Sekian Lama Tak Ke Pasar Chow Kit Kl
Pasar Chow Kit, KL
Hmmm saya pergi pasar Chow Kit, KL pagi semalam. Sambil menaip ni sambil teringatkan kuih keria, kuih denderam, cucur udang, buah mata kucing, buah itu buah ini, bau ikan dengan sotong pun masih boleh terbayang hahaha. Ntah kenapa tetiba boleh ke sana pulak, ini semua adik saya punya pasal, hahaha duk cerita pasal kuih denderam yang sedap, kita pun terliur sama.
Tq husband sebab snap kan photo, sib bek cantik walau gambar dari belakang haahaha. Plastik tu baru permulaan, bila habis round pasar, penuh kiri kanan tak terbawak huhu.
Uishhh lamanya tak ke Pasar Chow Kit ni. Entah bila kali terakhir datang sini, yang tu pun sebab cari barang-barang berpantang sebab kat sini memang banyak jual herba-herba macam tu. Rasanya mau bertahun jugak tak ke sini.
ish berkenan kat kek tu tapi tengok jela
Menjeling menjeling kat buah-buahan ni, sedapnya lah haii, survey dulu
Memang berbeza sangat pasar Chow Kit berbanding dulu. Sekarang ni dah tersusun dan strategiklah kedudukan barang jualan diorang. Saya mula berjalan dari tempat jual kuih, ke buah-buahan membawak ke tempat lauk basah.
Kuih denderam idaman hati
Beli kuih keria RM6, kuih denderam RM5, cucur udang RM2 seketol, bubur lambuk RM3 untuk anak-anak kecil. Kih denderam ni rangup dan manis-manis buah, hmmm ini memang kuih kegilaan saya dan family. Kalau korang nak cari kuih ni, yang jual tu pakcik dan makcik melayu. Dia jual denderam dan jugak cucur udang.
Kiri kanan penuh buah, sampai tak tahu nak beli yang mana, juling mata kita
Harga buah yang berbeza-beza
Buah tu memacam buah yang ada, seronok tengoknya dah macam syurga buah-buahan. Tapi biasalah kene berjalan sambil survey harga. Sebab masa masuk tadi diorang jual buah duku langsat sekilo RM5, tapi masuk ke dalam sikit boleh dapat 2kilo RM7, what??
Buah mata kucing pulak RM7 seikat, tapi survey dalam lagi boleh dapat lagi murah. Buah anggur hitam takde biji diorang jual RM7 sebekas, berbanding pasal malam RM10 ke RM12 sebekas.
Pisang bergayutan sangat mengiurkan
Gubahan orked yang sangat cantik, tapi maaf takleh nak beli kamu lagi ya
Serius cantik wehhh
Beza kan harga dia, tapi saiz buah adalah sama. So memang kene jalan survey sikit ya untuk dapatkan harga berbaloi. Sambil berjalan sambil mata melilau tengok bunga orked.
Wahhh ini memang dah lama saya idam-idamkan Mak Jemah!!! Tapi takdelah pergi tengok harga sebab bunga ni takde dalam list barang yang saya nak beli. So mintak maaf saya tak tau harganya, dikhuatiri lepas tau harga saya pun TERBELI kakakaka.
Hmmm niat nak beli yang ni je, udah memacam pulak dapatnya hahaha
Lepas tu sambung beli buah lagi, lemon RM1 sebiji, buah lai RM10 untuk 8 biji. Lepas tu beli bawang merah RM5 sebungkus. Hmmm settle dah. Niat nak beli kuih je tapi dah melalut ke barang lain jugak. Malas pulak nak beli barang lauk basah, sebab lepas tu nak menyinggah ke tempat lain pulak. Nanti busuk pulak kan, so lalu jela kat bahagian lauk tu, sambil lekatkan bau ikan kat baju hahaha.
(1719)
The post Sekian lama tak ke Pasar Chow Kit, KL appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2019/11/sekian-lama-tak-ke-pasar-chow-kit-kl.html