Semoga 14 Pesawat Fa 50 Itu Tidak Mengikut Jejak Lcs



Pemasangan akhir (final assembly) 14 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 dibangunkan Korea Aerospace Industries (KAI) di Malaysia manakala empat buah lagi dibina sepenuhnya di Korea Selatan telah menimbulkan pelbagai polemik dikalangan pemerhati pertahanan negara.
Secara asasnya, ramai yang melahirkan kebimbangan sama ada program ini akan mengalami nasib yang sama sebagaimana program pembinaan Littoral Combat Ship (LCS) yang tertangguh selama beberapa tahun sebelum disambung semula baru-baru ini.
Program melibatkan FA-50 Block 20 dan kapal LCS adalah dua program yang amat berlainan, satu hanya membabitkan pemasangan akhir manakala satu lagi program yang telah membuatkan Malaysia “terkenal” di seluruh dunia, melibatkan pembinaan.
Korea Selatan, Turkiye dan negara lain juga bermula dengan pemasangan akhir sebelum mereka berada di tahap berkemampuan merekabentuk dan membina pesawat serta helikopter sendiri.
Defence Security Asia dimaklumkan bahawa sebaik sahaja kontrak perolehan antara KAI dan Kementerian Pertahanan bagi 18 buah FA-50 Block 20 dimeterai pada LIMA ’23 baru-baru ini, kumpulan daripada Kemalak Systems dan KAI telah pun mengadakan mesyuarat julung kali mereka tentang pemasangan akhir pesawat itu di Korea Selatan baru-baru ini.
Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama melakukan pemasangan akhir terhadap pesawat FA-50 di luar Korea Selatan, sesuatu yang perlu dibanggakan dan juga adalah bukti tentang kepercayaan tinggi KAI terhadap kemampuan anak-anak Malaysia.
FA-50
Selain Malaysia, pesawat T-50/FA-50 keluaran KAI turut digunakan oleh Tentera Udara Korea Selatan sendiri, Thailand, Indonesia,Filipina dan Poland.
Menurut sumber, sebagai pemegang kontrak utama pesawat FA-50 Block 20 itu, KAI meletakkan kepercayaan penuh kepada rakan tempatannya untuk melaksanakan kerja-kerjap pemasangan akhir di Malaysia.
KAI menurut beliau telah melakukan saringan yang ketat dan verifikasi terhadap kemampuan rakan tempatannya itu.
“Sebagai pemegang kontrak utama, Korea Aerospace Industries akan menanggung risiko termasuk daripada segi denda lewat serta imej dan branding terhadap pesawat FA-50. Kesan terhadap pelanggan berpotensi masa depan juga ditanggung oleh KAI.”
“Jikalau KAI menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Kemalak, masakan kami perlu mengambil kira pandangan negatif segelintir pihak (tentang pemasangan akhir itu),” kata sumber itu.
Sumber itu turut menjelaskan kepada Defence Security Asia bahawa proses pemasangan akhir pesawat pejuang FA-50 Block 20 di Malaysia itu mengguna pakai konsep “Work Based Schedule” (WSB).
Proses pemasangan akhir pesawat pejuang itu mempunyai beberapa WSB.
“Hanya WBS 1118 akan dilaksanakan di Malaysia. Akan datang, kita extendkan WBS 1118 ke bawah seperti WBS 1116 atau mungkin sehingga ke tahap WBS 1114. Kita akan bermula dengan WBS 1118 (bagi pemasangan akhir pesawat FA-50 Block 20 di Malaysia),” kata beliau.
Ditanya lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan WBS 1118 itu, sumber itu menyatakan ia antaranya akan melibatkan pemasangan enjin (engine installation), pemeriksaan terhadap kebolehfungsian sistem pesawat (systems functional checks), pemeriksaan prestasi enjin sebelum penerbangan (engine run-up), ujian penerbangan (flight test) dan lain-lain.
Buat masa ini kata beliau, pemasangan akhir di Malaysia hanya melibatkan kerja-kerja di bawah WBS 1118 itu.
“Selain itu, kira-kira 24 orang jurutera KAI akan turut serta mengajar dan memberi ilmu (kepada pihak tempatan). Insya Allah,di masa hadapan kami akan push more than WBS 1118 (kerja-kerja selain daripada WBS 1118),” kata beliau.
Mengenai lokasi pemasangan akhir 14 buah pesawat FA-50 Block 20 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, Defence Security Asia difahamkan buat masa ini kemudahan pemasangan akhir itu dirancang ditempatkan di Pangkalan TUDM Kuantan.

