Selangkah Wallet Semakan Bayaran Ewallet Bingkas Selangor


SELANGKAH Wallet – Semakan Bayaran eWallet BINGKAS
SELANGKAH Wallet adalah sebuah aplikasi yang menjadi medium untuk transaksi bagi program BINGKAS SELANGOR.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda secara lebih lanjut mengenai program bantuan BINGKAS SELANGOR, cara membuat permohonan yang betul, cara semakan kelulusan bantuan, dan cara membeli barang melalui aplikasi SELANGKAH Wallet.
Apakah SELANGKAH? Bagi memperkukuh kesiapsiagaan entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif SELangkah: sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu.
Konsep inisiatif SELangkah – Langkah Masuk Dengan Selamat – adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas. Inisiatif ini mempunyai 3 objektif serampang :
“Melindungi premis perniagaan, “Melindungi pelanggan “Membantu pasukan baris hadapan” Seperti juga MySejahtera, para pengunjung premis boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengimbas poster kod QR tersebut, menggunakan fungsi kamera di telefon bimbit, sama ada sebelum memasuki premis ataupun semasa membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis masing-masing.
Cuma yang membezakannya, log lawatan pengunjung premis ini akan dikawal selia oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut (seperti di pasaraya, kedai runcit, pasar borong, dan lain-lain).
Melalui inisiatif ini, semua pengunjung ke premis terlibat dapat dikesan dan dihubungi dengan mudah dan pantas.
Inisiatif SELANGKAH juga membolehkan pengguna untuk menerima bantuan melalui SELANGKAH Wallet dan saringan kesihatan percuma jantung, barah, kencing manis.
Muat Turun Apps SELANGKAH Wallet Anda boleh rujuk pautan berikut untuk memuat turun aplikasi SELANGKAH Wallet ke telefon masing-masing:
Aplikasi Google Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah&hl=ms Aplikasi Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227 Baca juga: Bantuan Khas RM500 Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah sebuah program yang diperkenalkan untuk menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) melalui pemberian RM300 setiap bulan melalui aplikasi Selangkah dan eWallet Wavpay.
Bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup rakyat Selangor dapat terus makmur.
Jumlah Bantuan SELANGKAH Wallet Individu yang layak akan diberikan bantuan SELANGKAH Wallet sebanyak RM300 setiap bulan. eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300.
Senarai Barangan Asas Bantuan SELANGKAH Wallet ini hanya boleh digunakan di kedai dan pasar raya yang sudah berdaftar. Setiap pembelian hanya diterima secara tanpa tunai (cashless).
Antara barang keperluan asas yang tersenarai di bawah program BINGKAS 2024 adalah:
Beras Mi dan Bihun Roti Biskut Telur Gula dan Garam Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya Tepung Minyak masak Ubat-ubatan Sayuran dan buah-buahan Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci Lampin pakai buang Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik Syarat Kelayakan Mulai 1 Julai 2024 ini, syarat kelayakan bagi penerima SELANGKAH Wallet adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun Pemilih berdaftar di negeri Selangor Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan. Cara Memohon eWallet BINGKAS Selangor Berikut adalah cara untuk membuat permohonan SELANGKAH Wallet, khusus untuk rakyat negeri Selangor:
Layari laman web rasmi BINGKAS Selangor : https://www.bingkasselangor.com/ Sediakan dokumen-dokumen untuk dilampirkan dalam permohonan anda nanti seperti: Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan) Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan) Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal) Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara) Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta) Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja) Anda juga boleh rujukan pautan video berikut untuk lebih jelas dan faham:
Cara Mendaftar Bingkas Melalui Laman Web (Pengguna Baru)
Cara Mendaftar Program BINGKAS Melalui Telefon Pintar (Bagi Pengguna Baru)
Semakan Kelulusan Anda boleh membuat semakan kelulusan bantuan ini di aplikasi SELANGKAH.
Anda hanya perlu log masuk ke dalam aplikasi atau portal rasmi mereka membuat semakan status permohonan dan kelulusan.
Cara Beli Barang Melalui SELANGKAH Wallet Bagi anda yang sudah mendapat kredit RM300 bantuan dalam SELANGKAH Wallet Selangor, anda boleh rujuk langkah berikut untuk cara pembelian barang melalui aplikasi tersebut:
Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS (rujuk senarai kedai : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai) Pilih barangan yang ingin dibeli Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran Tekan butang BAYAR untuk memilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran *Anda boleh melihat kemaskini maklumat ini melalui aplikasi SELANGKAH dari semasa ke semasa.
Baca juga: Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SELANGKAH di pautan http://selangkah.my/
ATAU
https://twitter.com/selangkah_my https://www.facebook.com/SelangkahOFFICIAL Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan mengenai SELANGKAH Wallet anda boleh rujuk pautan berikut juga:
Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1800-22-6600 E-mel | [email protected] Pengaktifan E-Wallet | 016-3254199 (WhatsApp)) | [email protected] Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram untuk sebarang bantuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/selangkah-wallet/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=selangkah-wallet

