Sejuta Bakal Hilang Kerja Apa Tindakan Kerajaan Pn



Sejak mengambilalih kuasa 2 bulan lalu kerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai dasar yang jelas dalam isu pengangguran. Apabila wabak Covid 19 menggila, keadaan lebih parah.
Baru-baru ini penganalisis ekonomi menjangkakan sejuta rakyat Malaysia kehilangan kerja akibat kemelesetan ekonomi ekoran Covid-19 menjelang akhir 2020.
Mereka berkata sektor yang paling teruk terjejas adalah pelancongan, pembuatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan setakat akhir Mac, lebih 5,000 pekerja dibuang dari industri pelancongan manakala sektor pembuatan membuang 3,000 pekerja.
“Kita menjangkakan jumlah separuh daripada jumlah ini (650,000 PKS) tidak mampu bertahan disebabkan PKP dan PKPD,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
Beliau menjangkakan jumlah pekerja yang dibuang untuk tahun ini mencapai angka sejuta.
Jumlah itu ditambah dengan lebih 600,000 penganggur dan lepasan universiti yang mencari pekerjaan, sekali gus meningkatkan pengangguran kepada dua juta orang.
Katanya, bagi mengelakkan mereka hilang kerja, kerajaan perlu menyokong perniagaan dengan menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan.
“Jika dilihat pada Program Subsidi Gaji, jumlahnya tidak tinggi. Ia masih kurang daripada 17% gaji bulanan pekerja di sektor swasta.
“Sudah tentu kita berharap kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada majikan untuk membayar gaji pekerja bagi mengelakkan berlakunya pembuangan pekerja,” katanya.
Beliau berkata pertambahan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) daripada RM120 juta kepada RM240 juta masih tidak cukup untuk menampung majikan yang perlu mengekalkan pekerja mereka.
Di pihak pekerja pula, beliau berkata mereka perlu mempertimbangkan langkah pengurangan manfaat dan pemotongan gaji bagi mengekalkan kerja mereka.
Beliau berkata proses pemulihan akan mengambil masa lama kerana Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) meramalkan pandemik kali ini boleh menjejaskan satu pertiga dagangan dunia.
WTO meramalkan Covid-19 memberi kesan yang lebih teruk terhadap perdagangan berbanding krisis kewangan yang berlaku lebih sedekad lalu.
Dagangan dunia dijangka menurun antara 13% dan 32% ekoran kesan tidak menentu ekonomi disebabkan krisis kesihatan ini.
“Saya boleh katakan sittuasi ini amat sukar dan proses pemulihan akan memakan masa lamam” katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan PKS Michael Kang juga menjangkakan sejuta orang akan hilang pekerjaan ketika lebih dua juga majikan sudah memohon ERP.
Kang menjangkakan jumlah rakyat yang kehilangan kerja akan meningkat dalam tempoh tiga hingga enam bulan di setiap sektor.
Kadar pengangguran di Malaysia meningkat 17.1% pada Mac ekoran pelaksanaan PKP bagi menghentikan penularan Covid-19, kata Jabatan Perangkaan menerusi laporannya baru-baru ini.
Peningkatan peratusan itu adalah daripada 521,300 penganggur pada Mac tahun lalu kepada 610,500 orang pada bulan yang sama tahun ini.
Ini menjadikan kadar pengangguran untuk bulan Mac tahun ini pada 3.9%, kadar pengangguran tertinggi sejak 1986 ketika itu adalah 7.4%, kata Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Perbandingan suku ke suku menunjukkan pengangguran untuk tiga bulan pertama tahun ini meningkat kepada 3.5%, berbanding 3.2% pada suku keempat 2019.
Ini menjadikannya kadar pengangguran tertinggi yang dicatatkan sejak suku kedua 2017, melibatkan 546,600 orang, kata Uzir.
Graduan merangkumi 29.3% daripada penganggur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27579

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Hilang Kerajaan Pn Hilang Percaya Rakyat

Ph Hilang Kerajaan Pn Hilang Percaya Rakyat

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 293 hits
Kredit Abadi khazanah Setelah Saya membaca Dan melihat posting2 saudara2 Dalam group ini Bagi Saya sebenarnya pengkhianatan ini banyak untungnya Kerana HIKMAHNYA FITNAH kepada PH AKAN TERLERAI Saudara2 Janganlah bersedih hati Ambil masa utk...
Media Barat Mengutuk Tindakan Kerajaan Malaysia Terhadap Pelarian Rohingnya

Media Barat Mengutuk Tindakan Kerajaan Malaysia Terhadap Pelarian Rohingnya

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 545 hits
Saban hari Negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan media sosial Baru baru ini terdapat media barat yang mengecam tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan kemasukan pelarian Rohingnya ke dalam Negara Malaysia Ke...
Ahli Parlimen Bakal Hilang Kerusi

Ahli Parlimen Bakal Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 373 hits
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke memberi amaran bahawa ahli parlimen boleh kehilangan kerusi masing masing sekiranya mereka tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini Oleh itu ketua whip parlimen DAP itu berkata beliau ...
Rakyat Hilang Kerja Yb Dapat Dua Kerja Dua Gaji

Rakyat Hilang Kerja Yb Dapat Dua Kerja Dua Gaji

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 405 hits
Kecoh dulu bila rakyat merungut terpaksa melakukan dua kerja Ahmad Maslan jawab dia ada tiga kerja Ahli Parlimen Timbalan Menteri dan Ketua Bahagian UMNO Sekarang nampak gayanya ramai YB Perikatan Nasional pun dah dua kerja Sekarang bilanga...
Tuduh Kerajaan Pn Tidak Sah Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang Di Pertuan Agong Ismail Sabri

Tuduh Kerajaan Pn Tidak Sah Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang Di Pertuan Agong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 334 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas pihak yang mengatakan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional sebagai tidak sah Tegasnya tindakan tersebut jelas kelihatan mencabar kuasa yang ada pada Yang di Pertuan Agong Yang di P...
Cleopatra Hilang Rasa Hormat Terhadap Vivy Yusof Anggap Tindakan Seperti Kebudak Budakan

Cleopatra Hilang Rasa Hormat Terhadap Vivy Yusof Anggap Tindakan Seperti Kebudak Budakan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 1440 hits
Sebelum ini usahawan terkenal Vivy Yusof dikatakan ingin menyaman seorang peniaga kecil yang dikenali sebagai Syaza Yusof atas dakwaan memfitnahnya yang telah mencuri design dari sampul raya yang dijual untuk dijadikan sebagai corak tudung ...
T Team Bakal Hilang Dua Penjaga Gol

T Team Bakal Hilang Dua Penjaga Gol

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 198 hits
KUALA TERENGGANU T Team bakal kehilangan dua penjaga gawangnya apabila dikhabarkan berhijrah menyertai pasukan lain dalam mengharungi Liga Malaysia musim depan Muhammad Ilham Amirullah Razali dikatakan menyertai pasukan naib juara Liga Supe...
Kerajaan Pn Buat Kerja Ph Dap Yang Gila Jawatan Semula Dr Najmil

Kerajaan Pn Buat Kerja Ph Dap Yang Gila Jawatan Semula Dr Najmil

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 277 hits
Exco pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan kerajaan Perikatan Nasional kini adalah kerajaan yang berjiwa rakyat dan melakukan segala kerja demi untuk rakyat Katanya pentadbiran PN jauh berbeza semasa era pemeri...
Cari Kerja Kosong Pbt Atau Agensi Kerajaan Adalah Mudah

Cari Kerja Kosong Pbt Atau Agensi Kerajaan Adalah Mudah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 415 hits
Cari Kerja Kosong PBT Atau Agensi Kerajaan Tahukah anda di negeri anda lahir sendiri juga ada sediakan peluang pekerjaan yang ditawarkan Pihak Berkuasa Tempatan Anda hanya perlu ada teknik cari kerja yang betul Salah teknik boleh meyebabkan...
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trip Dua Minggu Jepun 2024

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Trump Warga Palestin Tidak Berhak Kembali Ke Gaza Di Bawah Rancangan As

Warga Asing Mabuk Mati Ditikam Rakan Sekerja