Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1444h
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1444H
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1444H | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Syukur Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu lagi dalam bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan iaitu bulan Ramadan. Pada 22 Mac 2023 telah diumumkan bahawa 1 Ramadan 1444H jatuh pada Khamis, 23 Mac 2023. Tahun ini sedikit berbeza sebab jatuh pada hari Khamis dan hari biasa
Di kesempatan ini MOMI ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog MOMI tidak kira dimana jua anda berada. MOMI nak minta maaf kepada anda semua sekiranya ada terkasar bahasa atau sebagainya. Semoga Ramadan ini memberi kita hidayah dan petunjuk untuk menjadi lebih baik dan menjadi insan yang lebih mulia. In sha Allah.
Macam mana persiapan puasa anda? Awal-awal puasa mesti ramai diantara kita yang berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Semoga anda yang pulang ke kampung halaman tu berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman atau ke destinasi yang ingin di tuju. Jangan lupa bangun sahur, niat puasa, niat berbuka, solat tawarikh dan perbanyakkan amal ibadah dibulan yang mulia ini hehe. Jaga diri ya semua
Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bacaan Rumi Niat Puasa Harian : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala Maksud Niat Puasa Harian : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bacaan Rumi Niat Puasa Sebulan : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala Maksud Niat Puasa Sebulan : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Sumber : https://ecentral.my/lafaz-niat-puasa/
Salam Ramadan guys
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2023/03/selamat-menyambut-bulan-ramadan-1444-23.html