Selamat Hari Jadi Ke 37 Jom Pilih Lakonan Terbaik Song Joongki Antara 10 Naskhah Ini


Selamat ulang tahun yang ke-37 buat Song Joong-ki!

ARTIKEL BERKAITAN Akan Tayang Tak Lama Lagi, ‘Chaebol's Family Youngest Son’ Lakonan Song Joongki Tamat Penggambaran Pada 19 September hari ini, Song Joong-ki telah pun mencecah usia yang ke-37. Sempena meraikan hari istimewa pelakon kesayangan ramai itu, Kimchi Daily ingin berkongsi antara 10 naskhah lakonan hebat Song Joong-ki yang sering menjadi bualan.
Cuba lihat senarai di bawah, dan pilih drama atau filem Song Joong-ki yang manakah korang paling suka!
1. Descendants of the Sun (2016)
Pertama sekali, drama Song Joong-ki yang paling popular “Descendants of the Sun” merupakan antara naskhah lakonan pelakon itu yang menjadi bualan ramai. Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang seorang askar milik Pasukan Khas Korea Selatan yang jatuh cinta dengan seorang pakar bedah yang cantik. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak lama kerana kerjaya yang memisahkan mereka. Ianya turut diterajui Song Hye-kyo.
2. Arthdal Chronicles (2019)
“Arthdal Chronicles” adalah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Terbaru, drama ini telah disahkan akan kembali dengan musim kedua namun, Song Joong-ki tidak akan turut sertai.
3. A Werewolf Boy (2012)
“A Werewolf Boy” ialah filem percintaan fantasi yang mengikuti kisah seorang gadis remaja cantik yang dihantar ke rumah di desa untuk kesihatannya. Di situ, dia mula berkawan dan cuba membudayakan budak liar yang dia temui tetapi binatang buas di dalam dirinya sentiasa menunggu untuk meletus.
4. Sungkyunkwan Scandal (2010)
Berlatarkan zaman Dinasti Joseon, “Sungkyunkwan Scandal” mengisahkan tentang 4 pelajar muda kacak yang belajar di Universiti Sungkyunkwan dan menceritakan kisah cinta serta persahabatan mereka. Dalam siri ini, Song Joong-ki membawa watak sebagai Ku Yong-ha, seorang yang popular dalam kalangan wanita.
5. Vincenzo (2021)
“Vincenzo” membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat.
6. The Innocent Man (2012)
“The Innocent Man” adalah drama yang menceritakan tentang seorang lelaki yang dikhianati oleh wanita yang dicintainya. Untuk membalas dendam, lelaki itu menggunakan wanita lain yang hilang ingatan. Dalam drama ini, Song Joong-ki menghidupkan watak Ma-roo, seorang pelajar perubatan yang bagus namun, dia dipersalahkan atas jenayah yang tidak dia lakukan.
7. Space Sweepers (2021)
“Space Sweepers” adalah filem tentang kapal angkasa ‘Victory’ iaitu sebuah kapal yang mengutip sampah dan serpihan barangan daripada angkasa lepas. Ianya dikemudi oleh juruterbang genius Tae-ho (Song Joong-ki), bekas lanun angkasa yang misteri Kapten Jang (Kim Tae-ri), jurutera kapal angkasa Tiger Park (Jin Sun-kyu) dan robot tentera yang sudah diprogramkan semula Bubs (Yoo Hae-jin). Selepas berjaya merampas satu kapal usang, kru Victory terjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan ‘Dorothy’ yang berusia 7 tahun. Kemudiannya, mereka sedar bahawa dia ialah robot manusia yang dicari oleh UTS Space Guards dan memutuskan untuk meminta wang tebusan daripada mereka.
8. My Precious You (2008)
“My Precious You” adalah drama bersiri yang mengisahkan tentang nenek moyang yang menanggung banyak kesusahan untuk keluarga mereka. Ia menceritakan tentang pengorbanan mereka untuk membesarkan anak-anak. Song Joong-ki membawa watak sebagai Jang Jin-ho.
9. The Battleship Island (2017)
“The Battleship Island” adalah filem yang mengikuti era penjajah Jepun melibatkan kira-kira 400 orang Korea, yang terpaksa ke Pulau Battleship untuk melombong arang batu dan cuba melarikan diri. Dalam filem ini, Song Joong-ki berperan sebagai Park Moo-young yang tergolong dalam kumpulan Kemerdekaan Korea. Dia menyelinap ke Pulau Battleship untuk menyelamatkan ahli kumpulan kemerdekaan.
10. Penny Pinchers (2011)
“Penny Pinchers” adalah filem tentang Ji-woong (Song Joong-ki) seorang yang tidak dapat mencari pekerjaan dan berbohong kepada ibunya untuk mendapatkan wang. Namun, pada satu hari, Ji-woong bertemu dengan Hong-sil (Han Ye-seul), seorang yang mempunyai hobi untuk melawat bank membuat simpanan, dan kepakarannya ialah menjual botol kaca kosong serta surat khabar lama untuk mendapatkan wang tunai.
Jadi, korang paling suka Song Joong-ki bawa watak apa?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/selamat-hari-jadi-ke-37-jom-pilih-lakonan-terbaik-song-joongki-antara-10-naskhah-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aznan Aziz Selamat Hari Raya Shuffle

Aznan Aziz Selamat Hari Raya Shuffle

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 126 hits
Nan blues atau nama sebetul yang profesional ialah en Aznan Aziz Pemain harmonika buskers pemuzik kelab memang yang antara paling setia paling aktif busking sekitar area kuala lumpur Kalau sembang bab blues memang tak boleh habis Lagi lagi ...
Selamat Hari Malaysia 16 September 2022

Selamat Hari Malaysia 16 September 2022

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 130 hits
SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2022 Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September 2022 bagi memperingati Penubuhan Perseketuan Malaysia pada tahun 1963 Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu Sabah Sarawak dan Singapura ...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 187 hits
The Colours of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022 Keluarga Malaysia Teguh Bersama mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme bea...
Selamat Hari Raya Ahmad Jais Nak Selit Jugak Harmonika

Selamat Hari Raya Ahmad Jais Nak Selit Jugak Harmonika

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 88 hits
Masa recording lagu nih groupsupermom nak rekod suara arrangement semua dah di buat oleh Kamarul Borhan Alfarabi band memang layan last last jugak boleh selit harmonika kasi blues skt sebab nanti nak tunggu lagi lagu raya terbaru supermom p...
Bibi Sah Akan Sertai Song Joongki Dalam Filem Hwaran

Bibi Sah Akan Sertai Song Joongki Dalam Filem Hwaran

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 162 hits
Nampaknya penyanyi BIBI semakin sibuk dengan projek lakonan kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 23 September BIBI dilaporkan akan membintangi filem Hwaran Berikutan itu pihak produksi filem tersebut memberi respon Memang benar BIBI akan mun...
Wow Luar Kotak Terbaik Parents Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif

Wow Luar Kotak Terbaik Parents Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 147 hits
Lain dari yang lain Itulah yang boleh diperkatakan mengenai tema pakaian yang dipilih untuk diketengahkan seorang kanak kanak ketika sambutan Hari Merdeka di sekolahnya baru baru ini Lain dari kebiasaan anak kecil ini memilih sut Angkawasan...
Alhamdulillah Arsalan Dah Ada Adik Jihan Muse Selamat Bersalin Bayi Kedua

Alhamdulillah Arsalan Dah Ada Adik Jihan Muse Selamat Bersalin Bayi Kedua

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 137 hits
Selepas menghitung hari untuk bersalin anak kedua Jihan Muse telah selamat melahirkan bayi keduanya di salah sebuah pusat perubatan di Shah Alam Setakat ini isteri kepada Ungku Hariz belum lagi berkongsi secara rasmi perkembangan terkini ke...
Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 214 hits
Selamat Hari Malaysia Alhamdulillah salam Jumaat Tiba hari Malaysia pula setelah hari kemerdekaan Hai Malaysian apa itu hari Malaysia Nah mengikut makna di carian Google Malaysia Day is a public holiday held on 16 September every year to co...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta