Sekatan Keluar Masuk Phuket Mulai 31 Mac Hingga 30 April 2020


Bangkok: Pulau peranginan Phuket dikenakan sekatan keluar masuk mulai tengah malam ini hingga 30 April ini dalam usaha kerajaan Thailand membendung penularan wabak COVID-19 di destinasi pelancongan popular itu.
Ini suslan sembilan kes positif COVID-19 dikesan hari ini, menjadikan jumlah 62 kes di pulau tersebut.
Gabenor Phuket, Phakaphong Tavipatana, berkata semua pintu masuk — darat dan laut – ke pulau itu ditutup berkuat kuasa tengah malam ini.
Bagaimanapun, katanya, larangan tersebut tidak membabitkan pengangkutan udara, kenderaan membawa barangan komoditi, barangan penting, bekalan perubatan dan peralatan, bahan binaan dan kenderaan kerajaan dan perkhidmatan kecemasan.
Beliau berkata semua anggota diplomatik, badan antarabangsa serta wakil kerajaan yang menjalankan tugas di pulau itu dikecualikan daripada larangan itu dengan mengemukakan sijil kesihatan tidak lebih daripada 72 jam sebelum melakukan perjalanan.
”Mereka perlu mematuhi langkah pencegahan jangkitan yang dikenakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, pulau peranginan itu menutup semua pantai, zoo dan tempat pejalan kaki di kawasan awam dan sehari sebelum itu Phakaphong menggesa orang ramai duduk di rumah dari jam 8 malam hingga 3 pagi sebagai usaha memerangi penularan jangkitan itu.
Menurutnya, semua van dan bas awam dilarang memasuki atau keluar dari Phuket, Pattani, Yala dan Narathiwat bermula hari ini sementara perkhidmatan kereta api digantung mulai 1 April.
Selain Phuket, tiga wilayah selatan Thailand – Narathiwat, Yala dan Pattani diletakkan di bawah perintah sekatan keluar masuk susulan peningkatan kes COVID-19 dengan dua kematian dilaporkan di Yala setakat ini.
Sehingga jam 1 tengah hari ini, Thailand melaporkan 136 kes baharu positif COVID-19 dan satu kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 1,524 kes dan sembilan kematian.
Kes kematian terbaru membabitkan seorang wanita tempatan berusia 56 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, semalam.
Sementara itu, Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Leftenan Jeneral Pakkapong Pongpetra, berkata sekurang-kurangnya 27 pegawai polis dijangkiti penyakit itu manakala 326 lain dikenakan perintah kuarantin sementara menunggu keputusan ujian makmal.
”Pegawai yang dijangkiti terdiri daripada dua kumpulan iaitu mereka yang pulang dari lawatan kerja di Sepanyol dan mereka yang mengunjungi Stadium Tinju Lumpinee dan tempat hiburan Thong Lor,”  katanya.
Jumlah keseluruhan 1,524 kes dilaporkan itu merangkumi 715 kes di Bangkok, 82 di selatan Thailand dan 727 kes di wilayah-wilayah negara itu dengan 1,297 pesakit adalah warga Thailand dan 227 orang asing.
Sumber: Bernama
The post Sekatan Keluar Masuk Phuket Mulai 31 Mac Hingga 30 April 2020 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/31/sekatan-keluar-masuk-di-phuket-mulai-tengah-malam-ini-hingga-30-april/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengecualian Sewaan Premis Milik Kerajaan Persekutuan Mulai Mac Hingga Ogos 2020 Shamsul Annuar

Pengecualian Sewaan Premis Milik Kerajaan Persekutuan Mulai Mac Hingga Ogos 2020 Shamsul Annuar

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 365 hits
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengecualian sewaan untuk tempoh enam bulan yang diberikan kepada semua penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah taska kafeteria kedai serbaneka d...
Covid19 Pencarum Dibenar Keluar Rm500 Dari Akaun 2 Kwsp Mulai April

Covid19 Pencarum Dibenar Keluar Rm500 Dari Akaun 2 Kwsp Mulai April

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 433 hits
Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berumur bawah 55 tahun kini boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 masing masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 2 Mulai 01 April 2020

Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 2 Mulai 01 April 2020

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 665 hits
Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 2 Mulai 01 April 2020 Sepertimana dalam perbentangan Perdana Menteri dalam sidang media tadi beliau mengumumkan Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan mulai 01 April 2020 ini nanti Cara memohon kita tunggu kemaskin...
Bupati Ciamis Tetapkan Karantina Lokal Terbatas Mulai 31 Maret Hingga 30 April

Bupati Ciamis Tetapkan Karantina Lokal Terbatas Mulai 31 Maret Hingga 30 April

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 270 hits
Kita akan melihat sikon mudah mudahan dalam sebulan tren corona turun dan akan mencabut kebijakan tersebut dan apabila meningkat akan diperpanjang katanya
Pemprov Dki Perpanjang Belajar Di Rumah Hingga 5 April 2020

Pemprov Dki Perpanjang Belajar Di Rumah Hingga 5 April 2020

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 308 hits
Dalam surat edaran tersebut juga dijelaskan dalam perpanjangan itu para Kepala Bidang Persekolahan dan para Kepala Suku Dinas Pendidikan melaksanakan pengendalian kegiatan pembelajaran di rumah
Airasia Indonesia Hentikan Sementara Seluruh Penerbangan Mulai 1 April 2020

Airasia Indonesia Hentikan Sementara Seluruh Penerbangan Mulai 1 April 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 220 hits
AirAsia Indonesia berinisiatif untuk menghentikan sementara seluruh layanan penerbangan mulai 1 April 2020 Hal tersebut dengan mempertimbangkan situasi risiko wabah Virus Corona di Tanah Air dan untuk mendukung upaya pemerintah dalam mengat...
Jokowi Tegaskan Keringanan Cicilan Ojek Online Mulai Berlaku April 2020

Jokowi Tegaskan Keringanan Cicilan Ojek Online Mulai Berlaku April 2020

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 312 hits
Keringanan cicilan ini ditujukan untuk pekerja informal dan pelaku UMKM yang nilai kreditnya di bawah Rp10 miliar Pasalnya mereka mengandalkan pendapatan harian dan terdampak virus corona
Covid 19 Pkp Hingga April 14 2020

Covid 19 Pkp Hingga April 14 2020

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 422 hits
Bismillahirrahmanirrahim Allahuakbar baru hari ke 7 PKP tetiba PM umum tambah lagi tempoh PKP hingga 14 04 2020 Nampak gayanya memang getir masalah wabak Covid 19 ni Tak mampu nak bayangkan dah apa akan jadi mungkinkah ia akan berlarutan un...
Bantuan Khas Sarawakku Sayang Dibayar Mulai 15 April 2020

Bantuan Khas Sarawakku Sayang Dibayar Mulai 15 April 2020

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 2609 hits
Bantuan Khas Sarawakku Sayang Dibayar Mulai 15 April 2020 Seperti yang rakyat Sarawak sedia maklum Bantuan Khas Sarawakku Sayang hanya diagihkan kepada penerima BSH yang berpendapatan B40 Pembayaran tersebut hanya melibatkan rakyat Sarawak ...
Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

Is Bersatu Agm About The People Or Boot Licking Youth Leader Laments

Edward Wong S Plight Has Sparked Umno Youth Mca Political Bickering Fanning Racial Sentiment

Healing Sebuah Perjalanan Memulihkan Luka

Pageviews Blog Cecah 60 Juta Lebih Perjalanan Panjang Seorang Blogger

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Cedera Ketika Operasi Di Kampung Sungai Baru

Wanita Dakwa Masuk Hospital Gara Gara Minum Matcha

Isu Di Indon Bangla Dan Nepal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Microsoft Perkenalkan Fungsi Ai Pada Pelayar Web Mereka Dengan Edge Copilot Mode

Dalam Dunia E Sukan Nama Arteezy Bukan Calang Cal

Jenis Jenis Ujian Dalam Rumahtangga

Kampung Sungai Baru Bergolak

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Chelsea Didakwa Langgar Peraturan Pembayaran Ejen