Seketika Di Sekinchan


10 hari tak menulis blog dek sibuk ke sana sini. Bermula Sabtu 8hb. bergerak dari rumah Penang ke Kedah ambil mertua bawa balik ke kampung di Johor. Beberapa malam di Johor, bergerak pula ke rumah Pajam beberapa malam lagi. Kemudian ke Sekinchan 1 malam, seterusnya kembali ke utara (menginap di Changlon beberapa malam).
Alhamdulillah, semalam petang selamat kembali ke rumah Penang setelah ke sana sini selama 9 hari 8 malam. Sekarang masa untuk mengemas kembali beg dan membasuh kain baju. Sambil tu kena juga menulis blog sebagai sebuah catatan hidup, walaupun badan masih terasa lenguh gara-gara cari penyakit semalam pergi mendaki di Kedah sebelum kembali ke rumah 😄

Seketika di Sekinchan, SelangorTak banyak yang boleh dicatat sebab saya dan suami sampai di Sekinchan pada waktu malam. Kemudian esoknya selepas selesai urusan suami, kami terus bergegas kembali ke utara tanah air. Yang pasti, banyak perubahan di Sekinchan setelah kunjungan terakhir saya di sini sekitar 7 tahun lalu. Dah banyak hotel, jalan rayanya pun dah banyak perubahan. Juga dah banyak tempat menarik boleh kita kunjungi. InsyaAllah kalau ada kesempatan boleh datang ke Sekinchan lagi khusus untuk jalan-jalan sambil menjana ekonomi penduduk setempat

Pemandangan dari bilik penginapan kami di tingkat 6, The One Boutique Hotel. Nun di hujung sana lautan terbentang luas. Di bawah tu pula Kampung Nelayan Bagan Sekinchan

Pemandangan dari sudut lain hotel, nun di sana sawah padi luas menghijau. Pemandangan yang indah

MasyaAllah cantik sungguh warna alam! Langit membiru dengan tompokan awan putih, sawah padi menghijau dengan deretan pokok kelapa. Pemandangan indah yang dapat kita lihat dari jalan raya di Sekinchan. Masa ni kami dalam perjalanan keluar dari Sekinchan dan menuju ke utara pula

Mee Udang & Mee Jawa SekinchanMalam semasa tiba di Sekinchan sempatlah kami merasa makanan di sini. Ada banyak pilihan kedai makan, sama ada menjual Mee Udang Banjir atau kedai makanan laut. Juga kedai mentarang bakar (yang ni buka waktu siang dan kami tak sempat nak mencuba)

Mee Jawa pilihan saya. Sedap memuaskan selera. Memang dah lama tak makan Mee Jawa ni

Mee Udang Banjir. Di menu memang ada dinyatakan Mee Udang Banjir harga RM12 ada 4 ekor udang. Kalau nak tambah udang pun boleh, tambah duit jelah. Hehe. Mee Udang di sini menggunakan kuah yang sama dengan Mee Jawa tadi

Ok, itu saja catatan saya di Sekinchan. Sekinchan sangat sesuai bagi yang nak menikmati suasana kampung tetapi tak kampung sangat (sebab dah maju) dan sesuai bagi penggemar makanan laut. Istimewa di Sekinchan ni sebab ada mentarang, tak semua tempat ada mentarang kerana habitatnya di pantai berselut. Saya pernah juga cuba makan mentarang sewaktu di Perlis suatu ketika dulu, itu yang pertama dan terakhir setakat ni




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/01/seketika-di-sekinchan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Tempat Makan Padu Mesti Singgah Di Sekinchan Sungai Besar Buat Food Hunter

15 Tempat Makan Padu Mesti Singgah Di Sekinchan Sungai Besar Buat Food Hunter

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 525 hits
Kalau korang jenis suka food hunting korang kena try makan kat sekitar Sekinchan dan Sungai Besar Memang Syurga segala makananIni adalah tempat tempat makan padu yang korang wajib singgah1 Abah Ikan Bakar Sungai Besar SelangorBuka Rabu Ahad...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Last Supper In 2025 Hello 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiket Kidzania Murah

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Selamat Tahun Baru 2026 You All

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026