Penggunaan fasiliti milik kerajaan untuk kerja-kerja pemasangan akhir pesawat itu adalah rancangan jangka pendek

“Insya Allah, sekiranya semua berjalan dengan lancar dan KAI memenuhi kontrak utama deliver 18 buah pesawat FA-50 Block 20, kami akan full-swing untuk mencari kemudahan sendiri bagi rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab untuk pesawat FA-50 di Asia Tenggara.”
Pemasangan akhir batch kedua pesawat FA-50 akan dilakukan di kemudahan milik sendiri kelak, kata sumber itu mengenai perancangan masa depan.
Di Asia Tenggara, empat buah negara menggunakan pesawat T-50/FA-50 termasuk Malaysia, dengan Filipina mungkin menambah pegangan pesawat FA-50 yang digunakan oleh mereka dan ini memberikan peluang yang besar di dalam sektor MRO (Maintenance, Refurbishment and Overhaul) untuk Malaysia.
Sumber itu juga berharap hasrat untuk merealisasikan perancangan menjadikan Malaysia sebagai Hab bagi pesawat FA-50 di Asia Tenggara itu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Persekutuan. — Defence Security Asia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/semoga-14-pesawat-fa-50-itu-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Senantiasa Menolong Seorang Hamba Selama Hamba Itu Menolong Saudaranya

Allah Senantiasa Menolong Seorang Hamba Selama Hamba Itu Menolong Saudaranya

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 206 hits
Allah Senantiasa Menolong Seorang Hamba Selama Hamba Itu Menolong SaudaranyaSuatu hari Rasulullah SAW mahu berbelanja Dengan bekal wang sebanyak 8 dirham beliau hendak membeli pakaian dan kelengkapan rumah Belum juga sampai di pasar beliau ...
Melepaskan Dan Melupakan Mantan Itu Hal Yang Berbeda Renungi Mana Jalan Yang Terbaik Untukmu

Melepaskan Dan Melupakan Mantan Itu Hal Yang Berbeda Renungi Mana Jalan Yang Terbaik Untukmu

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 186 hits
Karena perjalanan untuk melupakan itu sejatinya sering berbeda dengan perjalanan untuk melepaskan
Apakah Itu Scabies Punca Dan Cara Mengubatinya

Apakah Itu Scabies Punca Dan Cara Mengubatinya

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 313 hits
Salam dan hi korang sebulan lalu zaza ada share dekat whatsapp story berkenaan kaki dan badan zaza naik biji biji gatal Hampir 3 minggu nak pulih Bila dah hampir baik tiba tiba dekat peha zaza datang balik gatal berjalur jalur merah dan gat...
Sama Sama Keluar Dari Pekerjaan Phk Dan Resign Itu Beda Termasuk Alasan Dan Pesangonnya

Sama Sama Keluar Dari Pekerjaan Phk Dan Resign Itu Beda Termasuk Alasan Dan Pesangonnya

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 353 hits
Pahami aturannya mumpung masih kerja jaga jaga supaya hak hakmu tetap dipenuhi semua saat memutuskan untuk resign atau di PHK
Dalam Hanya Beberapa Saat Sahaja Saya Lihat Dinding Itu Tercabut Separuh Sebelum Lenyap Sepenuhnya Diterbangkan Angin

Dalam Hanya Beberapa Saat Sahaja Saya Lihat Dinding Itu Tercabut Separuh Sebelum Lenyap Sepenuhnya Diterbangkan Angin

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 264 hits
Kuala Lumpur Saya hanya mampu lihat barang berterbangan ditiup angin kuat apabila dinding bilik tercabut kata Faridah Saim penghuni di Perumahan Awam Loke Yew di sini yang terjejas ribut semalam Menceritakan semula kejadian itu Faridah 54 b...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada