banyak untuk melengkapkan barang yang hendak dijual jika anda tidak ada asas peniagaan kedai runcit yang kukuh. Salah satu faktor yang mungkin akan menggagalkan perniagaan anda adalah disebabkan lokasi yang tidak strategik. Untuk entri pada kali ini, saya beranggapan beberapa isu penting lain telah diselasaikan dengan sebaiknya oleh peniaga kedai runcit
Senarai semak barang yang perlu ada di kedai runcit adalah sesuai untuk permulaan perniagaan. Selepas semuanya berjalan dengan lancar dan berkembang baik, peniaga boleh menambah dengan barang-barang lain. Senarai barang kedai runcit ini adalah senarai pilihan yang boleh peniaga ikuti sebagai panduan dan bukan mutlak mengikut kesesuaian lokasi perniagaan kedai runcit. Lokasi perniagaan yang dimaksudkan di sini adalah jika berdekatan dengan kawasan kejiranan, barang-barang keperluan harian adalah menjadi keutamaan terlebih dahulu. Jika perniagaan berhampiran dengan kawasan pendidikan, barang-barang keperluan alat tulis boleh dipertimbangkan juga.
Senarai barang jualan kedai runcit adalah seperti di bawah mengikuti susanan keutamaannya dalam perniagaan kedai runcit.
Air Minuman - Jika peniaga ingin tahu, air minuman adalah barang terbaik yang mampu mempercepatkan pulangan modal perniagaan. Air minuman termasuklah:
minuman bercarbonatair kotakair mineralteh uncangkopimiloviconescafedan lain-lain
Oleh itu, jangan lupa melabur untuk membeli ruang menyimpan air mineral seperti rak, commercial chiller atau freezer. Sedikit panduan untuk peniaga, air minuman tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari dalam jangka waktu yang agak lama dan berterusan.
Barang kering asas keperluan rumah - Barang asas keperluan pengguna pada peringkat permulaan tidak perlu disediakan dalam kuantiti yang banyak dan paling penting adalah barang yang mempunyai tempoh tarikh luput yang agak lama dan jenama bukan keutamaan utama pengguna. Sedikit panduan kepada peniaga, jangan jual barang berjenama mengikuti selera peniaga sahaja tetapi juallah barang mengikuti kehendak pengguna. Sebagai contoh peniaga suka sardin cap Ayam Brand tetapi mungkin pembeli lebih berminat pada sardin yang lebih murah. Senarai barang tersebut adalah seperti berikut:
minyak masakgulaberastepung gandumsusu tinkicapsardinpaket mee segeratelursantan paket atau kotakserbuk kunyit, kari dan lain-lain serbuk kegunaan harianpelbagai aneka sos seperti sos cili, sos tomato atau sos tiramgaram, ajinamotosup bunjut, rempah ratusubat gigisabun mandisabun pencuci pinggansabun pencuci pakaianikan bilis / kentang / bawang merah / bawang putih / halia / dll
Jika peniaga ingin menjual barang basah keperluan rumah, ianya bergantung kepada kemampuan peniaga untuk menguruskan pelanggan dan kedai dalam satu masa. Jika anda jenis peniaga berseorangan tanpa dibantu oleh keluarga atau pekerja, seeloknya jual barang basah sejuk beku memandangkan peniaga yang menjual barang basah perlu mengambil stok barang basah di awal pagi. Hal ini termasuk sayur-sayuran yang mudah layu dan memerlukan anda memberi perhatian yang lebih kepadanya. Jika tidak, ianya kelihatan tidak segar, tidak menarik dan seterusnya membuang minat pelanggan untuk membeli barang basah lagi di kedai anda. Barang sejuk beku lain yang boleh anda jual seperti sosej, kentang sejuk beku, dan lain-lain lagi
Barang-barang lain yang biasa ada dalam kedai runcit seperti barang keperluan bayi dan kanak-kanak seperti lampin pakai buang dan puting botol susu boleh dijual selain tuala wanita. Makanan ringan dan biskut juga sangat biasa terdapat di kedai runcit. Ikutlah trend semasa makanan ringan yang popular dan hangat diperkatakan. Selain daripada peniaga kedai runcit membeli barang untuk dijual semula terdapat kaedah lain yang boleh dipraktikkan oleh peniaga supaya peniaga tidak mengalami kerugian akibat tidak laku, tamat tarikh luput dan rosak. Peniaga boleh menerima barang pengusaha kedai lain seperti roti, makanan-makanan ringan lain dan hanya mengambil untung pada setiap barang yang dijual dan tidak mengalami kerugian jika barang tidak laku dan sebagainya
Pada peringkat permulaan perniagaan kedai runcit, adalah menjadi biasa jika hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang menjumpai kedai anda. Oleh itu, pengurangan kos perniagaan seperti kos membeli barang untuk dijual atau penggajian pekerja boleh dilakukan. Selain daripada itu, layanan kepada pelanggan, ruang kedai yang bersih akan menggalakkan pelanggan kembali semula ke kedai runcit anda. Anda mahu, anda lakukan dan anda berjaya. Wallahualam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bilalelakiberbicara.com/2017/12/senarai-barang-wajib-jual-di-kedai.html