Selamat Datang Bulan Penuh Keberkatan



Selamat datang bulan penuh keberkatan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas lagi dan kesihatan yang baik, alhamdulilah. Tinggal 4 hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah. 1 bulan yang pastinya di tunggu-tunggu seluruh umat islam seluruh dunia.

Aku sebenarnya suka dengan bulan may ni sebab ada banyak tarikh-tarikh penting untuk aku. Tambahan pula tahun ni 2019, bulan ramadhan jatuh pada bulan may. Ini menjadikan bulan ini jadi lebih bermakna untuk aku dan keluarga, alhamdulilah.

Mohon doakan kesihatan untuk Ayah aku.

Dalam kesempatan ini juga, aku memohon jasa baik korang untuk doakan kesihatan ayah aku. Sekarang dia berada di hospital alor setar, sakit kencing manis. Yang mana penyakit dia dah merosakkan jari kaki dia. Tunggu masa nak bedah je. Sebenarnya hari isnin hari tu dah patut kena bedah, tapi tertangguh atas beberapa masalah. Aku mohon jasa baik korang untuk doakan kesihatan ayah aku ya. Aminn.

Orait. Apa azam bulan ramadhan korang tahun ni? Kalau tanya aku, dah tentulah nak buat kebaikan banyak-banyak kan? Lepas tu, nak rajin pergi terawih. Aduh, bercerita bab terawih ni, teringat waktu kecik-kecik dulu, rajin sungguh datang masjid. Sebab selain terawih, kitarang berebut nak moreh. Hahaha.

Aku waktu kecik, duduk kem. Moreh ni pulak ikut unit. Hari isnin unit lain, hari selasa unit lain, ikut hari. Aku paling suka kalau hari tu, unit RAMD (Askar melayu). memang berebutlah kitarang, siap pergi dekat medan selera mintak plastik sebab nak bawak balik rumah, hahaha. Ala, bihun goreng je, tapi sedap dia lain macam ooo. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat kalau askar melayu masak bihun goreng.

Lepas tu, terawih dia ramai. Yang duduk kem semua datang situ kut. Memang lah ramai kan, memang seronok betul time tu. Macam sekarang aku duduk taman, jadi dalam taman ada surau, orangnya tak berapa ramai. Nak ke masjid agak jauh. Kena lalu 2-3 buah surau jugaklah. Jadi macam tak berapa selesa pulak rasanya kalau aku kena lalu banyak surau untuk sampai ke masjid. Nanti surau kat taman aku kurang orang.

Tahun ni juga, ada banyak perkara gembira dan sedih. Gembiranya sebab anak-anak dah besar. Dah seronok sikit nak puasa sama-sama dan jalan beraya. Yang sedihnya ayah aku pulak jatuh sakit. Dekat situ je dah kurang rasa gembira tu. Semoga semuanya dipermudahkan Allah, aminn.

Apa pun, syukur alhamdulilah, kita masih diberikan kesihatan dan izin Allah untuk menyambut lagi bulan ramadhan. Tinggal-tinggalkanlah perkara yang tidak elok dan marilah kita buat amal kebajikan banyak-banyak. Dunia dah hampir ke penghujung. Tanda dah banyak. Semua sebab nak sedarkan kita dan beri kita banyak peluang buat amal kebajikan. Kalau masih berdegil, tak tahulah nak kata apa.

Selamat menyambut bulan ramadhan 2019!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2019/05/selamat-datang-bulan-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Isnin 6 Mei 2019 Dan 5 Keistimewaan Bulan Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Isnin 6 Mei 2019 Dan 5 Keistimewaan Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 729 hits
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin 6 Mei 2019 Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari te...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 845 hits
Diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca khususnya dan seluruh umat Islam amnya Jangan ponteng puasa pulak Semoga Ramahan tahun ini lebih baik dari tahun lepas
Playstation 5 Tidak Akan Hadir Dalam Tempoh 12 Bulan Akan Datang

Playstation 5 Tidak Akan Hadir Dalam Tempoh 12 Bulan Akan Datang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 288 hits
Sony sebelum ini telah berkongsi beberapa spesifikasi awal berkaitan konsol generasi akan datang turut mengatakan ia bakal hadir dengan sokongan ray tracing penggunaan SSD dan juga sokongan untuk paparan resolusi 8K Terkini berkongsi lanjut...
Tok Kadi Berlawak Penuh Peringatan Selamat Pengantin Baru

Tok Kadi Berlawak Penuh Peringatan Selamat Pengantin Baru

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 312 hits
Dalam Kelucuan Terselit Nasihat Syukur dan tahniah bagi yang baru bernikah dan berkahwin dalam minggu ni Suka Aku suka tengok kebahagiaan keluarga menerima menantu baru dalam family Jumaat lepas aku berpeluang menghadiri ke majlis pernikaha...
Selamat Datang Ramadan

Selamat Datang Ramadan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 364 hits
Salam Ramadan Alhamdulillah Masih bertemu dengan Ramadan kali ni Maknanya masih banyak peluang untuk berdoa beramal mendapatkan keredhaanNya Baca Niat kedua duanya agar jika terlepas nanti puasa masih SAH Okay Selamat Berpuasa kepada semua ...
Informasi Selamat Datang Kepada Islam Dari Ih Saudaramu Dalam Islam

Informasi Selamat Datang Kepada Islam Dari Ih Saudaramu Dalam Islam

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 365 hits
SSHAMSUL Rahman Hii Abdullah mengucap dua kalimah syahadah di depan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob Isnin lalu UTUSAN ONLINEKelantan buka hati kepada Islam Shamsu Rahman Shamsul Rahman Hii Abdullah atau nama asalnya Steven Hii 41 b...
Selamat Datang Madinah Ramadan Di Kb 3 000 Kunjungi Setiap Malam

Selamat Datang Madinah Ramadan Di Kb 3 000 Kunjungi Setiap Malam

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 497 hits
KOTA BHARU Madinah Ramadan yang menjadi lokasi tumpuan rakyat Kelantan setiap Ramadan dikunjungi kira kira 3 000 penduduk termasuk pelancong setiap malam Program itu dianjurkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam turut diadakan ...
Kandungan Sudah 7 Bulan Sarimah Ibrahim Adakan Lenggang Perut Ikut Adat Diraja Negeri 9

Kandungan Sudah 7 Bulan Sarimah Ibrahim Adakan Lenggang Perut Ikut Adat Diraja Negeri 9

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 771 hits
Umum sedia maklum bahawa artis wanita berdarah kacukan Sarimah Ibrahim telah berkahwin kali kedua dengan cucu kepada Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10 Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada tahun 2015 Membawa gelaran Che Puan Sari...
Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 418 hits
Bulan Ramadan masa untuk menyediakan masakan berbuka pendek bagi ibu ibu bekerja Idea diutarakan ibu ini boleh menjimatkan masa Anak suami juga gembira makan air tangan ibu Menyediakan sajian keluarga sendiri memberikan kepuasan lebih terja...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya