Sekolah Vernakular Berhak Wujud


Tak Langgar Perlembagaan, Putrajaya Beritahu Mahkamah
Putrajaya berpendirian bahawa sekolah vernakular berhak wujud dalam sistem pendidikan ketika menjawab tindakan guaman tiga pertubuhan.

Kerajaan juga berhujah sistem pendidikan mengambil kira banyak faktor dan oleh itu ia isu yang tidak boleh diadili di mahkamah.

Putrajaya dalam hujah pembelaan yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara kepada Mahkamah Tinggi bulan lepas berkata Kementerian Pendidikan dan kerajaan berhujah sekolah kebangsaan Cina dan Tamil tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

Kertas mahkamah itu juga menyatakan plaintif – Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung, Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia, dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia tiada “locus standi” untuk memulakan tindakan mahkamah itu.

Tiga kumpulan berkenaan memfailkan tuntutan mereka tahun lepas, meminta mahkamah mengisytiharkan Seksyen 2, 17, dan 28 Akta Pendidikan, yang membenarkan penubuhan sekolah vernakular menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa utama, tidak konsisten dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga mahu mahkamah mengisytiharkan kewujudan sekolah berkenaan bertentangan dengan Perkara 5, Perkara 8, Perkara 19, Perkara 11, dan Perkara 12 Perlembagaan, iaitu Kebebasan Diri, Kesamarataan, Kebebasan Bersuara, Kebebasan Beragama, dan Hak Berkenaan Pendidikan.

Merkea juga mahu kerajaan mengambil langkah memastikan kewujudan sekolah berkenaan mematuhi Perkara 152(1) Perlembagaan dalam tempoh enam bulan, sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada mereka.

Plaintif juga berhujah kewujudan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantara adalah keputusan dasar tetapi tidak konsisten dengan Perlembagaan.

Plaintif, yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata ahli mereka adalah pembayar cukai yang menyumbang kepada sara sekolah vernakular.

Selain kerajaan, empat parti politik iaitu MIC, MCA, Gerakan, dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, menyertai saman ini selaku defendan.

Pertubuhan lain yang dinamakan sebagai defendan adalah kumpulan pendidikan Cina iaitu Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thurunal (Perak), Persatuan Gabungan Kebajikan Guru Bersara Sekolah Tamil, Majlis Bahasa Cina Malaysia, Malaysia Tamil Neri Kalagam, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, dan SMJK Chong Hwa.

Majlis Bahasa Cina Malaysia, Malaysia Tamil Neri Kalagam, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, dalam hujah mereka berkata cukai yang dikutip daripada orang bukan Islam juga digunakan untuk memdanai sekolah agama Islam.

Peguam mereka, T Gunaseelan, berkata beliau diarah untuk membatalkan beberapa perenggan dalam penyata tuntutan plaintif yang sudah dipinda.

Hakim Mohad Nazlan Mohd Ghazali menetapkan pengurusan kes pada 25 Mei. Beliau juga menetapkan perbicaraan akan berlangsung selama empat hari bermula 22 Nov. - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/sekolah-vernakular-berhak-wujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertahan Sekolah Vernakular Di Mahkamah

Kerajaan Pertahan Sekolah Vernakular Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 267 hits
Berhak wujud dalam sistem pendidikan tak bertentangan Perlembagaan Gambar hiasan BANGI Kerajaan berpendirian bahawa sekolah vernakular berhak wujud dalam sistem pendidikan Putrajaya dalam hujah pembelaan yang dikemukakan Jabatan Peguam Nega...
Bagaimana Saya Diganggu Secara Seksual Di Sekolah Lebih Ramai Wanita Tampil Bersuara

Bagaimana Saya Diganggu Secara Seksual Di Sekolah Lebih Ramai Wanita Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 307 hits
Tanda pagar MakeSchoolASaferPlace kini trending di Twitter PETALING JAYA Hanya seminggu selepas laporan terdapat sekolah yang melaksanakan pemeriksaan haid bagi membuktikan pelajar datang bulan beberapa wanita Malaysia mengambil tindakan me...
Kenapa Menteri Pendidikan Tak Tutup Terus Sekolah

Kenapa Menteri Pendidikan Tak Tutup Terus Sekolah

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 319 hits
Tengoklah Sekolah sekejap buka sekejap tutup Bukan setakat ibu bapa anak sekolah pun pening dan keliru Para guru lagilah tertekan Tengok Menteri Undang Undang Sekali dia umum parlimen tutup terus tutup Tak ada nak main buka tutup macam seko...
Koleksi Kad Hari Raya Edisi Mewarna 2021 Untuk Murid Sekolah

Koleksi Kad Hari Raya Edisi Mewarna 2021 Untuk Murid Sekolah

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 1050 hits
Koleksi Kad Hari Raya Edisi Mewarna 2021 untuk Murid Sekolah ini sesuai untuk digunakan oleh guru guru dan ibu bapa sebagai aktiviti tambahan bersama sama dengan anak anak di rumah mahupun di sekolah Bahan ini dapat mengajar murid murid unt...
Agenda Perkasa Sekolah Kebangsaan Seolah Olah Dipandang Sepi

Agenda Perkasa Sekolah Kebangsaan Seolah Olah Dipandang Sepi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 357 hits
Mengapa sehingga sekarang agenda memperkasakan sekolah kebangsaan bagaikan dipandang sepi Jika dahulu berdegar degar agenda itu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2006 2010 ketika Datuk Seri Hishamuddin Hussin menjadi Menteri Pelajaran Namu...
Guru Mengaku Pukul Murid Sampai Berbirat Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah

Guru Mengaku Pukul Murid Sampai Berbirat Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 463 hits
Guru mengaku pukul murid sampai berbirat sebab tak siapkan kerja sekolahPolis telah mengambil keterangan seorang warga pendidik yang didakwa memukul murid tahun tiga sehingga meninggalkan kesan bengkak dan lebam dalam kejadian Khamis lalu B...
17 Sekolah Di 3 Negeri Diarah Tutup

17 Sekolah Di 3 Negeri Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 303 hits
Menurut SOP sekolah yang disahkan mempunyai kes positif ditutup dua hari sebelum penilaian risiko dibuat sama ada untuk melanjutkan penutupan itu atau tidak KUALA LUMPUR Sebanyak 17 sekolah lagi diarah tutup sementara susulan terdapat kes C...
Lebih 13 000 Komputer Riba Diberikan Kepada Murid Sekolah Kata Menteri

Lebih 13 000 Komputer Riba Diberikan Kepada Murid Sekolah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 277 hits
Usaha pemberian komputer riba seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 telah bermula dan akan diteruskan untuk baki unit selebihnya PdPR mula dijalankan sejak pandemik Covid 19 melanda negara menyebabkan peranti dan komputer menjadi ke...
Dilemanya Ujian Sosiologi Zaman Sekolah Kadang Lebih Susah Daripada Matematika

Dilemanya Ujian Sosiologi Zaman Sekolah Kadang Lebih Susah Daripada Matematika

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 233 hits
Setiap ujian Sosiologi dulu bawaannya nyantai banget tapi pas keluar hasilnya kenapa jelek ya
Mcdonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak Kanak Oku Di Perlis

Ex Boss Datang Rumah

Jadual Sekolah Berubah Sepanjang Ramadan Sesi Petang Tamat Lebih Awal Kpm

Elak Dan Rawatan Dengan Makan Minum Yang Halalan Toiyibban Adalah Asas Utama

Minum Petang Dengan Cekodok Resepi Emak

World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Pengalaman Pembedahan Kanser Lipoma

Tapaulah Launches Website And New Lunchbox Series


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

China Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain

Afc Champions League Match Results Jdt Vs Pohang 18 February 2025

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Kanser Tahap Akhir Sembuh Sepenuhnya

Tiga Maut Berhampiran Resort Air Panas Kepekatan Tinggi Gas Toksik