Selamatkah Muhyiddin Dengan Permainan Dua Kolamnya


 
Cakap-cakap bahawa Muhyiddin Yassin cuba “bermain dua kolam”untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan nampaknya bukan lagi sekadar omong kosong.
Sebelum ini tersebar perkhabaran bahawa Muhyiddin cuba “menyogok” semua Ahli-Ahli Parlimen untuk meluluskan belanjawan dengan menawarkan peruntukan pembangunan sebanyak RM3 juta setiap seorang kepada mereka bagi tahun depan.
Dengan adanya peruntukan tersebut, jika ada Ahli Parlimen yang menolak untuk menyokong belanjawan, bermakna mereka menolak peruntukan pembangunan yang ditawarkan kerajaan.
Penolakan itu tentu saja berisiko membuatkan rakyat atau pengundi di kawasan yang mana Ahli Parlimennya berbuat demikian menjadi marah kepada wakil rakyat mereka.
Terutama bagi Ahli Parlimen pembangkang, selain dihimpit faktor kewangan untuk menyelesaikan masalah setempat, ketidakmampuan memenuhi keperluan pengundi adalah suatu masalah yang berkait rapat dengan khidmat mereka kepada rakyat.
Dengan yang demikian, tawaran RM3 juta itu bukan sekadar membuatkan Ahli Parlimen pembangkang berada dalam keadaan serba salah, malah tidak mustahil ramai yang terdorong untuk menerimanya.
Menerima peruntukan tersebut, bererti mereka menyokong Belanjawan 2021 dan ia dalam masa yang sama juga bererti setuju melanjutkan lagi khidmat Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Memandangkan usul tidak percaya amat mustahil untuk diberi kebenaran oleh Speaker, Belanjawan 2021 adalah medan terbaik untuk menguji keabsahan kedudukan Muhyiddin yang diragui selama ini.
Namun, jika belanjawan juga disokong, apa lagi peluang yang ada untuk menjatuhkan Muhyiddin?
Untuk itu, tidak mustahil juga sokongan pembangkang kepada Belanjawan 2021 yang dilihat hanya disebabkan “sogokan” akan membuatkan mereka dihujani kecaman dan tidak lagi dihormati.
Namun demikian, pemberian peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen itu, walaupun mungkin tidak mendatangkan masalah kepada mereka yang menyokong Muhyiddin, tetapi kelihatannya amat ditentang oleh BN.
Bagi BN, peruntukan sama rata itu akan “membunuh” mereka secara keseluruhannya.
Sekaligus, penentangan BN ini menunjukkan cakap-cakap mengenai tawaran itu memang ada kebenarannya.
“Kami tidak setuju, kenapa perlu beri pada mereka? Itu membunuh kami.
“Dulu semasa dia (Pakatan Harapan) memerintah, dia tak bagi kita pun (peruntukan),” kata Ahli MT UMNO, Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.
Yang tersirat sebenarnya daripaka ketidaksetujuan BN itu ialah kerana ia juga akan menipiskan peluang UMNO untuk merampas semula kerusi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.
Lapan bulan berada dalam kerajaan tetapi berperdana-menterikan pemimpin parti lain pun sudah begitu meresahkan UMNO, apatah lagi jika mereka terpaksa berada di bawah telunjuk Muhyiddin untuk tempoh yang lebih lama selepas PRU15 akan datang.
Sebab itu, selain tidak setuju dengan langkah Muhyiddin mahu memberi peruntukan sama rata RM3 juta kepada semua Ahli Parlimen, UMNO turut tidak setuju dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan yang diminta pembangkang.
Ada tiga perkara yang diminta pembangkang jika perjanjian keyakinan dan pembekalan itu dipersetujui – pertama; memperkasa fungsi Parlimen dengan Ahli Parlimen pembangkang dilantik dalam jawatankuasa terpilih, kedua; mendengar dan berunding dengan pembangkang sebelum belanjawan dibentangkan dan ketiga; perlunya reformasi di mana pembangkang berhak mendapat peruntukan pembangunan yang sama rata.
Bagi BN, jika Muhyiddin setuju dengan permintaan terhadap perjanjian keyakinan dan pembekalan itu, maknanya beliau tidak yakin dengan sokongan yang sedia ada padanya.
Serentak dengan itu, BN menjanjikan semua Ahli Parlimen BN akan menyokong penuh Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
Soalnya, benarkah semua Ahli Parlimen BN akan menyokong Belanjawan 2021 yang mana sokongan itu bererti memanjangkan lagi hayat politik Muhyiddin?
Bagaimana dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang baru-baru ini mahu usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dipercepatkan, apakah beliau akan menyokong belanjawan ini?
Begitu juga, bagaimana dengan Zahid Hamidi dan Najib Razak yang telah menulis surat kepada Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, apakah mereka juga akan menyokong belanjawan yang sama ertinya setuju Muhyiddin lebih lama sebagai Perdana Menteri?
Dengan majoriti hanya ada dua, ketiadan sokongan tiga Ahli Parlimen di atas tentu saja meruncingkan kedudukan Muhyiddin.
Dalam keadaan ini, beralih mendapatkan sokongan blok pembangkang dengan menawarkan mereka peruntukan RM3 juta dan bersetuju dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan adalah pilihan yang munasabah bagi Muhyiddin.
Begitu pun, ia juga berisiko membuatkan lebih ramai Ahli Parlimen BN tidak setuju dan menolak Belanjawan 2021.
Apalagi dengan kedudukan Najib sebagai Pengerusi baru Kelab Penyokong BN atau BNBBC di mana 23 Ahli Parlimen BN yang tidak berjawatan dalam kerajaan berada di bawahnya, ini bermakna keadaan lebih bahaya buat Muhyiddin.
Yang nyata di sini, “bermain dua kolam”, selain belum tentu akan menjanjikan dataran yang selamat, bahkan tidak mustahil lebih mudah Muhyiddin jadi tenggelam kerananya. 
(Shahbudindotcom 04/11/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/selamatkah-muhyiddin-dengan-permainan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pilihan Muhyiddin Setelah Dapat Kata Dua Najib

Apa Pilihan Muhyiddin Setelah Dapat Kata Dua Najib

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 306 hits
ZANIRUN BABAApa pilihan Muhyiddin setelah dapat kata dua dari Najib dan BN 1 Selamat diri malu menjadi PM pertama dalam sejarah terpaksa pinda bajet yang dirangka olehnya tetapi ambil resiko kehilangan jawatan kerana gagal dapat undi yang c...
Pm Muhyiddin Beredar Selepas Lebih Dua Jam Di Istana Abdulaziz

Pm Muhyiddin Beredar Selepas Lebih Dua Jam Di Istana Abdulaziz

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 323 hits
1 036 total views 1 036 views today KUANTAN 23 Okt Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz di sini pada 7 10 malam tadi selepas berada di situ selama lebih dua jam Terdahulu beli...
Muhyiddin Menghadap Agong Di Kuantan

Muhyiddin Menghadap Agong Di Kuantan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 301 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pagi tadi Foto oleh Shafwan Zaidon...
Cubaan Mahathir Dan Muhyiddin Haramkan Umno

Cubaan Mahathir Dan Muhyiddin Haramkan Umno

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 328 hits
Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyer...
Gantung Parlimen Untungkan Muhyiddin

Gantung Parlimen Untungkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 185 hits
Gantung Parlimen untungkan MuhyiddinOleh October 24 2020Hari ini ada mesyuarat khas KABINET DAPUR Midin perasan abah bincang untuk gantung parlimen atau PROROGUE PARLIMEN Apa maksud prorog Parlimen Prorog Parlimen bermaksud pemberhentian at...
Bukan Negara Yang Darurat Tetapi Muhyiddin Kata Mat Sabu

Bukan Negara Yang Darurat Tetapi Muhyiddin Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 287 hits
Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata tiada sebab untuk kerajaan melaksanakan undang undang darurat Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 23 Okt Negara tidak berada dalam keadaan darurat melainkan hanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyidd...
Keputusan Muhyiddin Pendek Akal Pentingkan Diri Sendiri Kata Anwar

Keputusan Muhyiddin Pendek Akal Pentingkan Diri Sendiri Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 294 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk menimbang semula keputusan mencadangkan kepada Yang di Pertuan Agong untuk melaksanakan perintah darurat seperti yang dilaporkan agensi agensi berita ketika ini Presiden PKR Datuk Seri A...
Mat Sabu Muhyiddin Is In State Of Emergency To Defend Post

Mat Sabu Muhyiddin Is In State Of Emergency To Defend Post

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 245 hits
Amanah president Mohamad Sabu has joined the chorus of protest against the government s plan to impose an emergency to battle the Covid 19 pandemic According to the Kota Raja MP better known as Mat Sabu it is Prime Minister Muhyiddin Yassin...
Langkah Sumbang Muhyiddin

Langkah Sumbang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 199 hits
HAMDAN TAHA13 290 kes baru dalam tempoh 23 hari saya menuntut TSMY Dan Hamzah Zainudin berenti dari jawatan Terutama Hamzah yang gagal mengawal kes di bawah kementerian beliau Kegagalan ini wajib di ambil tangungjawap Lockdown adalah jalan ...
Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Joker123th 100

Dior188

Turning Your Startup Dream To Reality

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Ayah Jangan Nangis

Pasaran Memerlukan Bukti