Semakan Keputusan Permohonan Sbp 2023 Tingkatan 1 4


Tarikh semakan keputusan permohonan tawaran kemasukan SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), SEKOLAH MENNGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) dan juga sekolah khusus seperti SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT), KOLEJ VOKASIONAL (KV) dan MAKTAB TENTERA DIRAJA MALAYSIA (MTD) pada 17 Mac 2023.
Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan mulai pada 17 Mac 2023 sehingga 2 April 2023. 17 Mac 2023 adalah tarikh terkini semakan SBP sesi 2023 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
Tarikh Semakan SBP 2023 (Sekolah Khusus)Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan permohonan tawaran kemasukan SBP/SMKA/SMT/KV/MTD tingkatan 1 & 4 2023 bermula pada :
Tarikh : 17 Mac 2023 – 2 April 2023
Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa :
a) Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
b) Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2023 KEMASUKAN TINGKATAN 1 & 4Bagi semakan SBP Tingkatan 1
Sila layari pautan berikut : https://spskt1.moe.gov.my/
Untuk semakan SBP Tingkatan 4
Sila layari pautan berikut  : https://spskt4.moe.gov.my/

Nota : Dinasihatkan kepada pelajar yang berjaya dan menerima tawaran belajar ke sekolah khusus untuk mencetak surat tawaran dan melampirkan dokumen yang diperlukan seperti yang terkandung dalam lampiran surat tawaran.

Kegagalan pelajar berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan pendaftran tidak akan di proses dan pihak sekolah berhak untuk menarik semua tawaran yang diberikan.
Rayuan Permohonan SBP 2023 Tingkatan 1 & 4Bagi pelajar yang mendapat keputusan tidak berjaya masih boleh membuat permohonan rayuan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) melalui sistem online e-Rayuan iaitu :Tingkatan satu : https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan empat : https://spskt4.moe.gov.my
Untuk permohonan rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik, boleh terus hadir ke Pejabat Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berhampiran. Tiada permohonan rayuan untuk kemasukan Maktab Tentera DiRaja

Tarikh Pendaftaran Pelajar SBP Tingkatan 1 & 4Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada bulan April 2023 yang akan diberitahu kelak

Soalan Lazim Apakah tindakan selanjutnya yang perlu dibuat sekiranya pelajar mendapat tawaran ke SBP/SMKA?
• Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
• Semua permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sempurna dan diserahkan kepada pihak sekolah pada hari pendaftaran.
• Jika maklumat tidak lengkap/palsu, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftar/menolak pendaftaran

Bilakah e-rayuan dibuka?
E-rayuan akan dibuka pada tarikh sama semakan permohonan di keluarkan

Jika saya memohon SBP, bagaimana saya boleh membatalkannya kerana saya ingin memohon MRSM?
Pelajar boleh memaklumkan kepada Jabatan melalui surat yang menunjukkan pembatalan permohonan kepada SBP. Sekiranya tawaran telah dibuat, pelajar boleh menolaknya dan menghantar membuat permohonan ke MRSM. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar telah membuat penolakan, pelajar tidak lagi akan ditawarkan kemasukan SBP/SMKA dan rayuan tidak akan dipertimbangkan
Benarkah seseorang pelajar hanya diberi satu tempat di SBP atau MRSM?
Ya. Setiap pelajar hanya akan menerima satu permohonan daripada KPM atau MARA. Walau bagaimanapun, pelajar masih mempunyai pilihan untuk ditawarkan ke MRSM sekiranya pelajar menolak tawaran SB
Bolehkah pelajar menukar kursus/aliran?
Tidak

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan SBP 2023, boleh hubungi di talian 03-8884 6456 atau e-melkan kepada [email protected]
SEKOLAH BERASRAMA PENUHSBP (SAINS)
Pelaksanaan kurikulum di SBP (Sains) adalah untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Murid juga digalakkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.

SBP (Sains) ini menawarkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Murid juga akan mengikuti mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Geografi, Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk dan Teknologi. Disamping itu, murid juga akan wajib mengikuti satu (1) mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis dan Bahasa Korea yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. SMKA telah berkembang kepada 61 buah SMKA pada tahun 2022.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baharu.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha Pemodenan Sistem Pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato' Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato' Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/03/semakan-keputusan-permohonan-sbp-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Mrsm 2023 2024 Tarikh Tips Semakan Permohonan

Rayuan Mrsm 2023 2024 Tarikh Tips Semakan Permohonan

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 457 hits
TARIKH TIPS CARA PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE MRSM SESI 2023 2024 Makluman buat ibu bapa serta murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah membuat permohonan ke MRSM keputusan tawaran telah diumumkan pada 7 Mac 2023 Selain semakan online...
Cara Mohon Dan Semakan Permohonan Bantuan I Fitri Tahun 2023

Cara Mohon Dan Semakan Permohonan Bantuan I Fitri Tahun 2023

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 262 hits
Cara Mohon Dan Semakan Permohonan Bantuan i Fitri Tahun 2023 Permohonan Dana Hari Raya i Fitri Terengganu 2023 secara online dan semakan kelayakan akan segera dibuka kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang layak menerima bantuan Ini...
Cara Buat Semakan Keputusan Upkk Mpkafa 2022 2023 Secara Online Dan Sms

Cara Buat Semakan Keputusan Upkk Mpkafa 2022 2023 Secara Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 284 hits
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA Modul Penilaian Kelas Al Quran dan Fardhu Ain 2023 akan diumumkan pada hari Khamis 9 Mac 2023 seperti yang telah dimaklumkan oleh pada 2 Mac 2023 yang lalu Semakan keputusan UPKK MPKAFA 2022 bagi ujian a...
Pemilihan Umno 2023 Keputusan Akhir Secara Langsung Mulai Jam 5 00 Petang

Pemilihan Umno 2023 Keputusan Akhir Secara Langsung Mulai Jam 5 00 Petang

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Untuk mengikuti keputusan terkini Pemilihan UMNO 2023 UMNO menyediakan paparan secara langsung di laman Facebook UMNO Online bermula 5 00 petang ini secara berperingkat melalui bahagian bahagian yang telah menjalankan proses pe...
Semakan Tawaran Haji 2023 1444h Tabung Haji

Semakan Tawaran Haji 2023 1444h Tabung Haji

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 214 hits
TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31 600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023 Sehubungan itu pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana ...
Permohonan Zakat Pelajar Uitm Sesi 2 2022 2023

Permohonan Zakat Pelajar Uitm Sesi 2 2022 2023

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 321 hits
PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR UITM SESI 2 2022 2023 Kepada para pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi MARA dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar sesi 2 2022...
Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia Mac 2023

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia Mac 2023

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 194 hits
Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia Mac 2023 Terkini Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami deng...
Permohonan Rumah Ppr 2023

Permohonan Rumah Ppr 2023

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 171 hits
Permohonan Rumah PPR 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk berkongsi satu maklumat yang moga menjadi manfaat kepada kita semua Program Perumahan Rakyat Termiskin ad...
Permohonan Kerja Di Lhdn Mohon Dan Kemaskini Sebelum 31 Mac 2023

Permohonan Kerja Di Lhdn Mohon Dan Kemaskini Sebelum 31 Mac 2023

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 196 hits
Permohonan Kerja Di LHDN Mohon Dan Kemaskini Sebelum 31 Mac 2023 Perhatian kepada rakyat Malaysia kini telah dibuka satu portal peluang kerjaya secara rasmi di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri kursus kepada rakyat Malaysia yang berminat dal...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil