Selamat Hari Setiausaha Pada Semua Setiausaha
Happy Secretary to me & all secretaries out there. Kisahnya tak tahu pun exactly tarikh hari setiausaha. Cuma k.fiezz tahu bulan April. Tadi ada salah seorang PA bagi ucapan Selamat Hari Setiausaha dalam group Whatsapp , baru lah tahu tarikhnya harini. Haha..Apa daaa nama kerja setiausaha tapi tak tahu tarikh sambutan hari setiausaha.
Alhamdulillah dah 14 tahun k.fiezz berkhidmat dalam sektor kerajaan sebagai Setiausaha atau nama jawatan k.fiezz Pembantu Setiausaha Pejabat. Kenapa Pembantu?Sebab ikut kelayakan akademik masa mohon jawatan ni. Kelayakan akademik k.fiezz, SPM. Jadi layak untuk mohon jawatan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat. Untuk jawatan Setiausaha Pejabat, kena ada Diploma dalam bidang Kesetiausahaan dari Politeknik atau UiTM. (Untuk tengok kelayakan memohon jawatan Setiausaha Pejabat / Pembantu Setiausaha Pejabat, klik link merah di bawah).
SERONOK KE JADI SETIAUSAHA?
Untuk k.fiezz seronok sebab dari zaman sekolah memang bercita-cita nak jadi Setiausaha. Nampak tak orang lain nak jadi Doktor, Jurutera & semua jawatan yang berpangkat. K.fiezz cita-cita nak jadi Setiausaha. Low profile tak sis?haha. Terpulang lah kan, masing-masing punya cita-cita. K.fiezz tahu keupayaan diri boleh jadi Setiausaha sebab dari segi akademik, keputusan k.fiezz biasa-biasa & k.fiezz sejenis tak pandai bagi arahan pada orang lain (kalau kata jadi pegawai / bos). K.fiezz lebih suka menerima arahan. haha. Tak payah nak pening kepala. Bos suruh buat 'A'..buat A..Bos suruh buat 'B'. buat B. As simple as that.
APA YEAK KERJA SETIAUSAHA NI?Kalau nak ikut ayat formal dari SPA. Ni deskripsi tugas Setiausaha Pejabat / Pembantu Setiausaha Pejabat.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.Klik link bawah ni, ayat yang k.fiezz terangkan ikut cara k.fiezz tugas pembantu setiausaha pejabat. Lebih senang nak faham.
< Apa Tugas Seorang Setiausaha >
IKUT NASIB DAPAT BOS BAIK ATAU SEBALIKNYA
Paling penting kerja sebagai Setiausaha ni, rezeki samaada dapat bos yang baik atau sebaliknya. Dapat bos yang baik, alhamdulillah sangat. Nak bekerjasama senang & kita nak buat kerja pun seronok. Sebab tugas setiausaha ni, skop kerja kita dan bos sahaja. Orang lain kita tak campur sangat. Jadi memang penting bila kita dapat bekerjasama dengan baik bersama bos.
Setakat ni k.fiezz pernah sekali dapat bos menyakitkan hati. Uiihhh memang menguji kesabaran betul masa jaga bos tu. Harap akan datang, tak dapat lagi bos perangai macamni.
Bos k.fiezz yang sekarang ni?Alhamdulillah. Baik sangat. Bos yang k.fiezz tak takut nak tanya apa-apa pasal kerja kalau tak faham apa yang dia arahkan & yang k.fiezz boleh sembang-sembang tanpa rasa segan. Tak lah langsung tak segan, ada lah sikit tapi dia jenis selamba. Jadi nak cerita apa-apa pun, dia okey je. Dia mendengar.
Harap akan datang dapat bos baik macam bos sekarang. Aamiin. hehe
I love my job as secretary & proud to be secretary.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/04/Selamat-Hari-Setiausaha-Pada-Semua-Setiausaha.html