Selamat Tinggal E72 Selamat Datang Nova 2 Lite
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Korang kalau yang dah baca entry Cik Nor yang ni : Bila Kawan Ko Datang Bercuti Di Kelantan Tapi Ko Balik Kampung Cik Nor ada tulis pasal ada satu agenda Cik Nor ke Kota Bharu. Lepas jumpa kawan Cik Nor yang datang Kelantan tu, Cik Nor terus ke KB Mall untuk survey telefon baru. Survey ke beli terus?hehe. Mula-mula tu ingat nak survey tapi dah alang-alang pergi tempat orang jual bermacam jenama telefon terus la grab
Cik Nor tukar telefon ni bersebab. Telefon Nokia E72 tu lama sangat dah Cik Nor guna. Sayang sangat nak tukar yang baru. Walaupun badan dia dah banyak tercabut sana sini tapi dia tetap berfungsi dengan baik. Kalau tak silap Cik Nor guna telefon ni tahun 2009 macam tu la. Cik Nor bukan beli baru tapi beli yang third hand dari adik Cik Nor. Telefon ni memang lasak tau, jatuh macam mana pun tetap selamat untuk digunakan
Oleh kerana telefon ni dah tak ada keluaranya maka untuk mencari baterinya agak sukar jugak la. Cik Nor ada juga survuy kat Lazada tapi Cik Nor jenis tak suka beli barang yang kena test bukan depan mata kita. Sebolehnya Cik Nor beli dikedai dan tuan kedai tu test, bateri tu ok dan padan dengan telefon Cik Nor. Dah puas survey kedai-kedai dalam Kota Bharu ni tetap jugak tak jumpa. Bertahan jugak la juga walaupun bila orang call terus kena sambung ke charger. hehe. Kalau Cik Nor kat luar jarang Cik Nor jawab panggilan sebab dah tahu telefon akan mati sebab bateri dia dah kong sangat
sumber gambar dari google
Fikir punya fikir grab la Nova ni. Bukan apa, kadang-kadang pergi event naik segan pulak ambik gambar guna tab yang besar gedabak tu. Lagi pun tab tu dah lama jugak la guna. Banyak jugak ragamnya. Pernah satu malam balik dari event, esok nya ada satu lagi event boleh pulak dia buat hal. Tiba-tiba tak nak connect ke skrin. Stuck kat samsung. Memang gelabah giler masa tu. Nak menangis pun ada jugak. Tapi tenangkan hati, try baiki sendiri sebab dah tahu apa masalah dia. Alhamdulillah..dia hidup semula
Minggu lepas dia buat hal lagi, stuck kat logo Samsung jugak. Bila baiki ok balik. Sebelum dia KO untuk selama-lamanya baik Cik Nor ready dengan telefon yang baru. Bukan nak menunjuk tapi nak cerita kat korang betapa sayangnya Cik Nor nak tukar telefon kalau tak rosak. Old fesyen pun tak apa janji duit tak keluar. Kalau dah rosak tak boleh nak baiki terpaksa la cari yang baru jugak. huhu. Cik Nor beli yang mur-mur jer. Nak beli yang bawah RM500 tak ada..huwaa
Korang kalau beli telefon, suka tukar-tukar atau dah rosak baru tukar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://norminieza.blogspot.com/2019/02/selamat-tinggal-e72-selamat-datang-nova.html