Selepas Terpelanting Dalam Kemalangan Ustaz Azhar Idrus Jalani Pembedahan Sambung Tulang Lengan
Sinar Harian                                                                                                

                                Ekoran insiden itu penceramah bebas berkenaan dikejarkan ke HSNZ bagi mendapatkan rawatan kecemasan. - Gambar fail                          KUALA TERENGGANU: Penceramah  terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dijangka  menjalani pembedahan bagi menyambung tulang lengan pada bahagian atas  sikunya yang patah akibat terjatuh daripada basikal ketika dalam  perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara di sini petang semalam.
 Pembantu khasnya, Wan Safari Wan Ahmad berkata, pembedahan bagi  memasang implan untuk memulihkan kembali struktur tulang yang patah  dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
                                                                                                                     "Kalau lihat pada jadual pembedahan dijangka jam 2 petang ini, namun  waktu tepat bagi prosedur itu bergantung kepada keadaan pesakit yang  turut menjalani pelbagai rawatan di bilik pembedahan itu.
 "Kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan beliau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini                                                          

Azhar  (dua dari kanan) ketika menyertai kayuhan santai bersama Wan Sukairi di  sekitar bandar Kuala Terengganu. - Foto Facebook Wan Sukairi Wan  Abdullah
 Dalam perkembangan sama, ditanya  keadaan hidung penceramah itu yang dilaporkan patah, katanya, pihak  hospital memaklumkan tiada pembedahan yang akan dilakukan terhadap  kecederaan itu.
 "Doktor maklumkan kecederaan pada hidung akan pulih dengan sendiri dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan," katanya.
 Dalam pada itu Wan Safari berkata, buat masa ini Ustaz Azhar Idrus  tidak boleh menerima sebarang kunjungan kerana perlu mendapatkan rehat  yang mencukupi sehingga keadaan mengizinkan.
 "Terima kasih atas titipan doa daripada semua.
 "Bagaimanapun buat masa ini beliau perlu berehat sepenuhnya dan kita  tidak dapat menerima sebarang kunjungan untuk menziarahi beliau sehingga  keadaan mengizinkan.
 "Kita jangka tempoh pemulihan beliau akan mengambil masa sehingga tiga bulan bergantung pada saranan pihak hospital," katanya.
 Terdahulu UAI dilaporkan patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh  basikal sebaik selesai menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi  Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi  Wan Abdullah di sekitar bandar Kuala Terengganu.
 Kejadian itu  dipercayai berlaku pada jam 6.30 petang setelah basikal yang ditunggang  beliau tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu  terpelanting.
 Ekoran insiden itu penceramah bebas berkenaan  dikejarkan ke HSNZ bagi mendapatkan rawatan kecemasan.   
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/selepas-terpelanting-dalam-kemalangan.html