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bingkas Selangor 2024 Semakan Kelulusan Bayaran

Bingkas Selangor 2024 Semakan Kelulusan Bayaran

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 239 hits
Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor untuk memberikan sokongan kepada keluarga keluarga pasca pandemik meluaskan manfaat kepada 30 000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendi...
Waspada Laman Sesawang Palsu Semakan Status Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024

Waspada Laman Sesawang Palsu Semakan Status Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 251 hits
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Semakan Status Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024 adalah palsu Rujuk Siaran Media berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah di pautan beri
Mfl Cancels Point Docking Reduces Fine On Selangor Fc

Mfl Cancels Point Docking Reduces Fine On Selangor Fc

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 173 hits
The country s football operator Malaysian Football League today decided to lessen its recent punishment of Selangor FC It is cancelling the three point penalty and reducing the RM100 000 fine meted out to the football club for failing to pl...
Jangkitan Bakteria Punca Keluaran Padi Barat Laut Selangor Merosot

Jangkitan Bakteria Punca Keluaran Padi Barat Laut Selangor Merosot

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 186 hits
SABAK BERNAM Serangan penyakit Hawar Bulir Bakteria dan kemarau menyebabkan hasil pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor merosot berbanding musim tanaman sebelum ini BPB berpunca bawaan bakteria yang...
Sultan Selangor Belum Perkenan Permintaan Presiden Fam Kata Laporan

Sultan Selangor Belum Perkenan Permintaan Presiden Fam Kata Laporan

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 118 hits
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah belum berkenan untuk terima menghadap Presiden FAM Hamidin Amin lapor Harian Metro Memetik sumber akhbar harian berbahasa Melayu itu melaporkan permintaan Hamidin belum mendapat perkenan Sultan ...
Sultan Selangor Murka Dengan Keputusan Mfl

Sultan Selangor Murka Dengan Keputusan Mfl

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 125 hits
Liga Bolasepak Malaysia akhirnya membuat pusingan U kesan daripada keputusan kontroversi ke atas Selangor FC Ini berikutan kenyataan akhbar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ditandatangani sendiri oleh Sultan Selangor Sultan Sharafu...
Sultan Selangor Murka Dengan Fam Mfl Amp Presiden Tindakan Mereka Ini Merosakkan Imej Industri Bola Sepak Tempatan

Sultan Selangor Murka Dengan Fam Mfl Amp Presiden Tindakan Mereka Ini Merosakkan Imej Industri Bola Sepak Tempatan

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 147 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa baginda murka dengan keputusan Malaysia Footbal League yang mengenakan hukuman melampau terhadap Selangor FC Sultan Selangor murka dengan FAM amp MFL Menerusi kenyataan yang di...
Syed Saddiq Arrives In Selangor On 200km Protest Run From Muar

Syed Saddiq Arrives In Selangor On 200km Protest Run From Muar

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 175 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has completed over half his 200km run from his constituency to the Parliament building in Kuala Lumpur Starting his run on Friday he reached Beranang Selangor around 11 45am today I have less than 80km ...
Altimet Mahu Sumbang Kutipan Royalti Fans Selangor Pakat Sokong Dengar Lagu

Altimet Mahu Sumbang Kutipan Royalti Fans Selangor Pakat Sokong Dengar Lagu

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 164 hits
Altimet mahu sumbang separuh daripada kutipan royalti harta interlek yang diterima menerusi lagu Langgam Gendang Perang yang menjadi lagu tema buat pasukan Selangor FC Demi Selangor Sampai Mati Menerusi ciapannya di platform X Altimet atau ...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu