Sektor Pelancongan Bimbang Pkp Dilaksana Semula Akibat Kemunculan Omicron


Azzman Abdul Jamal Walaupun tiada pengumuman langkah sedemikian akan diambil, mereka berkata sebarang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi seperti sebelum ini.

Orang ramai memakai pakaian pelindung lengkap ketika melakukan penerbangan antarabangsa. Gambar: Bernama Walaupun masih banyak yang tidak diketahui tentang varian dibimbangi (VOC) Omicron yang masih baru penularannya, pakar berkata sebarang langkah untuk memperkenalkan semula sekatan pergerakan yang dikenakan awal tahun lepas dan sekali lagi tahun bagi mengekang penyebaran virus itu akan memberi kesan yang besar kepada industri pelancongan yang masih bergelut untuk pulih akibat langkah kesihatan sebelum ini.
Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ibarat mimpi ngeri bagi sektor pelancongan apabila penutupan sempadan antarabangsa dan larangan merentas negeri menyebabkan industri yang menjadi antara penyumbang tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu lumpuh dan kebanyakan perniagaan terpaksa “gulung tikar”.
Antara yang terjejas teruk termasuklah sektor penerbangan dan perhotelan, malah ribuan pekerja terpaksa diberhentikan atau ditawarkan cuti tanpa gaji sebagai langkah mengurangkan kerugian yang dialami syarikat.
Apabila kerajaan akhirnya mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri pada Oktober selepas melaksanakan sekatan pergerakan penuh dalam satu tempoh yang panjang, ramai terutamanya dalam kalangan pemain industri menarik nafas lega apabila dibenarkan kembali meneruskan operasi.
Pemerhatian MalaysiaNow mendapati, keputusan itu sememangnya menghidupkan kembali industri pelancongan walaupun ia hanya dibuka untuk pelancong domestik, malah pemain industri juga sangat optimis untuk menunggu keputusan kerajaan membuka sempadan negara bagi menerima kemasukan pelancong asing.
Namun begitu, hasrat ini mungkin terpaksa ditangguhkan apabila kebimbangan kembali tercetus di peringkat global susulan kemunculan varian terbaru Covid-19 dikenali sebagai varian Omicron yang mula dikesan di Afrika Selatan.
Akibat penularan varian ini, negara seperti Jepun dan Australia menutup sempadan mereka manakala beberapa negara lain termasuk Malaysia melarang kemasukan penerbangan dari negara yang dikesan mempunyai kes Omicron
Meskipun langkah berjaga-jaga yang diambil oleh kerajaan, varian Omicron dikesan di Malaysia baru-baru ini sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata susulan perkembangan ini, ada kemungkinan negara akan kembali melaksanakan PKP seperti sebelum ini.
Namun begitu, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan memandangkan maklumat mengenai kesan varian terbaru itu masih tidak diketahui sepenuhnya berbanding varian lain.
“Ada kemungkinan akan laksana PKP, dan pastinya ini akan jejaskan pertumbuhan ekonomi negara seperti yang kita lihat sebelum ini,” katanya kepada MalaysiaNow.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia Yap Lip Seng, berkata kemunculan varian baru itu mencetuskan situasi panik dalam industri pelancongan apabila kerajaan dijangka akan melaksanakan sekatan pergerakan sebagai langkah mencegah penularan varian itu.
Beliau turut berpendapat bahawa pelaksanaan sekatan pergerakan bukanlah penyelesaian terbaik memandangkan ia sudah terbukti tidak berkesan sebelum ini apabila kes jangkitan terus meningkat.
“Pakar kesihatan bagaimanapun masih belum ketahui kesan dan implikasi varian baru ini, malah mereka mencadangkan supaya melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti pemakaian pelitup muka, sanitasi dan sebagainya.
“Pelaksanaan ‘lockdown’ secara menyeluruh sudah terbukti tidak berkesan dan hanya menjejaskan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi MalaysiaNow.
Pemain industri lebih bersedia
Mengulas mengenai kemungkinan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Afzanizam berkata, kerajaan dan pemain industri mungkin akan lebih bersedia memandangkan Malaysia sudah melalui fasa ini beberapa kali sejak tahun lepas.
“Kita pun sudah hidup dalam norma baru seperti bekerja dari rumah, menjaga penjarakan sosial dan mengikut SOP yang ditetapkan ketika berada di tempat awam.
“Berdasarkan situasi yang dihadapi sebelum ini, pastinya kita akan lebih berpengalaman untuk berhadapan dengan ancaman terbaru ini, malah KKM juga dilihat melakukan pemantauan yang lebih ketat dan berjaya kesan kemasukan Omicron dnegan cepat.
“Jika Omicron terbukti tidak begitu bahaya, ini tidak bermakna orang ramai boleh pandang remeh terhadap SOP kerana ancaman Covid-19 masih ada,” katanya.
Menurut Yap, kebimbangan utama bagi industri pelancongan ialah menunggu butiran penuh mengenai varian Omicron dan kesannya terhadap pergerakan antarabangsa yang dijangka akan menjejaskan rancangan membuka sempadan negara.
“Seperti yang kita semua maklum, industri pelancongan tidak boleh hanya bergantung kepada pelancong domestik, kami agak terdesak untuk menerima semula pelancong asing.
“Selepas berdepan dengan pelbagai varian sebelum ini, kemunculan varian Omicron juga tiada bezanya, orang ramai harus sentiasa patuhi SOP yang diwujudkan bagi meminimumkan risiko jangkitan,” katanya.
Tambah Yap, SOP dan langkah pencegahan yang sama diguna pakai industri pelancongan sepatutnya cukup memadai untuk mengekang penularan virus tersebut terutama jika ia dilaksanakan secara ketat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/sektor-pelancongan-bimbang-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangkitan Semula Akibat Omicron 3 Kali Ganda Penyelidik

Jangkitan Semula Akibat Omicron 3 Kali Ganda Penyelidik

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 171 hits
Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda Penyelidik Kajian awal saintis Afrika Selatan diterbitkan pada Khamis menunjukkan varian Omicron tiga kali lebih berkemungkinan menyebabkan jangkitan semula berbanding strain Delta atau Beta Pene...
Belum Ada Keperluan Laksana Semula Pkp

Belum Ada Keperluan Laksana Semula Pkp

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 188 hits
SHAH ALAM Pakar kesihatan awam berpendapat masih tiada keperluan untuk Malaysia segera kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan meskipun terdapat satu kes varian dibimbangi Omicron dikesan di negara ini Pakar Perubatan Kesihatan Awa...
Asal Usul Nama Omicron Varian Baru Covid 19 Yang Terdeteksi Di Afrika Selatan

Asal Usul Nama Omicron Varian Baru Covid 19 Yang Terdeteksi Di Afrika Selatan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 627 hits
Pasar saham anjlok pada Jumat harapan dapat menjinakkan virus corona meredup dan istilah baru menambah kosakata pandemi Omicron Dari mana asal usul nama Omicron Berikut penjelasannya
Tourism Selangor Anjur Konvensyen Global Bagi Menetapkan Semula Industri Pelancongan

Tourism Selangor Anjur Konvensyen Global Bagi Menetapkan Semula Industri Pelancongan

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 242 hits
Tourism Selangor Umum Persidangan Hibrid 2 hari Sebagai Medan Perkongsian Pengalaman yang Memberi Impak terhadap Penetapan Semula Industri Pelancongan Tourism Selangor Global Convention 2021 akan bertindak sebagai pemangkin ke arah mendoron...
Tiada Lagi Kematian Akibat Omicron

Tiada Lagi Kematian Akibat Omicron

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 151 hits
GENEVA Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Jumaat mengesahkan setakat ini belum menerima laporan kematian melibatkan varian Omicron Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu itu sedang mengumpulkan bukti tentang varian yang membimbangk...
Covid Malaysia Fourth Worst Place To Be As Omicron Looms

Covid Malaysia Fourth Worst Place To Be As Omicron Looms

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 220 hits
Malaysia ranked 50th of 53 economies in Bloomberg s Covid Resilience Ranking last month scoring poorly on lockdown severity flight capacity vaccinated travel routes community mobility and 2021 GDP growth forecast A year since Bloomberg s Co...
Covid 19 Kes Pertama Varian Omicron Dikesan Di Malaysia

Covid 19 Kes Pertama Varian Omicron Dikesan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 266 hits
Kes pertama positif varian yang dibimbangi Omicron telah dikesan di Malaysia Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afr...
Omicron Is Here Should You Cancel Your Trip

Omicron Is Here Should You Cancel Your Trip

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 485 hits
By BY HEATHER MURPHY from NYT Travel https ift tt 3ojB6ho
Yang Lebih Bahaya Dari Omicron

Yang Lebih Bahaya Dari Omicron

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 188 hits
28 Jamadilakhir 1443H Juma at 2 15pm YANG LEBIH BAHAYA DARI OMICRON Varian Omicron tidak merbahaya demikian kenyataan pakar dan saintis dari Jepun Afrika Selatan dan United Kingdom Yang bahaya adalah golongan yang memiliki Paten Covid 19 da...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm