Sekat Penghinaan Terhadap Institusi Beraja


DALAM budaya politik Melayu, penerimaan terhadap institusi beraja secara turun-temurun adalah amalan biasa. Tahu beradab sopan di depan raja menandakan asuhan yang baik di samping perlu arif peraturan tatatertib meliputi penggunaan perkataan tertentu mengenai diri raja dan kaum kerabatnya.

Sopan santun dan tatacara yang wujud hasil daripada hubungan rapat antara rakyat dan institusi istana menjadi sebahagian daripada cara hidup Melayu.

Kecenderungan orang Melayu terhadap sistem politik bersifat feudal tidaklah merosakkan. Kecenderungan itu sebenarnya mampu melahirkan masyarakat yang patuh pada undang-undang.

Meskipun institusi beraja tidak lagi berkuasa mutlak sepertimana era kesultanan Melayu, namun kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan tetap terpelihara.

Institusi istana adalah salah satu daripada tradisi yang terus dipertahankan sebagai payung kestabilan dan keadilan sosial di negara kita.

Bagaimanapun, kini terdapat beberapa pihak yang cuba menanam sentimen kebencian terhadap institusi istana. Sentimen terhadap institusi istana ditanam dalam pelbagai bentuk.

Isu terbaharu melibatkan seorang aktivis sebuah parti politik yang memuat naik rakaman video menghina Yang di-Pertuan Agong kerana tidak berpuas hati berikutan peningkatan kes jangkitan pandemik Covid-19.

Dalam videonya, dia cuba membuktikan kepada umum bahawa Seri Paduka tidak mengambil sebarang tindakan dalam mendepani penularan pandemik berkenaan.

Penghinaan terhadap institusi istana turut dilakukan oleh seorang kartunis secara berulang kali. Terbaru, dia sekali lagi memuat naik karya bersifat menyindir dengan ayat-ayat bertujuan meracuni pemikiran rakyat agar bangkit memberontak terhadap institusi istana.

Sekiranya golongan ini tidak dibendung, dikhuatiri perbuatan itu bakal menjadi kebiasaan dan akan ada rakyat lain yang melakukan penghinaan sekali gus menghilangkan rasa hormat terhadap institusi istana. Hilangnya rasa hormat terhadap institusi beraja mampu membangkitkan gerakan penentangan.

Justeru, bagi membendung gerakan ini, ilmu kenegaraan berkait kesedaran dan kepentingan memelihara institusi beraja harus diperkasakan dalam sistem pendidikan negara.

Rakyat harus disedarkan bahawa institusi istana merupakan penerusan tradisi daripada era kesultanan Melayu yang diperjuangkan untuk dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu selepas kegagalan Malayan Union.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan segala perkara yang terkandung di dalamnya boleh diubah ketika darurat kecuali beberapa perkara.

Baginda adalah payung dalam menjaga kepentingan agama Islam, bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di negara kita.

Perkara-perkara tersebut tidak boleh dipadam dalam Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan perkenan daripada Majlis Raja-Raja sekiranya mahu dipinda.

Justeru, diingatkan jangan ‘dirempuh pintu istana, jangan sampai carik busana raja.’ Sama-sama kita pertahankan dan pelihara institusi istana dengan darah dan keringat demi kestabilan negara, bangsa dan agama.

Oleh: DR. ILYAS ABDULLAH
Pensyarah Kanan Sains Politik
UiTM Pahang, Kampus Raub

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/sekat-penghinaan-terhadap-institusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Institusi Beraja Di Malaysia Perlu Dikekalkan

Mengapa Institusi Beraja Di Malaysia Perlu Dikekalkan

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 1179 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMengapa Institusi Beraja di Malaysia Perlu Dikekalkan Artikel kali ini adalah mengenai Institusi Raja di Malaysia Mungkin ada antara kita yang masih ingat tentang perkara ini ketika diajar dalam matapelaja...
Rentasan 907 Penghinaan Terhadap Majlis Raja Raja Melayu Takiyuddin

Rentasan 907 Penghinaan Terhadap Majlis Raja Raja Melayu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 227 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9071 SIAPA YANG BIADAB KEPADA RAJA RAJA MELAYU 2 TAKIYUDDIN DIDAKWA MENGHASUT 3 JANGAN UGUT RAKYAT 4 MEMBALAK BERSAMA ULAMAK
Kes Penghinaan Institusi Diraja Meningkat Kata Hamzah

Kes Penghinaan Institusi Diraja Meningkat Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 197 hits
Kes penghinaan terhadap institusi diraja dilaporkan meningkat kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Susulan itu katanya Kementerian Dalam Negeri memantau perkara tersebut untuk tindakan tegas Sementara itu Bernama memetiknya berkata pol...
Warga Pakistan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Budak Lelaki 8 Tahun

Warga Pakistan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Budak Lelaki 8 Tahun

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 292 hits
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak kanak lelaki berusia 8 tahun di ruang tamu sebuah rumah flat di Perai Jaya pada 27 Mei pukul 2 petang BUTTERWORTH Seorang lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas ...
Mengapa Tiada Pernyataan Sokongan Adun Adun Secara Peribadi Mahupun Berjemaah Terhadap Dr Samsuri Sebagai Mb Terengganu

Mengapa Tiada Pernyataan Sokongan Adun Adun Secara Peribadi Mahupun Berjemaah Terhadap Dr Samsuri Sebagai Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 185 hits
Berita kedudukan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang semakin ditekan sudah diketahui umum Meskipun dia sebut yang dia masih MB yang sah sebaik bangun tidur pagi tadi namun tidak dapat dielak kebimbangan masih meny...
Hiburan Kuih Raya Hancur Arja Lee Buat Laporan Polis Terhadap Sebuah Syarikat Penghantaran

Hiburan Kuih Raya Hancur Arja Lee Buat Laporan Polis Terhadap Sebuah Syarikat Penghantaran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 325 hits
Pelakon Arja Lee dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat penghantaran kerana kecuaian mereka yang telah mendatangkan kerugian bernilai hampir RM1 050 Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli berkata dua kotak berisi...
Pemuda Amanah Fail Laporan Polis Terhadap Takiyuddin

Pemuda Amanah Fail Laporan Polis Terhadap Takiyuddin

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 248 hits
Malaysiakini Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin telah memfailkan laporan polis terhadap Menteri Undang undang Takiyuddin Yassin berhubung kenyataannya bahawa kabinet bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Ag...
Kebencian Shiela Amzah Terhadap Ayda Jebat

Kebencian Shiela Amzah Terhadap Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 210 hits
Perbalahan twitter antara artis Shila Amzah dan Ayda Jebat kini semakin menjadi jadi dan hangat diperkatakan Sebenarnya bukanlah Shila Amzah membenci Ayda jebat namun hanya merasa kurang senang Aku saja je reka title macam tu jangan salah f...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad Hanya 150 Unit Sahaja

Kursus Ahsas Madani Pada 14 07 2025 15 07 2025