Sekat Perbelanjaan Jdt Untuk Seimbangkan Liga


Adakah kita tidak mahu maju ke hadapan dan mengejar contoh yang ada atau mahu selesa dan 'play safe' di liga sendiri? Oleh: Hairi Mohd.SEKAT PERBELANJAAN JDT UNTUK SEIMBANGKAN LIGA?
Terdapat pihak dan individu yang menggesa agar penguasaan JDT dikawal dengan segera melalui kawalan dari aspek perbelanjaan pasukan semasa pasaran perpindahan, dengan kata lain pengenalan 'penyelarasan had bajet perpindahan' perlu diperkenalkan dalam Liga Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana penguasaan JDT di Liga Malaysia saban tahun berpotensi untuk menyebabkan liga negara ini hilang tarikan dan merencatkan adrenalin para penyokong untuk menyokong pasukan mereka.

Namun cuba kita lihat liga-liga di luar sana, jumlah penyokong Bundesliga, La Liga, Ligue One dan EPL tidak pernah berkurang walaupun Bayern Munich, Real Madrid, FC Barcelona, PSG dan Man United (Suatu masa dahulu) mendominasi liga saban tahun. Adakah kita pernah melihat bilangan penyokong kelab-kelab pencabar liga mereka berkurangan? Adakah mereka pernah mengugut untuk berhenti menyokong pasukan mereka kerana gagal bersaing di puncak liga dengan pasukan tangga pertama?

Contohi pasukan Bundesliga iaitu Borussia Dortmund yang sentiasa hadir membanyangi Bayern Munoch dalam persaingan liga Jerman. Semua pihak sedar bahawa Bayern merupakan kelab Jerman yang menguasai pasaran pemain kebangsaan Jerman dam mereka mempunyai kuasa kewangan yang paling kukuh berbanding dengan pasukan lain. Jadi apakah langkah yang dilakukan oleh Dortmund untuk bersaing dengan Bayern dengan menggunakan kelebihan yang ada pada mereka?

Ya.. kekuatan Borussia Dortmund ialah kualiti yang ada pada barisan pemain muda mereka. Dortmund tidak pernah gagal menghasilkan pemain muda tempatan dan asing yang berkualiti saban tahun sehingga digelar 'kilang bola sepak Jerman. Dortmund tidak terikut-ikut rentak Bayern Munich dalam soal berbelanja pemain. Dortmund memfokuskan aspek pembangunan bola sepak akar umbi mereka dengan memajukan infrastruktur latihan mereka demi melahirkan lebih banyak pemain berkualiti di samping membawa masuk pakar-pakar pencari bakat yang dapat mengesan pemain import berkualiti dari seluruh dunia. Tindakan ini dapat membantu mereka mengatasi kekurangan mereka dari aspek kewangan dan kekal bersaing dengan skuad Bayern Munich.

Berbalik kepada perihal bola sepak Malaysia, adakah kita tidak mahu maju ke hadapan dan mengejar contoh yang ada atau mahu selesa dan 'play safe' di liga sendiri? Kita mahu persaingan kembali terbuka dengan mengehadkan pembangunan dan penguasaan dana dan bajet yang dimiliki oleh pasukan tersebut. Adakah kita mahu lihat kemajuan kelab Liga Malaysia di peringkat antarabangsa (Piala AFC dan Liga Juara-Juara AFC) terhenti begitu sahaja hanya kerana terdapat sesetengah kelab gergasi tempatan yang gagal untuk bersaing sebagai juara?? Apalah gunanya seandainya kita membuka kembali persaingan dengan merendahkan kualiti pasukan juara jika persaingan yang kembali terbuka melibatkan pasukan-pasukan yang mempunyai kualiti sederhana. Kesannya, bola sepak kita kekal di takuk lama dan tertinggal dari era perubahan bola seoak moden dunia luar.

Adakah kita mahu digelar 'katak di bawah tempurung' dengan kita berasa seronok melihat persaingan sengit antara pasukan sedangkan realitinya, kualiti liganya amat sederhana berbanding liga negara luar Adakah kita ingin menyekat kewangan sesebuah pasukan semata-mata tidak ingin melihat liga bola sepak Malaysia didominasi oleh satu-satu pasukan walaupun pasukan tersebut menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan mutu, standard liga negara ini dan membawa nama Liga Malaysia ke luar negara?

Seharusnya kelab-kelab mencari pendekatan yang bersesuaian untuk mengejar kejuaraan JDT. Kekuatan kelab bukan hanya terletak kepada kehebatan pemain import sahaja. Kelab-kelab perlu melihatnya ke arah skop yang lebih luas iaitu daripada aspek kecergasan fizikal dan kecerdasan mentaliti pemain. Jika JDT mempunyai kekuatan dari aspek kewangan, pasti kelab lain juga mempunyai kekuatan tersendiri iaitu kualiti pemain-pemain muda daripada skuad belia mereka. Kelab-kelab seperti Selangor, Kedah, Pahang dan Terengganu terkenal sebagai kilang bola sepak Malaysia. Kelab-kelab seperti ini harus memikirkan strategi terbaik untuk mengatasi kekuatan utama JDT iaitu sumber kewangan. Jika pasukan JDT berjaya menggunakan sumber kewangan mereka demi membina infrastruktur latihan yang berkualiti dsn membantu pemain-pemain yang sibeli oleh mereka menjadi pemain yang lebih baik, pastinya kelab-kelab liga Malaysia yang lain mempunyai kaedah tersendiri untuk mencabar JDT yang seringkali utuh di persada liga Malaysia.

Kelab-kelab ini seharusnya memfokuskan dana dan bajet yang dimiliki oleh mereka untuk meningkatkan mutu dan skil permainan para pemain muda yang dihasilkan oleh mereka. Ubah mentaliti kelab yang meletakkan bahawa kualiti import sebagai penanda aras kekuatan pasukan. Lihatlah dari aspek positif tentang kejayaan JDT merangkul enam kali kejuaraan berturut-turut. JDT berjaya mengekalkan konsistensi kekuatan mereka kerana hampir kesemua pemain mereka berjaya mengekalkan kecergasan fizikal dan mutu prestasi mereka.


Bagaimanakah semua ini berlaku?
Rahsianya adalah terletak kepada kemudahan dan infrastruktur latihan pemain, pengenalan sains sukan dan amalan pengawalan pemakanan dalam kalangan pemain, di samping membawa masuk pakar-pakar dan jurulatih luar yang begitu komited dengan tugasan mereka.

Seharusnya perkara-perkara seperti ini yang perlu dititik beratkan oleh pengurusan-pengurusan kelab khususnya kepada 'para kilang bola sepak negara' dan pakar-pakar bola sepak negara. Gunakan segala dana yang anda miliki terhadap perkara asas paling penting dalam bola sepak iaitu infrastruktur dan program latihan para pemain muda.

Berhentilah menuding jari kepada pihak lain sekiranya kita gagal untuk mara ke hadapan. Janganlah kita cuba menyekat kemajuan pihak lain sekiranya kita gagal untuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi'



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2019/06/sekat-perbelanjaan-jdt-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jdt Sah Juara Liga Super 2019 Tumbangkan Melaka

Jdt Sah Juara Liga Super 2019 Tumbangkan Melaka

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 407 hits
Nampaknya JDT menjadi juara Liga Super 2019 sekaligus mencipta sejarah mencatatkan rekod selaku pemenang Liga Super bagi kali keenam berturut turut Kejuaraan disahkan JDT selepas menumpaskan skuad Melaka di Stadium Hang Tuah Melaka dengan k...
Liga Premier 2019 Jdt 2 Ungguli Takhta Liga Premier

Liga Premier 2019 Jdt 2 Ungguli Takhta Liga Premier

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 246 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jdt Kekalkan Kejuaran Liga Super Untuk Kali Keenam Berturut Turut

Jdt Kekalkan Kejuaran Liga Super Untuk Kali Keenam Berturut Turut

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 175 hits
Sumber gambar Johor Darul Takzim Football ClubGelaran Juara Liga Super kali ini kekal menjadi milik pasukan Johor Darul Ta zim dan ini merupakan kejuaran keenam berturut turut mereka selepas berjaya menewaskan Melaka United 2 1 di Stadium H...
Jdt 2 Kembali Di Tangga Teratas Liga Premier Tewaskan Uitm Fc 2 Gol Tanpa Balas

Jdt 2 Kembali Di Tangga Teratas Liga Premier Tewaskan Uitm Fc 2 Gol Tanpa Balas

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 217 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jdt Pasukan Ketiga Berjaya Ke Liga Juara Juara Afc 2020

Jdt Pasukan Ketiga Berjaya Ke Liga Juara Juara Afc 2020

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 266 hits
Pasukan bola sepak Johor Daruk Ta zim akhirnya berjaya melayakkan diri mereka ke Liga Juara Juara AFC Peringkat Kumpulan 2020 dan JDT merupakan kumpulan yang ketiga berjaya ke AFC ini Kejayaan JDT dalam kejuaraan Liga Super 2019 sebelum ini...
Liga Super 2019 Jdt Julang Double Hattrick

Liga Super 2019 Jdt Julang Double Hattrick

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 234 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bersediakah Safa Beraksi Di Liga Super 2020

Bersediakah Safa Beraksi Di Liga Super 2020

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 433 hits
Sumber gambar TRTBersediakah SAFA beraksi di Liga Super 2020Ramai pemerhati meramalkan pasukan Sabah akan layak ke Liga Super 2020 Hal ini jugalah harapan seluruh penyokong dan peminat bola sepak Sabahan Ada dua blok penyokong yang terbesar...
Keputusan Liga Super Malaysia Pusingan Ke 16

Keputusan Liga Super Malaysia Pusingan Ke 16

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 406 hits
Keputusan empat perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada pukul 9 00 malam 14 Jun 2019 pusingan ke 16 KEPUTUSAN PENUHKedah 0 0 PahangFelda United 5 4 PKNS FCPetaling Jaya City FC 0 1 PerakPKNP 1 1 Johor DT
Hasil Klasemen Liga 1 2019 Terbaru

Hasil Klasemen Liga 1 2019 Terbaru

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 204 hits
Hasil Lengkap Klasemen Liga 1 2019 Posisi Persib Bandung Persija Persebaya Arema FC Berkut ini hasil lengkap pertandingan dan klasemen Liga 1 2019 Bali United memimpin klasemen sementara dengan 12 poin berkat kemenangan atas PSIS Semarang P...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku